Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 8 Disember 2015

Masak Sendiri Lebih Menjimatkan, Setuju Tak?

Assalamualaikum,

Zaman serba barang naik harga ini memang kadang-kadang membuatkan kita untuk berfikir lima enam kali sebelum memutuskan untuk makan di kedai. Hermm, kecuali bagi mereka yang super duper pemalas atau tak kisah duit habis untuk makan sahaja. Macam bagi aku yang ada anak ramai ni, memang berkira lah bab tu, pernah juga kami digelar sebagai kedekut sebab bab makan pun nak berkira tapi memikirkan masa depan anak-anak yang memerlukan sejumlah duit untuk pendidikan dan insuran mereka, terpaksa lah kami "berkira" sedikit :)

Kalau dulu waktu bujang aku suka makan makanan di kedai, rasa macam "oh sedapnya mereka masak!" tapi sejak dah kahwin dan dapat pula en suami yang suka masak sendiri, nak tak nak kenalah belajar dan korek resepi makanan kegemaran ataupun apabila teringin sangat terus google resepi dan tengok bahan-bahan yang ada di dapur kemudian sesuaikan ikut selera.

Semalam sebenarnya nak cuba buat kue teow dengan menggunakan Noxxa noodle maker tapi rasa macam malas nak bereksperimentasi (sebab baru dapat resepi) jadinya aku hanya buat mee kuning biasa sahaja. Alhamdulillah sejak ada mesin buat mee Noxxa ni, aku dah tak beli dah mee kuning di pasaraya, asal teringin je terus suruh Haziq keluarkan peralatan dan buat mee sendiri. Anak-anak memanglah teruja sebab mee tu automatik, lepas sukat tepung gandum terus tekan aje tak payah nak uli dengan tangan atau apa.

Kebetulan daging ada maka jadilah mee daging halia yang diilhamkan dari resepi kantonis kue teow daging Mohd Chan. (JJCM Restoran Mohd Chan Kota Kemuning). Daging dihiris nipis-nipis kemudian direbus sekejap untuk bagi empuks, kemudian aku tumiskan bawang dan halia sampai kekuningan, masukkan daging kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis sedikit. Tambah garam untuk bagi masin dan masukkan mee. Tambahkan air bancuhan tepung jagung serta taburkan daun bawang. Wallah! Siap untuk diranggos ;)


Memang terbuktilah jika masak sendiri lebih menjimatkan. Nak cerita ni, haritu aku mengidamlah nak makan ketam, kalau di sini memang susah nak cari ketam yang kami suka iaitu ketam nipah (warna hitam) jadi en suami bawalah kami sekeluarga makan di Restoran Mohd Chan Kota Kemuning. Dapatlah makan ketam masak bersama telur masin 3 ekor pada harga RM42!! Memang terasa nak makan sampai kulit-kulit lah kan, he he he Tapi yang tak bestnya isi kat dalam tak ada pun. Kecewa lah juga ;(

Minggu lepas en suami beli ketam laut di Econsave 3 ekor juga dalam RM8+. Petang Ahad aku buat masak lemak ketam letak nenas dan beberapa ekor udang. Fuuuh dapatlah makan sampai esoknya sebab anak-anak aku jenis makan kuah aje, alhamdulillah ketam kali ni isinya penuh siap ada telur lagi :)


Kat bawah ni pula gambar ikan salmon yang dibeli di Aeon Big Bukit Rimau masa ada jualan. Murah juga lah tapi sekarang tekak aku lebih suka makan ikan tenggiri dari ikan salmon, tak tahu kenapa. Boleh follow gambar masakan aku di Instagram @zailabinimdae


Jadi demi menyahut cabaran pak-pak menteri kita yang suka sangat suruh tanam sendiri dan ternak sendiri, mehle kita sama-sama memasak sendiri makanan di rumah supaya lebih menjimatkan :) Nanti makin "kaya" lah sebab duit tak keluar untuk makan di kedai kan :P

Oklah gurau aje tu, jangan sentap-sentap pula. Hingga bertemu lagi. Bye!

3 ulasan:

Rizziela berkata...

sangat setuju... makan pun puas sebab boleh tambah byk2 kali

Nurhayati berkata...

masak sendiri mmg jimat banyak sangat.. diriku kalau hari biasa mmg masak, masak biasa2 je pun. lauk ayam kicap, kurma ayam or ayam goreng mmg menu wajib tuk budak2 ni. tapi kalau wiken, harusla makan luar. keluar dari rumah adalah terapi tuk diriku, nak nak cuti sekolah ni ya ampun bergegar rumah hahahah

Unknown berkata...

Setuju.. tapi bila dah penat & mengantuk org mcm K.Sham ni.. jawab nyer.. beli kat luar jugak la.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^