Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 10 November 2010

Belajar Untuk Menerima Hakikat

Last two nights kalau korang perasan Zaila ada kelam kabut sibuk nak buat passport kan. Aduissshhhhh..Memang frust r sangat-sangat sebab kalau passport sendiri+anak-anak dah ada sure boleh ikot hubby out station;( Owh by the way, en suami takde nak pergi jauh pon cuma ke Vietnam sahaja tapi yelah kan best kalau boleh "sambil menyelam sambil minum air"
-____-

Tapi ada hikmah juga semua ni berlaku sebab;-

- of courselah sebab passport tak ada kan;D Bukan tak nak buat, tapi for short notice vacay macam ni rase macam tak berbaloi aje. Iyalah harga passport untuk seorang dewasa sudah RM100, kanak-kanak pula RM150 seorang, bila dicampur 3 semua sekali udah habis RM400, campur dengan kos ambil gambar passport mahu habis dalam RM500 in cash!! refer sini. Owh, campur lagi harga tix ke Vietnam untuk kami 3 beranak pergi balik naik MAS habislah dalam RM1700 (ni kira murah dah ni sebab sekarang ada offer).
- Kesian juga dekat en. suami memandangkan dia ke sana atas urusan kerja (meeting) tapi terpaksa mengheret kami anak beranak yang pastinya akan menyusahkan dia 24/7;D Sudahlah sebelum ke Vietnam tu en.suami perlu berada di Labuan selama 3 hari & balik sekejap ke rumah sebelum terbang pula ke Vietnam. By the way, en suami akan balik pada hari raya haji ya & esoknya kami akan bertolak pulang ke kampung halaman pula. Kesian kan?? Tapi nak buat macamana, sudah tugas en suami & bukan selalu pon dia kena ke sana ke sini cuma mungkin kali ni je jadual adalah sedikit clash;(
- Ditambah pula dengan keadaan Zaila yang sedang mengandung ni, mesti akan cepat pancit kan. Takut nanti tak boleh nak tawaf Ben Thanh Market tu puas-puas;D Nak kena kejar anak-anak lagi..huhuhuhu & dengar kata Vietnam sekarang dalam musim hujan so risau juga kalau-kalau anak-anak nanti jatuh sakit dek pertukaran cuaca. Kalau diorang sakit, sama juga macam Zaila sendiri yang jatuh sakit kan;D Ditambah pula ketiadaan cuti memandangkan Annual Leave Zaila sudah tinggal tahap semput-semput dah;D
Mungkin sudah tidak ada rezeki kami anak beranak untuk ke sana. Tak apelah sebab bila difikir-fikir ada banyak kebaikan sekiranya Zaila belajar untuk menerima hakikat ini. Heeheeheee..Tapi tak apa, dalam kepala otak ni sudah ada beberapa list untuk en suami belikan buat pengubat hati si isteri yang lara ni;D So pada kawan-kawan yang berminat untuk mengirim telekung solat dari Vietnam, bolehlah inform Zaila ya..pasal harga jangan risau, semestinya termurah di pasaran;D Contoh telekung boleh tengok gambar di bawah (tupon google dalam internet) atau baca entry lama Zaila ni (tapi harga jangan based yang tu sebab itu harga dolu2 punyaaa). Closing order this Sunday (14/11/2010)

pic googled (sila nyatakan warna yang dikehendaki)


Tapi tak janji juga sebab risau en suami tak sempat nak tawaf tapi kalau dia sayang isteri mesti dia beli hahahahaa

3 ulasan:

Nurhayati berkata...

takpe pas bersalin nanti, leh jalan puas2 dan byk tempat.

Lady of Leisure berkata...

betul zaila, apa yang jadi ada hikmahnya..

zailamohamad berkata...

Yati, harap2nya pas anak 3 ni, makin senanglah untuk berjalan2..huhuhuu

Lady, thanks;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^