Assalamualaikum,
Hari ini sebenarnya sudah 3 hari anak sulung aku Amirul Haziq ditahan di hospital. Sungguh pantas semuanya berlaku. Biasalah anak mama yang ini memang seorang pengidap asma cuma sudah agak lama juga "teman karib" ini tidak datang menyapa, jadinya kami agak lalai seketika. Kisahnya berlaku di petang Sabtu, sewaktu tengahari Haziq memakan buah kegemarannya yang sudah lama aku tak bagi makan iaitu buah jambu. Alahai jambu sekeping sahaja sudah berjaya mengundang batuk & lelah pada Haziq. Mula-mula aku hanya berikan Sirap Ventolin ubat kebiasaan HAziq sekiranya batuk-batuk. Tetapi petang itu nafas Haziq semakin pendek & tercungap-cungap. Sudah biasa dengan keadaannya jika diserang asma, aku mengajak en suami ke klinik berdekatan untuk mendapatkan "talian hayat" Haziq iaitu nebulizer. Selepas mengambil nebulizer nampak Haziq segar berlari-lari bermain dengan Husna. Dalam hati mama berasa lega sekali. Kami balik ke rumah makan malam seperti biasa.
Tapi kusangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Dalam pukul 8 malam Haziq seakan-akan lelah lagi. Bimbangkan keadaannya en suami bawa lagi ke klinik berdekatan untuk mengambil nebulizer lagi. Doktor di klinik tersebut menulis surat rujukan untuk dibawa ke hospital sekiranya lelah masih berlarutan. Malam tu memang kami laki bini tak dapat melelapkan mata. Aku rasa semua ibubapa pun macam tu, kalau anak sakit mana boleh nak tidur lena weh!
Setiap hembusan Haziq berbunyi macam wisel, lepas tu muka berpeluh-peluh sebab susah nak bernafas. Ditambah pula dengan muntah yang teruk. Terus en suami ambil keputusan untuk bawa ke hospital. Masa tu sudah pukul 2 pagi, memandangkan anak-anak yang lain sudah tidur, hanya en suami dan Haziq aje yang ke hospital. Sampai di sana terus dibawa ke unit Kecemasan dan diberikan rawatan oleh doktor yang bertugas.
Petang Ahad tu baru aku berkesempatan untuk menjenguk Haziq. Masa ni ditempatkan di unit rawatan rapi, hanya orang dewasa sahaja yang boleh masuk. Jadi anak-anak yang lain kena tunggu di lobi sahaja. Hari pertama Haziq macam gembira aje duduk di hospital, bercerita tentang pengalaman menaiki kerusi roda dan dicucuk jururawat. Alhamdulillah anak mama tenang menghadapi dugaan. Nebulizer diberikan setiap jam dan doktor mengarahkan agar memakai wayar Oksigen kerana tahap bacaan Oksigen hanya di atas paras yang dihadkan oleh doktor. Selain itu, drip air juga dimasukkan untuk meneutralkan balik ion-ion dalam tubuh Haziq rentetan dari kejadian muntah-muntah pada malam tadi.
Masa ni bukan main selera lagi Haziq makan. Sudahlah best menu di hospital ini. Siap boleh pilih-pilih lagi nak makan apa. Aku pula belikan makanan kegemaran Hazi iaitu spaghetti bolognaise. Alhamdulillah banyak dia makan;)
Oleh kerana budak-budak tidak dibenarkan masuk sekali, en suami ajelah yang temankan Haziq. Aku balik semula ke rumah bersama anak-anak yang lain. Nasib baiklah ada adik ipar yang tolong hantar ke rumah, kalau nak harapkan aku bawa sendiri kereta memang tidak sampailah jawab dia..huhuhu
Tambah-tambah lokasi hospital ini (DEMC) terletak jauh di bandar Shah Alam, ikutkan ada aje hospital Columbia Asia Bukit Rimau tapi mungkin en suami lagi sukakan layanan di sini jadinya malam itu terus hantar Haziq ke sini.
Hari kedua; petang baru aku dapat pergi ke hospital. Itupun adik ipar juga yang hantarkan. Bertuah juga ada adik beradik dekat-dekat ni jadinya senang untuk minta tolong. Alhamdulillah..
