Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 10 Jun 2009

Pengkalan Kubur yang xder Kubur;p

Juat a back dated n3 tapi nak cerita jugak walaupon sudah hampir seminggu kami pulang ke kampung..Hari ahad lepas, Zaila berjaya jugak menggunakan kuasa memujuk sang suami untuk ke tempat yang dipanggil Pengkalan Kubur..tapi sungguh hairan sebab kat situ xder pon kubur..yang ada hanyalah kedai2 yang bisa menggalikan kubur dompet laki2 kita..wakakakkaka;-)

Zaila raser bagi mereka2 yang suka shopping tentu akan rase macam berada dalam syurga barangan sebab kat sini teramatlah banyak pilihan barangan seperti pinggan mangkuk, beg, baju, cadar, comforter, toto, mainan & macam2 lagilah..

lihatlah sepanjang jalan penuh dengan barangan..

kat sini banyak jual imitation punya brand..kalo nak carik LV, Gucci, Coach siam..haaaa..sinilah tempatnyer;-)

Sini pulak jual barangan Vantage..

Ni nak cerita perihal anak jantan Zaila..agaknyer sudah asal dari Zaila so haruslah perangai macam Zaila kan??hihihihi..masa kat dalam kereta lagik dah tunjuk "baju, baju, baju"..Zaila raser Haziq pon dah fenin sorang2 sebab melihatkan banyak sangat baju2 yang bergantungan di sepanjang jalan..
so, Zaila & hubby sajerlah belikan baju Ben10 ntok dia..xsangka rupe2nya Haziq pon sudah kenal Ben10..hihihi..nilah mama suka pandang rendah pade kemampuan Haziq;0 bila dah bayar tu, mula2 nak pegang sendiri plastik bag tu pastu dan2 tu jugak nak tukar pakai baju Ben10 tu..merengek jer..bosan!!! last2 bagiklah tukar..
Pastu sajer jer, kitorang belikan lagi baju ntok dia..kali ni beli gambar Wonderpet pulak..xsangka..Haziq pon tahu..kerjasameeeeeee...hihihihi..
then, pas bayar..dan2 tu jugak nak pakai baju baru so bagiklah tukar..so dapatlah disimpulkan bahawa..lain kali xleh bawak Haziq datang sini..kalau tak..haru biru jer..selagi xdapat apa yang dia nak..selagi tulah dok menangis..malu kat orang teruslah Zaila tukarkan baju tu..huhuhu

berhenti rehat jap..masa ni cuaca panas sangat..naseblah Haziq ok masa ni

tapi Ameera macam dah layu dah..sila abaikan wajah mamanya yang xpakai sekelumit make up pon!!!

we r having such a wonderful time shopping in Pengkalan Kubur..me just bought few blouses, Haziq with his cartoon's shirts & some juiciest Thai mango that we bought..serious manis mangga ittew..hopefully raya this year i can manage to buy some of stuff that i wish to have..set pinggan mangkuk ataupon set catering..hihihihi..yang, nak sponsor tak???
on our way back to Bachok, sempat snap these pics..hanya ada di Tumpat sahaja;-)

this is what we call wat means kuil

nampak tak patung buddha tu???

Serious best g sini..so saper2 yang bercadang nak mari sini..jangan lupa simpan duit banyak2!!!

2 ulasan:

mslvoe berkata...

besar yea patung kat ctu

Zaila Mohamad berkata...

a'a..pastu ader banyak jenis lak tu..ader yang duduk, baring & macam2 posisi lagilah;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^