Hari ini Selangor masih bercuti ya sebab menang perlawanan bola pada Sabtu yang lepas. Syoklah bagi mereka yang sambung cuti :) Macam aku ni takde bawa kesan sangat pun sebab en suami kerja seperti biasa dan kami pun tak pergi mana-mana untuk bercuti. Tahun ni tahun budget sket, he he he
Tapi Sabtu yang lepas terpaksa juga heret kaki ke KLCC sebab dah lama anak-anak minta nak mandi kolam di situ. Selalunya kami suka pergi awal pagi tapi kali ni pergi belah petang pula sebab waktu pagi tu aku dan en suami "berdating" berdua pergi beli stok susu anak-anak di Aeon Big Bukit Rimau. He he Syok dating berdua, siap makan burger baru di KFC lagi ;)
Oklah, kami sampai di KLCC dalam 4 petang lebih, terus menuju ke taman di mana terletaknya kolam. Memang menyesal juga keluar petang sebab ramainya manusia. Hu hu hu Sudahlah sekarang ni parking dekat taman dah tutup jadi terpaksa parking dalam bangunan KLCC dan menapak agak jauh juga untuk ke kolam tu. Bertabahlah mama demi anak-anak :)
Ada pokok krismas besar di luar KLCC
Kalau kat luar ni ramai pendatang asing dan budak-budak remaja melepak, aduh suasana yang tak enak untuk anak-anak
Seronok layan air pancut tapi tak seronok layan pemandangan sekeliling, cukup tak sesuai lah bagi anak-anak; budaya melepaknya lepas tu yang hisap rokoknya, laki pompuan bercampur aduk. Huh! Tuanya Mekla rasa sekarang ni
Sampai je terus en suami layan anak-anak mandi. Aaliyah masih takut-takut lagi, asyik menangis aje dan dia mandi sekejap aje. Tunggu besar sikit mesti suka lah tu
Aaliyah ditemani abang-abang dan kakak :) Azzam pakai baju renang Ashraf dan Ashraf pula pakai baju renang Amirul. Tak sangka dah 2 tahun kami beli baju renang tu di Krabi :)) Baju renang Husna masih muat lagi cuma tak menahannya seksi lah sket, nanti nak carikan baju renang muslimah buat dia
Masa nak balik tu ada sorang budak arab dia pegang kaki Azzam, kesian anak aku sampai menangis-nangis sebab tak boleh nak bergerak. Nasib baiklah ada beberapa budak perempuan India yang tolong lepaskan. Isy, saiko betul budak arab tu, kasar sangat bergurau!
Tak lama pun anak-anak mandi, dalam pukul 6 petang kami cepat-cepat masuk ke dalam KLCC balik sebab cuaca pun macam nak hujan. Kami ke surau solat Asar dan terus tunggu maghrib. Mula-mula tu nak solat asar di surau As-syakirin tapi macam jauh pula nak menapak, lagipun dah nak hujan terus masuk KLCC balik.
Sebelum tu ambil dulu gambar sepukul dua buat kenangan. Kalau waktu bujang suka sangat pergi KLCC tapi sejak dah beranak pinak ni rasa tak sesuainya KLCC sebagai tempat outing keluarga. Rasa macam nak pitam je sebab ramai, dahler lif kecil terpaksa lah kami tunggu lama juga semata-mata nak turun satu aras je pon :P
Hermm tunggu anak-anak besarlah nanti mana tahu boleh datang lagi
Surau kat situ pun kecil jika dibandingkan dengan keluasan KLCC, memang macam sardin juga sebab ramai yang ambil peluang solat Asar lewat lepas tu tunggu maghrib terus. Sudahlah anak-anak dah mula cakap lapar-lapar. Adui memang menguji kesabaran aku betul! Lepas solat maghrib kami keluar dari KLCC terus ke Restoran Hadramawt Palace yang terletak berdekatan aje dengan KLCC (berdepan dengan Prince Court). Ini kali ke empat lah kami datang makan di sini dan menu nasi arab di sini boleh tahan juga sedapnya tapi Saba' tetap pilihan di hati :)
Ini alamat dia bagi mereka yang mahu mencuba :
RESTAURANT HADRAMAWT PALACE
No.251, Jalan Bukit Bintang,
55100, Kuala Lumpur
Tel : 03-2143 3333
Setiapkali datang memang sentiasa penuh dengan orang-orang arab dan mereka yang menganjurkan majlis di sini
Mencabarlah bawa anak-anak yang ramai dan sedang kelaparan ke sini, mulut masing-masing bising aje. Kalau meja lain rilek je makan tapi meja aku, ha ha ha sila bayangkan sendiri. Ashraf tu asyik bunyi aje mulutnya "Mana nasi arab mama?" "Mama, nak air" "Mama nak nasi" "Mana pinggan Ashraf" T___T"
En suami suka order Fried Lamb Liver (RM18) bersama Roti Mullawah saiz kecil (RM4). Sedap juga hati kambing digoreng bersama kentang, cili benggala dan cili hijau. Nanti nak cuba buat sendiri lah di rumah
Kami makan nasi mandy kambing 2 pinggan dan mandy ayam 1 pinggan sudah cukup untuk keluarga kami. Lauk banyak cuma nasi kosong kena tambah satu pinggan lagi, he he Anak-anak aku ni jenis makan nasi lebih dari lauk. Pendek kata semua makan malam tu sebab tu aku lebih suka bawa ke restoran nasi arab berbanding KFC atau makanan segera yang lain. Anak jati Klate mesti suka makan nasi, nak-nak yang ada darah arab. Eh! (gurau aje)
Malam tu habis dalam RM136.80 itupun sebab aku tunjuk kupon diskaun 15%, kalau tak mesti lebih dari RM150. Alhamdulillah, rezeki anak-anak untuk makan nasi arab di sini. Bukan selalu kami dapat bawa. Selepas makan, terus balik ke sarang dan malam tu tidur nyenyak sampai ke pagi. Esoknya habis satu badan sakit-sakit sebab banyak berjalan. Hu hu hu
Oklah, hingga berjumpa lagi. Bye!
2 ulasan:
anak bujang sy dok request nak g KLCC.. sian dia.. xpernah sampai KLCC
kalau dapat main air mmg suka la kan dorang ni.. tapi aku tak pernah lagi bawak budak2 ni mandi sini, cam menarik je. swimming pool yg ada kat umah ni pun jarang pegi hahaha...
Catat Ulasan