Hari ni Haziq agak muram, bila ditanya pun tak mahu bercakap. Rupa-rupanya tangannya sakit bila mandi entah macamana tempat masukkan drip tu berdarah jadinya darah backflow ke dalam wayar. Kasihan anak mama, aku hanya mampu nasihatkan dia untuk kuat, bila sakit ucaplah "Allahu Akbar!" Semoga Allah sentiasa membantu Haziq.
Selepas itu ahli fisio datang, lagilah menambah kemuraman Haziq. Rupa-rupanya pagi tadi sudah dilakukan rutin fisio; Haziq dibaringkan dan ditepuk bagi mengeluarkan kahak. Aku difahamkan sekiranya kahak tidak banyak ini lah proses yang akan dilakukan, tapi jika banyak mereka akan gunakan wayar masuk ke dalam hidung dan mulut. Sama seperti pengalaman Haziq dahulu semasa berusia 5 tahun; pernah juga ditahan di wad dan dilakukan fisio macam tu. Ya Allah kali pertama aku menangis sebab kasihankan Haziq, tapi kali ini hati aku dah tabah, fikirkan ini semua untuk kebaikan diri dia. Waktu pagi tadi semasa dilakukan proses fisio, Haziq tidak menangis tapi petang semasa aku ada menangislah pula sampai ahli fisio tu terpaksa keluar kerana Haziq tidak mahu berhenti menangis..Alahai kasihan anak mama:(
Petang itu Haziq dibenarkan masuk wad kanak-kanak. Alhamdulillah sudah boleh bertemu dengan adik-adik yang lain. Sebelum ini hanya bervideo call sahaja. Sehari dalam 2,3 kali Haziq buat video call gara-gara rindukan adik-adik especially Una bff (best friend forever). Jumpa sekejap sudah marahkan adik-adik..Alahai anak mama, memang macam ini; kalau jauh rindu-rinduan bila dekat bergaduh!
Bila anak sakit memanglah kita sebagai ibubapa ni hati tidak senang. Kasihan diorang kecil-kecil sudah kena tahan sakit setiapkali jururawat datang memasukkan ubat. Allahurabbi, semoga anakku Amirul Haziq bertabahlah dalam menghadapi dugaan Allah. Mungkin dia masih kecil dan tidak tahu bersabar, yang dia tahu hanya menangis..Doakan moga Haziq cepat sihat ya kawan-kawan. tq semua.
Hari ini en suami ada kerja di KL jadinya aku kena datang hospital jaga Haziq bersama anak-anak yang lain. Semoga dipermudahkan Allah dan semoga anak-anak yang lain tidak berjangkit dengan penyakit lain. Minta dijauhkan Allah..Musim sekarang ini ramai anak-anak yang jatuh sakit, anak buah aku pun sudah berminggu-minggu demam, alahai kesian anak-anak kecil ini. Cuaca yang tidak menentu membuatkan mereka demam kebah demam kebah. Hospital juga sampaikan tiada bilik yang kosong, semuanya penuh gara-gara ada sahaja pesakit yang masuk. Moga anak-anak kita sentiasa dilindungi Allah.
Buat ibubapa yang menjaga anak-anak yang sakit, mental juga perlu kuat. Teringat kembali kenangan aku semasa HAziq pertama kali dimasukkan ke hospital di usianya masih belum mencecah 2 tahun di Hospital Klang. Masa tu aku sedang mengandungkan Husna, biasalah masih mentah hanya tahu menangis sahaja:P
Alhamdulillah sekarang pengalaman menjaga anak yang sakit banyak membantu aku supaya kuat dalam menghadapi dugaan ini, kalau anak kena tahan di hospital pun, redhakan aje kerana inilah yang terbaik untuk mereka. Kalau disimpan di rumah pun, belum tentu kita dapat memberikan ubat setiap masa yang sepatutnya ditetapkan. Jadi, ada baik juga anak mendapat rawatan di hospital. Banyakkan bersabar dan berdoa. Insya Allah makin lama kita akan menjadi makin kuat:)
Oklah, sampai di sini sahaja. Hari ini sudah bermulanya bulan baru. Aku mengharapkan rezeki yang melimpah ruah untuk bulan ini. Lepas ini kena memecut laju untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan. Ya Allah mudahkanlahs egala urusanku:)
Hingga bertemu lagi dengan perkongsian yang lain.
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html
Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah
Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan