Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 21 Julai 2011

Perihal Handbag

Hari ni nak bercerita pasal handbag pula. Semalam rumah, hari ni handbag, esok laki, tulat entah apa pula kan?? Masaklah siapa-siapa yang follow blog aku ni, mesti korang naik bosan kan?? Al maklumler ai ni bukanlah retis, so takde storymory hangat nak dikongsi bersama..Tengoklah nanti bila aku pregnant (lagi), baru consider hangat kot;P



Handbag, siapa yang tak kenal kan..Kalau dah namanya orang pompuan, confirm ko akan ada seketul handbag kan, tak kiralah kecik ke besar ke, lonjong ke, segi ke..Pendek kata semua pompuan akan ada hanbag..Nak, nak kalo kaki shopping macam aku, macam-macam jenis handbag akan ada *wah, stetmen divaaaa*..Kalau kaki kumpul handbag lagilah, mesti sanggup buat wardrobe khas untuk simpan handbag je kan?? Tol tak?? Tol tak?? Tapi nak kena ada designer handbag r, kalau setakat handbag Goloks macam aku ni tak payah..simpan dalam lemari sudah;P *itupon kalau masih elok*



Aku start ada handbag masa zaman U lagi kooo..Masa tu guna duit PTPTN *orang bagi duit suh belajar p buat shopping, sekarang padan muka kena bayar balik berganda-ganda dari hak pinjam dulu* buat beli handbag, kalau tak silap aku beli jenama GUESS, kecil aje..boleh muat wallet yang nipis, lipstik sebatang ngan bedak compact Maybelline..Pastu masa kahwin, en suami belikan handbag Carlo Rino sebagai hantaran..Entah mana dah aku letak handbag tu, pun kecil juga tapi ada compartment untuk handset, wallet, & make up..tapi aku jarang pakai sebab sayang..hehehe..



Bila dah start kerja lagilah keinginan untuk membeli membuak-buak, kata ada gaji sendiri kan *tapi nan adonya aku boleh membeli sesuka hati* Karang tak fasal-fasal nak kena menjawab dengan en suami..Eventho duit aku tapi aku kan baik *wink* so segala duit-duit ni, kena kongsilah sama-sama..duit dia, duit aku, duit aku, duit akulah;P


Tapi adalah tiap tahun tu mesti bertukar handbag sebab handbag lama dah buruk kan *alasan* tapi sejak ada anak ni, revolusi handbag aku sudah berubah, dari guna handbag kecil-kecil bertukar pada handbag besar-besar;P



Aku rasa korang pun sama juga kan?? (ibu-ibulah kan) Bukan apa, bila dah jadik emak budak ni, handbag pun kena bertukar jadi macam poket Doreamon..semua benda nak sumbat masuk handbag kita kan?? pampers anak, botol susu anak, wet tissue, pacifier, mainan anak, biskut anak, lepas tu campur lagi barang-barang kita macam wallet yang sentiasa kempis, beg make up *walaupun jarang make up*, kunci kereta, rumah, handset, pastu tambah lagi barang laki kita, wallet dia, handset dia..Tu seb baik tak tambah glasses lagi, bla, bla, bla..Sampai senget rasanya bila galas handbag ni;P


Ok, apa aku nak cerita ya *selalu lost sendirik* , owh ok..so al kisahnya jadiklah aku ni seorang yang cerewet dalam memilih handbag..Kebanyakan handbag aku adalah jenis tote, bagi sesiapa yang tak tahu tote tu macamana, ada aku letak gambar-gambar contoh tote kat bawah ni. Pastu kalau tote pon, nak yang tapak (base) dia rata & keras, tak mau lembik-lembik fasal everytime aku nak mencari barang, naik tension menyelongkar kat dasar tu;P Seb baik aku seorang yang penyabar (yolah sangat), kalau bagi handbag tu kat en suami, mahu dah dia baling dalam tong sampah..hahaha

Macam gambar kat bawah ni;-


No.1 aku suka sebab long handle, senang nak kepit celah ketiak;P


No.2 agak kureng sebab short handle (pandangan mata akulah) pastu design biasa sangat (agaknya ni diaper's bag kot, hehehe)


