Assalamualaikum,
Hari ini Jumaat sudah memasuki hari terakhir minggu kedua persekolahan. Alhamdulillah, anak-anak sudah mulai ikut rentak hari persekolahan di mana kena tidur awal dan bangun awal. Syukur juga setiap hari aku masih konsisten menyediakan bekal buat anak-anak. Pagi ini hanya goreng nasi bersama lebihan sardin (semalam buat roti sardin dan roti sosej)
maka terhasillah nasi goring sardine. Tambah sedikit telur dadar. Ada anak yang tak suka nasi goreng pula memilih untuk bawa bekal nasi putih tuang kicap dan telur dadar. Tak mengapalah, asalkan berbekal.
Cuaca di Kota Kemuning sekarang asyik mendung dan hujan gerimis sahaja. Bukan mengeluh tapi ramai yang mengadu kain bertimbun basah dah hapak jika tidak kering. Bagi aku, masalah kain bau hapak sudah lama diatasi sejak menggunakan sabun dari Amway iaitu SA8. Setiap hari pun basuh baju, maklumlah anak ramai, lepastu adalah pula hak jenis suka kencing malam (nama dirahsiakan) lagilah bertimbun-timbun pakaian kena basuh setiap hari. Selalunya sidai di luar rumah (bawah balkoni) memang tak akan kering sempurna, petang tu suruh anak-anak angkat masuk bakul, esok kena sidai lagi. Memang takde dah bau hapak kain basah, kalau dulu sampai anak-anak komplen baju ada bau busuk.
Gambar sekadar hiasan. Waktu ni hujan tengah malam, kami baru balik dari Prince Court.
Biasalah, ramai yang tak tahu kelebihan sabun ni akan cakap "harganya mahal" tapi bagi aku sejak menggunakannya memang terasa penjimatan tu. Nak-nak kalau beli yang kotak 3kg, lama juga lah baru boleh beli lain. Yang bagusnya, mereka yang ada alergik dengan sabun pencuci sesuai sangat menggunakan sabun ni sebab nanti tangan tak pedih, nak rendam dulu pun takde masalah malah kalau terlupa nak basuh semalaman, air rendaman tak berbau pun. Aku pernahlah buat eksperimen dulu, lebih dari 1 malam pun (padahal pemalas) dan ternyata tandas takde bau busuk hapak pun.
Kalau mereka yang ada anak-anak bersekolah tu boleh guna SA8 Prewash. Sembur-sembur aje di kolar baju sekolah anak-anak dan biarkan sekejap dan basuh macam biasa. Selalunya akan hilang kotoron atau daki tersebut. Kalau kotoran degil sangat mungkin boleh cuba buat beberapa kali. Kalau baju kerja suami uols kuning tang ketibus tu, elok benarlah guna sabun ni. Baju tak rosak, uols pun boleh jimat duit tau :)
Satu kelebihan yang aku perasan adalah kain baju selepas kering pun tak akan jadi keras kejung macam selepas guna sesetengah sabun pencuci. Helloooo, Mekla kan surirumah, jenama sabun apa tak cuba baik cecair mahupun serbuk semua dah guna. Tapi sabun SA8 sekarang menjadi pujaan hatiku, tambah-tambah bila beli dan pertengahan bulan dapat rebat dari Amway. Haa nak tahu caranya? Whats App 012-970 6828 kita sembanglah lebih lanjut tau.
Oklah, hari Jumaat nak kena ambil anak-anak dari sekolah awal sedikit. Nanti petang aku update blog lagi ya. Semalam tak sempat sebab sibuk uruskan anak-anak. Bye!
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan