Lamanya tak update blog :) Tiada apa yang menarik sangat untuk dikongsikan cuma aku mahu bercerita tentang pengalaman menghadiri seminar Moving Up Seminar (MUS) yang dianjurkan oleh upline aku di Melaka. Sebenarnya seminar ini 2 hari penuh dengan aktiviti tapi memandangkan hari Sabtu tak dapat menghadirkan diri, aku gagahkan juga pergi hari Ahad (walaupun sampai agak lewat juga). Rugi rasanya jika tak menghadirkan diri walaupun pada awalnya hati berbelah bagi juga memandangkan program akan habis tengahari Ahad juga. Alhamdulillah, syukur ada suami yang "sporting", sanggup jadi pemandu dan penjaga anak-anak semasa aku dalam seminar, en suami bawa anak-anak masuk ke Zoo Melaka. Syukur juga seminar tu diadakan di D'Village Ayer Keroh yang terletak bersebelahan juga dengan Zoo Melaka.
Walaupun mama tak dapat masuk zoo bersama anak-anak, tapi dalam hati ni rasa macam mahu lari aje untuk bersama-sama mereka. Tapi apakan daya, mama juga ada agenda bisnes mama sendiri (eceh bunyi macam poyo je). Alhamdulillah, pengisian perkongsian pada hari tu memang terus menyentap ke dalam jiwa aku ni. Banyak kali juga air mata ni berjujuran jatuh dengan sendirinya apabila mendengar perkongsian-perkongsian daripada mereka yang sudah berjaya. Paling aku suka sudah tentu perkongsian dari seorang surirumah anak 7 (pasangan puan Rokiah & Ustaz Suhaimi). Bayangkan dengan gaji seorang guru mungkin agak "tenat" untuk menampung perbelanjaan keluarga kan? Dari situ Pn Rokiah berazam sungguh-sungguh untuk majukan bisnesnya dan alhamdulillah berkat duit penat lelah buat bisnes berjaya menampung perbelanjaan anak beliau yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi tanpa mengambil pinjaman PTPTN pun.
Iya, aku rasa macam kena sentap aje pangkal jantung ni sebab aku juga ada anak yang ramai (menyusul 6 orang dikira ramailer kan?). Bukan tak bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan melalui en suami tapi apa salahnya jika kita berniaga juga demi masa depan anak-anak kan? Sambil-sambil isi kelapangan tu boleh pilih nak buat bisnes apa tapi kalau tanya aku sudah tentulah bisnes yang mudah untuk dijalankan dan tak perlu keluarkan modal yang banyak. Iyalah, kita kan surirumah, bukannya usahawanita yang perlu keluarkan modal besar untuk bina kilang belakang rumah :P
Jadi jika tanya aku, sebenarnya jawapan aku mudah ; Am.way lah antara salah satu jawapannya iaitu bisnes yang tak perlukan modal yang banyak untuk bermula dan semua produk sudah tersedia. Kalau tak silap ada lebih dari 800 jenis produk untuk dijual. Bagaimana nak jual? Hanya kongsikan kebaikan produk kepada kawan-kawan mahupun jiran tetangga mahupun kenalan alam maya dan ajak mereka membeli atau menggunapakai produk di kedai Amway yang berdekatan dengan anda. Kalau kedai jauh, tak payah pening kepala hanya order sahaja secara dalam talian (online). Mudahlah sangat-sangat kan? Jadi, surirumah semua rugi kalau tak ambil peluang ini. Mahu tahu lebih lanjut tentang bisnes ini boleh Whats App aku di 012-970 6828 ya.
Jika mahu berbisnes pertama sekali jangan fikir hanya untuk dapatkan duit poket untuk beli lipstik atau henbeg sahaja (yang itu minta dengan suami sebab memang kewajipan mereka untuk sediakan kepada isteri) tapi niatkan demi masa depan anak-anak kita. Kita tak tahu akan datang sudah tentu kos pendidikan akan makin meningkat dan sudah tentu kita juga tak mahu anak-anak kita mengikut jejak langkah kita dengan mengambil pinjaman PTPTN (eh aku lah tew) kan? Jika begitu, maka jawapannya adalah dengan berniaga dan dedikasikan duit hasil penat lelah berniaga ke dalam akaun anak-anak. Sebenarnya ada banyak caranya tapi yang tu kita stori lain kali pula. Jom layan gambar budak-budak terlampau seronok dapat masuk dalam zoo ;)
Tahun 2012 rasanya kami pernah ke Zoo Melaka, waktu ni Ashraf kecil lagi. Sampai lenguh kaki berjalan dalam zoo ni (punyalah besar) dan balik dari percutian di Melaka Ashraf masuk wad di DEMC sebab sakit mata. Ha ha ha Kenangan sungguh! Tahun ini mereka masuk lagi untuk mengimbas kenangan lama (kecuali bagi Azzam & Aaliayah sudah tentulah pertama kali buat mereka)
Bila balik tu masih teruja anak-anak bercerita tentang ular, zirafah, monyet dan kura-kura. Kita yang dengar pun tumpang "excited" sekali. Nanti kalau ada rezeki nak bawa anak-anak ke taman burung di KL pula!
Amboi mek Husna silang kaki lagi. Alhamdulillah cuaca di Melaka ok sikit tahap jerebunya, tak macam di Shah Alam yang masa tu agak teruk sampai sesak nafas ni. Masa mama dalam seminar, kecoh group Whats App berkongsikan maklumat yang sekolah tutup 2 hari. Yeay! Lega hati mama :)
Azzam seronoklah dapat tengok kura-kura. Tengok sahaja boleh tapi jangan nak bela ya sebab mama kamu ni "rajin" orangnya. Nanti nak kena cuci tahi kura-kura satu hal pula bertambah tugas mama ni
Permata hati mama. Insya Allah walau apa dugaan dan halangan mama akan terus berjuang demi anak-anak.
Sekejap aje mereka dah besar. Walau macamana sibuk kita mengejar impian atau matlamat jangan abaikan kasih sayang untuk anak-anak. Semoga mereka akan ingat penat lelah mama & papa dalam membesarkan mereka (yang kuat makan ni) Opsss
Ashraf dan Azzam memang cute. Eh puji anak sendiri pula
Azzam nak buat "peace" tapi tak reti lagi. Double cute lah!
Alhamdulillah Haziq walau nampak seorang yang manja tapi dah boleh tolong dukung adik Aaliyah dan jagakan adik, kalau Husna nampak macam tak boleh harap sangat. Koyal jah lebih (diva sangat ni)
Papa terpaksa sewa kereta ni sebab ada budak malas nak berjalan. Mencabar juga katanya sebab tak semua tempat boleh naik (kena usung kalau ada tangga atau batu) dan Ashraf pula jeles nak naik juga. Macam-macamlah papa cari alasan untuk pujuk. He he Cute lah kamu anak-anak dan terima kasih en suami sebab berjaya menjadi superdad tengahari tu. Sampaikan lenguh tangan buat dukung Aaliyah. Petang tu kami terus bertolak balik dan sampai di rumah sebelum maghrib. Satu pengalaman yang bermakna bagi aku dan anak-anak. Semoga lepas ini makin rajinlah untuk berusaha!
Sehingga bertemu lagi. Maaf pada yang bertanyakan tentang Genius Aulad, anak-anak aku sudah tidak bersekolah di situ dan aku tidak ada senarai harga yuran terbaru. Boleh google dan cari sendiri di website mereka ya. Insya Allah tahun depan Ashraf pun akan ke tadika, mama pening juga nak pilih yang mana tapi kali ni nak pilih yang biasa-biasa aje memandangkan poket dan komitmen yangs emakin bertambah. Semoga dipermudahkan segala urusan kami dan kawan-kawan yang membaca entri ini. Bye!
1 ulasan:
betulla...kita kena cr pendapatan smapingan... anak2 zaila dah besar2 dah..abang siap dukung adik kecik...comel...budak2 mmg suka gi zoo kan????
Catat Ulasan