Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 9 Disember 2015

Jom Berniaga Gaya Jutawan Senyap!


Gambar : Antara produk yang boleh dihasilkan secara home industry

Assalamualaikum,

Semalam masa tengah kemas meja terjumpa majalah Anis keluaran Mac 2014 yang aku beli di sekolah anak-anak. Tengok tajuk muka depan "Hendak Jadi Jutawan Perlu Berniaga" kata Dato' Dr. Haji Rusly Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Chef Li. Kalau tak silap Chef Li ada menulis banyak ebook dan juga buku bertajuk Jutawan Senyap. Jadi, aku nak kongsikan di sini sedikit daripada nasihat yang diberikan oleh Chef Li kepada mereka yang mahu memulakan perniagaan.

Antara nasihat Chef Li adalah suami isteri perlu menjadikan diri mereka terampil, mahir dan produktif. Kalau perbelanjaan bulanan keluarga tu dah tak cukup, maka kenalah rajinkan diri untuk mencari sumber pendapatan yang lain iaitu dengan berniaga. Formulanya ialah dengan menambah nilai sesuatu sumber yang kurang bernilai menjadi produk baharu yang lebih komersial dan boleh dimanfaatkan untuk keluarganya sendiri. Kaedah ini dipanggil TNS atau TAMBAH NILAI SUMBER.

Bagi kaum wanita pula boleh memanfaatkan tanah yang ada untuk bercucuk tanam tanaman keperluan dapur seperti cili, kacang botol, serai, kunyit, daun limau, daun pandan, halia, sayuran dan ulaman. Kata Chef Li lagi, anehnya kebanyakan dari kita sanggup mempunyai sehingga tiga set televisyen, tetapi tidak membeli walaupun sebuah mesin pengisar, mesin penguli, oven atau pengukus besar. Bercakap mengenai penguli, teringat pula aku akan mesin Noxxa Noodle Maker yang aku beli tu, alhamdulillah dah ada beberapa kawan yang mahu tempah mee kuning hasil tangan aku, Insya Allah selamat dan dibuat dari bahan-bahan yang halal serta tidak mengandungi pengawet langsung. Ada orang tak boleh makan mee kuning yang dibeli di kedai sebab nanti akan migrain atau angin berlebihan dalam badan adalah disebabkan kandungan asid borik dan kapur yang digunakan untuk mengawet mee tersebut. Jadi, berbaloilah beli untuk kegunaan sendiri. Jika rajin bolehlah jual pada kenalan atau jiran-jiran :)



Seronok dan puas hati bila dapat buat mee hasil tangan sendiri. Hari tu ada tersebar dalam facebook & Whats App yang ada sebuah kilang di Sungai Buloh yang dimiliki oleh bangsa lain tapi menggunakan nama seperti produk Muslim telah disita sebab tak menepati piawaian JAKIM. En suami cakap macam dah jadi fardhu kifayah pula bagi kita menghasilkan produk muslim sebab tengoklah dunia sekarang ramai yang suka ambil kesempatan ke atas orang Islam. Pengguna memang tak dinafikan ramai tapi bangsa kita ni memang *ehem*ehem* (faham sendiri) bab meniaga ni. Jadi, kalaupun tak nak meniaga secara besar-besaran, jomlah kita ubah gaya hidup dan beli segala gadget yang memudahkan kita menghasilkan sendiri produk yang terjamin halal dan toyyiban. Setuju tak? Nak beli Noxxa noodle maker? Meh WA aku di 012-970 6828 untuk pertanyaan harga.

Oklah, nanti aku kongsikan lagi tentang tips-tips untuk menjadi jutawan sepertimana yang dikongsi oleh Che Li. Sehingga berjumpa lagi. Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^