Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 29 Ogos 2013

Diari WAHM SAHM SOHO : Perniagaan Kerepek Di Bulan Puasa


gambar : sebahagian tempahan kerepek sebelum diedarkan

Assalamualaikum,

Minta maaf kerana aku berhutang cerita tentang perniagaan aku di bulan puasa yang lepas, Alhamdulillah sekarang ada sedikit masa, sekadar menulis berkongsikan pengalaman sendiri, sebagai penyuntik semangat khas buat kaum Hawa di luar sana.

Pernah baca entri aku yang bertajuk 5 Contoh Bisnes Yang Mendatangkan Duit Di Bulan Puasa tak? Antara cadangan yang aku berikan adalah dengan membuat perniagaan kerepek & kekacang (#4). Iya, bunyi macam tidak glemer kerana kita membayangkan mana mungkin bisnes ini mendatangkan keuntungan yang lumayan kerana harganya yang murah? Tapi kalau kena caranya, Insya Allah akan membuahkan hasil. Bulan puasa yang lepas aku telah mencabar diri sendiri untuk melakukan satu sahaja perniagaan tetapi mahu fokus dan melihat hasilnya. Bukan tak pernah berniaga tapi selalu aje bila barang habis duit berniaga juga habis..hihi

Antara langkah pertama yang aku lakukan adalah dengan memilih jenis perniagaan yang ingin dibuat. Aku sedar diri yang diri ini tiada bakat untuk membuat biskut raya, jadi memang sangat-sangat tidak sesuai untuk membuat perniagaan ini, untuk berniaga kurma pun sudah terlambat kerana sudah menghampiri bulan puasa masih tiada tindakan yang dibuat, kalau nak berniaga baju dan tudung pun hanya buang masa sahaja kerana dengan persaingan sengit di online dan kesulitan untuk bergerak menjadi salah satu penghalang untuk memilih perniagaan itu. Jadinya perniagaan kerepek menjadi pilihan aku yang utama.

Langkah kedua adalah mengwar-warkan pencarian ejen di dalam blog aku. Melalui entri ini Pencarian Ejen Kerepek. Alhamdulillah sambutan memang sangat-sangat menggalakkan.


tengoklah kerja si Ashraf selalu tukar font kepada tulisan Korea, setiap kali aku mahu membalas whats app pon terkena! Grrrrrrrrr geram je!!


selain dari whats app ramai juga yang menghantar email

aku tetapkan satu tarikh tutup supaya senang pemilihan dibuat. Bagi mereka yang betul-betul berminat sahaja

Selain itu, anak beranak, kawan-kawan sekolah, bekas teman sekerja dulu dan rakan blogger ada juga yang menjadi ejen aku. Alhamdulillah, Allah sentiasa temukan aku dengan insan-insan baik hati dan suka berniaga. Kadang-kadang mereka hanya PM aku sekadar bertanya tapi dengan kuasa Allah berjaya juga mereka menjadi ejen-ejen kerepek aku (diharap tiada paksaan dalam hubungan ini ya..hihi)

Antara ejen-ejen terhebat aku adalah :

1) Pn. Wan Rokiah (merupakan protege kelas asas blog & fanpage aku yang paling banyak tempahan iaitu 70kg atau lebih tempahan)

2) Pn. Fiza Rahman (merupakan teman blogger dari awal aku berblog sehingga sekarang~Oi Fiza, kenapa tak letak link blog ai dalam blog you, mak #sentap tau :P)

3) Ipar duai aku; Zura, Azan, Nurul yang masing-masing merupakan ejen di tempat kerja:)

4) Kawan-kawan; Che Nik, Leney, Shida dan tak lupa juga kawan-kawan lain yang banyak memberikan sokongan dengan membeli kerepek dari aku:) Ada yang tempah pada minggu terakhir dan ada juga yang dah lama tempah. Jutaan terima kasih buat anda semua:)

Langkah Ketiga pula dengan mengedarkan sampel. Masa ni kenalah keluarkan sedikit modal untuk beli dalam jumlah yang banyak dan kemudian peket balik dalam plastik kecil. Terima kasih buat en suami yang membelikan peralatan yang diperlukan. Memang en suami banyak sangat menyumbang tenaga dan keringat dalam membantu isterinya berniaga. Hihihi Pak supirlah katakan :P Selepas itu bermulalah proses pengedaran sampel, Nasib baiklah setiap ejen tu tinggal berdekatan jadinya memang memudahkan kerja-kerja aku untuk menghantar sampel. Ada juga yang tidak memerlukan sampel, sekadar bertanyakan harga sahaja. Alhamdulillah semua ejen-ejen memang memberikan kerjasama yang cukup baik dan memudahkan kerja aku.

Langkah Keempat adalah membuat rekod segala tempahan. Memang aku ada letakkan satu tarikh tutup kepada ejen-ejen supaya memudahkan aku untuk membuat segala senarai tempahan. Syukur sangat-sangat dengan berbekalkan pengalaman kerja dalam bahagian tender dahulu dimana selalu menggunakan perisian Microsoft Excel sangat-sangat membantu aku dalam merekodkan tempahan. Inilah yang dikatakan pengalaman bekerja yang tiada nilainya. Dulu selalu merungut nasib diri yang bermula dari bawah tapi sekarang baru nampak ada hikmahnya. Sesungguhnya perancangan Allah itu maha teratur. Dia letakkan aku di situ supaya ada ilmu yang dapat aku kutip, mana nak dapat kalau bukan benda itu yang kita buat hari-hari. MAsa belajar di UPM dulu pun ada belajar tapi masa tu sekadar belajars ebab nak lulus periksa sahaja
T______T"

Oklah, aku terpaksa berhenti di sini dahulu, nantikan sambungannya nanti. Cabaran dan halangan yang terpaksa aku hadapi di dalam bulan puasa. Memang mencabar dan mendebarkan. Jeng jeng jeng..

Salam kasih sayang buat semua!

1 ulasan:

WAN ROKIAH berkata...

Alhamdulillah....memang sgt seronok jd agen kerepek..in shaa Allah..thn dpn nk wat lagi tau....

nanti nk wat entri jugok....nk cite susah pyh..dugaan dan sistem rekod tuk kepek ni

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^