No.3 yang ni pun ok juga tapi handle dia tu nampak macam nipis sangat, takut putus pula bila bawa barang berat-berat sangat;P


No.4 ni macam panjang sangat, tak suka

No. 5 pun sama tak suka

No.6 yang ni ala-ala kembung sket, suka handle berantai macam tu


contoh handbag jenis tote *apesal sumer kaler hijau aje ya*


Lagi satu aku suka handbag ni jenis berzip kat atas, bukannya butang ataupun terngangaterbuka kat bahagian atasnya. Bukan ape, anak-anak aku kan ramai so kalau seorang anak ada 2 tangan, 3 orang anak ada 6 tangan so bila banyak tangan tu, adalah yang gatal tangan nak seluk buka ambil handsetlah, main lipstiklah, memacam..And of course juga untuk keselamatan wallet kita kan, mahu kalau tengah bersesak-sesak, tetiba ada penyeluk saku *minta simpanglah kan* so baik cari yang jenis berzip, susah sket diorang nak buat jahat;P



Lagi satu, aku suka cari handbag kaler hitam..Konon-konon kalau kotor / anak kotorkan memang susah nak nampaklah kan..Tapi kalau tiap tahun beli handbag hitam bosan juga kan..So haritu pernahlah aku paksa en suami belikan terbeli kaler cerah & you know what, tak sampai seminggu dah comot T_______T *salahkan anak-anak* Pasni tobat dah tak nak beli kaler cerah, susah nak maintain tahap kecerahan handbag tu..Huhuhuu



ni sesuai buat pergi pantai;) aku prefer leather than fabric sebab leather ni senang nak sapu kalau kotor tapi of couselah harga mahal sket sebab tu aku tak banyak handbag leather huhuhu

Lagi satu kan, kalau boleh belilah handbag di kedai (atau butik) sebab kita boleh belek sendiri & rasa sendiri handbag tu sesuai ke tak dengan kita. Bukan aku tak nak bagi shopping online tapi kalau boleh tengok & cuba dulu handbag yang kita berkenan tu sebab kadang-kadang kalau tengok dalam gambar lain, rupa kat luar lain..hehehe..so kalau tak nak rasa kecewa, baik survey awal-awal then baru fikir nak beli online ke hape..



yang ni aku dah tengok real, memang cantik & harga pun boleh tahan juga;)


Oklah, sekian sahaja bebelan aku..Pasni nak buat entry jenis-jenis handbag pula;P


semua image adalah dari sini.

7 ulasan:

littlehumblelynn berkata...

zaila

lynn xde lah gila sgt handbag..purata beli handbag setahun 2x kot..

last week baru beli handbeg kat Alamanda Sembonia..70%..dptler rega rm149.50.jdler..sbbnya yg lama hadiah hr jadi tahun lepas kulitnya dg tertanggal..almaklumlah jenis leather lembut mmg x tahan lasak sgt..

apapun baru aje order Longchamp long handle dr adik..tggu dia bwk balik dr o/seas,murahler sikit dr sini..

kata hubby--wat bekas pampers anak..
sgt x sesuai!!

yatie chomeyl berkata...

hok putih last sekali tu comey sgt. jenamo gapo tu zaila?

DaZzlingLilLy berkata...

pompuan cam kita ni mmg gila handbag kan..kalo tak beli beg baru dlm setahun tu rasa cam nak histeria jer..huahuahua..yg putih tu brand apa zaila?

zailamohamad berkata...

Lynn, zaila ni setahun sekali je tukar..tupon kadang2 juga, tgk keadaan handbag tiu..hehehe

Yatie, hok tu DKNY, material PVC..meme comel..nyesal xrembat hok ni haritu;P

zailamohamad berkata...

eh jap PVC ko eh..lupalah..PVC ni paip kan??hehehe

zailamohamad berkata...

eh jap PVC ko eh..lupalah..PVC ni paip kan??hehehe

zailamohamad berkata...

eh jap PVC ko eh..lupalah..PVC ni paip kan??hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^