Kembali bersiaran lagi selepas berhujung minggu. Alhamdulillah Sabtu yang lepas kami berpeluang sambut harijadi Ashraf Hariz yang ketiga (atau ikut tahun ke 4 lah kan). Syukur sangat-sangat sebab berpeluang menyambutnya secara kecil-kecilan bersama ahli keluarga belah en suami juga. Petang Sabtu tu walaupun jadual yang agak penuh, keluar dari awal pagi lagi untuk membeli tempahan barangan harijadi, pergi ke Putrajaya untuk menghadiri majlis perkahwinan staf satu pejabat dengan en suami kemudian patah balik ke Shah Alam untuk ambil kek harijadi Ashraf.
Fuuuh, petang tu berkejar pula ke Kuala Selangor untuk satu lagi perjumpaan adik-beradik belah en suami untuk membincangkan majlis kenduri perkahwinan adik ipar aku pada cuti sekolah hujung bulan ni. Kemudian yang bongsu pula nak bertunang pada bulan 6. Memang bertuahlah mak mertua sekali dapat 2 orang menantu lelaki pada tahun ini :)
Kali ini aku saja je buat tema Ben 10 memandangkan ada set alat tulis Ben 10 yang lebihan jualan di rumah. Jadi bolehlah bagi dekat anak-anak buah sorang satu set. Kek harijadi pula ditaja oleh salahs eorang pelajar aku yang mengambil tempahan membuat kek di Shah Alam. Ini maklumatnya :
Nama : Are-t Homemade Cookies
Alamat Blog : Atie Homemade Cookies
Alamat fanpage : www.facebook.com/arethomemadecookies
Boleh singgah jenguk apa yang menarik. Kek yang aku tempah ni butter cake with strawberry layer. Hamboi kemain namanya! Sedap juga sebab rasa strawberi yang masam-masam. Bolehlah usha fanpage nya ok :)
Majlis bermula selepas Maghrib. Ramai juga yang datang; ada Kak Ni sekeluarga datang jauh dari Karak, abang Yi dari Puchong, Kak Yah dari Jalan Duta, Jamal sekeluarga dari Puchong dan adik-adik ipar aku. Tuan rumah pula sediakan banyak makanan. Menu kami malam tu adalah laksa Klate lah, lepas tu ada pot-luck juga, Kak Yah bawa pulut kuning dan rendang ayam, aku bawa buah-buah je =P
Acara dimulakan dengan bacaan doa dari abang ipar aku yang merupakan seorang ustaz. Terima kasih buat semua pakcik-pakcik makcik-makcik yang mengaminkan doa. Semoga Ashraf dan anak-anak yang lain membesar menjadi anak-anak yang soleh kebanggaan kami dunia akhirat.
Malam itu juga sambutan harijadi sepupu Ashraf yang lahir seminggu sebelum Ashraf. Sebab itulah ada 2 biji kek :)
Abang dan kakak Husna yang paling teruja sebenarnya untuk tiup lilin tu
Ashraf sibuk tengok kek sepupunya tu. Hihihi Masa majlis ni berlangsung hujan turun di buli Kuala Selangor. Alhamdulillah, Allah dengar rayuan hamba-hambanya. Malah, dua tiga hari ni cuaca memang sekejap panas dan sekejap mendung. Yang penting, jerebu sudah makin beransur hilang. Alhamdulillah.
Ashraf Hariz sengih je bila mama nak ambil gambar. Perangai hero dia makin menjadi-jadi sekarang ni tapi yang paling best melayan dia bercakaplah. Kalau nak habiskan satu perenggan ayat tu boleh dua tiga kali dok ulang perkataan yang sama. Pastu suka sangat salahkan orang lain walaupun tahu itu salah dia. Contohnya kalau dia tumpahkan air, dia tak akan mengaku tapi dia boleh cakap "Ajam yang buat" Padahal adiknya masih tidur dalam bilik lagi masa tu. Memang kelakarlah nak melayan mulut dia ni tapi saat macam ni sekejap sahaja sebab lepas ni Ashraf akan makin membesar bagai juara!
Oklah, bagi yang mahu mengadakan majlis sambutan harijadi anak, mungkin boleh like fanpage : Barangan Parti Harijadi di mana ada pelbagai jenis barangan set alat tulis yang sesuai dijadikan hadiah dalam goody bag majlis nnati. Ini adalah contoh set alat tulis yang aku jual :
Untuk tempahan hubungi aku melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/ What app / Viber : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad
Bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan