Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 30 September 2015

Hari Raya Aidiladha 2015 : Erti Korban

Assalamualaikum,

Lamanya aku menyepi sejak entri terakhir minggu lepas. Banyak terlepas cerita menarik tapi apakan daya tuan punya blog sibuk bercuti balik ke kampung menyambut hari raya korban di Kelantan. Alhamdulillah, tahun ini berpeluang balik ke kampung dan merasai kemeriahan korban di kampung en suami. Tahun lepas kami berkorban di sekolah anak-anak, memang tak sama budaya dan sambutan di bandar dan kampung. Boleh baca kisah raya haji 2014 di sini : Raya Haji 2014

Kami bertolak balik ke kampung pada petang hari Isnin(21/09/2015) dan tiba di Tumpat pada pukul 2.30 pagi. Perjalanan yang lancar hanya mengambil masa 7 jam sahaja di kala bukan waktu "peak season" manakala perjalanan balik ke Shah Alam pula mengambil masa selama hampir 12 jam dek kerana kami bertolak pada hari Sabtu. Berpusu-pusu kereta menuju ke destinasi yang sama iaitu pulang ke sarang untuk kembali bekerja dan bersekolah. Nasib baik kami bertolak awal sedikit, bagi yang lewat ada juga sehingga memakan masa 18 jam perjalanan. Fuuh kena banyak-banyak bersabarlah ya!

Ok sambung cerita tengtang hari raya haji kami. Tahun ini keluarga en suami mengambil seekor lembu dan setiap bahagian mewakili adik beradik dan saudara terdekat sahaja. Pertama kali semua proses bermula dari merebahkan lembu, menyembelih, memapah dan membahagikan daging akan dibuat oleh adik beradik en suami. Apalagi, zaman sekarang Youtube lah menjadi sifu terbaik. Alhamdulillah, mudah sangat nak tumbangkan lembu ini dan tiada drama lembu terlepas atau mengamuk dapat dielakkan pada pagi tersebut ;)


Kalau tak silap abang sulung en suami yang menyembelih lembu dan dibantu oleh adik beradik lelaki yang lain. Mula-mula tak ada siapa yang mahu balik sekali bila "last minute" ramai pula yang dapat mengambil cuti dan bertolak balik ke kampung. Adik bongsu en suami pagi raya baru sampai di rumah tapi tak mematahkan semangat untuk sama-sama menolong memberishkan perut lembu. Bagus kan? Semangat ini lah yang kita mahu :)


Ini Abang Zamri suami kepada kakak ipar aku, sampai luka tangannya dek terkena pisau yang tajam. Adoi tengok darah rasa seriau juga


Yang ini sudah tentulah kesayangan aku ; ustaz Hamdan :P LOL tukang bahagikan daging dan tukang takir tulang


Anak buah kami yang sebaya dengan Azzam Haneef, nama pun nak sama dah. Yang ni Azzeem


Lauk sarapan pagi raya kedua iaitu kakah dalam (hati, paru & pelbagai bahagian eksotik lembu) goreng. Adoilah tengok gambar ni terus perut berbunyi


Pagi raya sebelum upacara korban dijalankan, Pokteh (adik en suami) usap-usap dulu lembu tu


Inilah lembu yang sudah menjadi arwah dan bakal menjadi tunggangan mereka yang berkorban di akhirat nanti. Haritu en suami ada bagitahu yang ustaz yang bagi kuliah di surau ada mengatakan yang bahagian kita korban setiap tahun nanti akan menjadi kenderaan kita di akhirat nanti. Kalau di dunia kita mesti mahu (atau sekurang-kurangnya ada keinginan nak pakai kereta mewah) guna kereta yang hebat, apa kata untuk akhirat nanti kita usahakan juga mencari kenderaan yang hebat juga. Pesan ustaz, tanamkan dalam minda setiap tahun mahu berkorban (tak kisahlah di negeri sendiri ke di luar negara ke) dan kalau ada rezeki yang lebih ambil bahagian untuk isteri dan anak-anak juga. Perkara ini memang kita tidak akan nampak di dunia tetapi akhirat nanti sangat membantu kita juga. Wallahua'lam.


Kaum hawa di dapur sibuk (makan) masak. Sarapan pagi kami dimulakan dengan nasi kerabu kemudian kakak ipar aku bawakan pula nasi dagang dan selepas siap daging kami mula masak daging goreng, gulai daging dan acar. Malam pula rebus perut dan cicah air asam. Adoi berlipat-lipat perut ni dengan lemak. Oh! ada juga menu sup tulang dimakan dengan megi. Sekali setahun kan;)


Bersungguh betul si baju hijau buat kerja. Bayangkan dari pagi sampai petang. Lepas tu mulalah suruh bini dia urut-urutkan tangan. Maklumlah, orang tak pernah buat kerja berat :P


Hasil bekerjasama dalam satu kumpulan, sekejap sahaja lembu tumbang


Memang tabiklah dengan kerajinan Pokteh ni. Bayangkan sampai bersih perut lembu tu dikerjakannya. Ha ha ha


Erti pengorbanan bagi aku adalah apabila kita semua dapat mengorbankan ego dan pegangan masing-masing dan duduk bersama menyelesaikan tugasan. Tahniah diucapkan kepada team adik beradik en suami yang sehati sejiwa menyelesaikan ibadah korban tanpa mengira pangkat jawatan ataupun pegangan politik. Walaupun lahir dari ibu yang sama, tipu kalau tak pernah bergaduh atau berbeza pendapat, tapi dalam keluarga kami mana ada bergaduh sampai tak bertegur sapa. Kita buang yang keruh kita ambil yang baik-baik sahaja :)


Tengok tu sampai terkeluar otot POkteh, dah jadi abang sado dah gayanya. He he he

Secara keseluruhannya memang seronok bercuti raya haji pada tahun ini. Walaupun belah mak aku takde korban tapi kami ada berikan juga sedikit daging korban untuk mak, Kak Na dan saudara terdekat. Sama-sama rasalah kan, yang penting memang berbeza sangat-sangat makan daging korban dengan daging bukan korban. Cuma dua tiga hari ni kena berhenti sekejap makan daging sebab gusi dah sakit. He he he

Oklah nanti kita cerita kisah lain pula. Tata titi tutuuu :) Thanks sebab baca kisah raya haji kami yang tak seberapa ni.

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^