Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 31 Mac 2015

Puasa Ganti Dah Habis Ganti Ke Belum?


Assalamualaikum,

Semalam ganti puasa hari ke 10. Alhamdulillah tiada drama melepek kepenatan atau apa. Mungkin semalam juga cuaca tak panas sangat jadi takde rasa nak migrain atau apa. Hari ini tak puasa sebab ingat nak puasa bila masuk bulan April pula sempena meraikan GST. He he he

Semalam masak gulai ikan dengan belimbing buluh, ikan bawal goreng dan terung berlada. Aini buatkan GC Tea untuk aku, mudah aje hanya tuang air panas dan masukkan satu uncang GC Tea ke dalam bekas air itu. Minum semasa berbuka memang terasa kesegarannya. Bayangkan minum teh hijau yang dimasukkan daun pudina di dalam tu. Itulah kesegaran yang dirasai apabila meminum GC Tea. Ada sesiapa nak cuba? Sangat baik untuk kesihatan dan ianya juga boleh menurunkan berat badan. PM / WA ke 012-970 6828 ya untuk pertanyaan.

Kawan-kawan semua dah habis ganti ke puasanya? (soalan ditujukan kepada kaum Hawa ya). Kalau belum, bolehlah mula kan dengan berpuasa Isnin dan Khamis dulu. Macam aku ni masih berbaki 19 hari lagi memandangkan tahun lepas bersalin di dalam bulan Ramadhan. Kalau tak silap hari ke 4 puasa. Alhamdulillah, kena bersyukurlah sebab Allah nak bagi ujian lebih sedikit, huhu bukan senang untuk berpuasa selama sebulan apabila orang lain tak puasa ni :( Bertabah Mek La, anda pasti boleh!

Semoga dipermudahkan segala urusan aku mengganti puasa. Hehe Tak sabarnya nak menunggu kedatangan Ramadhan tahun ini. Ya Allah, panjangkan usia kami semua agar dapat menyambut kedatangan bulan mulia dan penuh keberkatan itu. Aamin.

Iklan :


Peluang cari pedapatan lebih sempena bulan puasa ini masih terbuka. Siapa nak rasa keenakan sambal kentang sedap boleh PM / WA 012-970 6828. Produk laku keras sempena bulan puasa ini, tahun lepas sahaja aku berjaya menjual lebih 300 peket (lebih 150kg) melalui ejen-ejen yang bersama-sama mempromosikan produk ini. Jangan lepaskan peluang, tak dapat banyak dapat sikit pun jadilah buat tampung perbelanjaan rumah yang sedang meningkat naik ni :)

Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^