Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 11 Jun 2009

Saya sudah pulang

Salam..sorry kalo buat uols tertunggu2 en3 dari Zaila hihihihi..perasan sat;p Zaila akui banyak hari dah blog ni ditinggalkan sepi tapi jangan takut..almost every night Zaila datang bersihkan blog ni cuma nak tinggalkan jejak jer masih xkesampaian..Alhamdulillah malam ni sempat jugak tinggalkan jejak rindu kat blog kengkawan & sempat jugak masukkan stok baru ke dalam kedai Zaila tu..so kengkawan..silalah terjah kat sini

Actually start dari Jumaat lepas Zaila agak busy sebab masa tu nak kemas barang nak balik ntok balik kampung & at that time gak si comel Ameera kn jangkitan kuman so kat belakang leher macam kuar bintik2 hitam & berair..so petang tu Zaila bawa dia jumpa Dr. Nora..ni gambar Ameera kat klinik;-
tengah ralit tengok gapolah tu??

masa ni rambut Ameera panjang lagi..tapi petang tu masa Zaila nak g amik dia kat nursery, terkejut kami..rupe2nya cikgu2 Ameera dah siap tolong potongkan rambut Ameera sila bayangkan bojeng Abu Bakar Elah atau sila imagine anda letakkan tempurung atas kepala Ameera & potong ikot garisan tempurung ittew!!

Tapi xperlah..as long as anak mama xnangis dengan bojeng (loghat Kelate meaning style) baru dia..so malam tu kami bertolak pulang ke kampung pukol 9 malam..malam tu, jalan dah penuh sesak dengan kereta..hai..nilah naseb kami everytime balik kampung halama..bilerlah kerajaan nak besarkan lagi jalan ntok balik Kelate r???bile??bile???kami juga bayar cukai maaa..ermm.ader kaitan ka;0 ???

yang merah tu adalah lampu2 kereta depan..masa ni kitorang kat bukit 7, somewhere in between kuala lipis & merapoh..alaaa..yang tempat berbukit2 tu..kalo naik bus, sure gayat time ni sebab jalan dia agak mencabar juga..jalan kicik & turun naik bukit..bayangkan kitorang habiskan masa lebih 3 jam kat sini..huhuhu..memang macam ni tiap2 tahun..raya tahun ni terpaksalah tempuhinya skali lagi..

Sepanjang jalan menuju Kelantan..huh..naseb baik anak2 sudah tido..tapi memang keram (kebas) bontot jugaklah..last2 hubby xtahan, selisih ngan kereta yang menuju ke KL, hubby tanya naper jalan jem..rupe2nya ada bas rosak, lori terbalik & jalan sedang dibaiki..huuuuuu..no wonderlah boleh jem..dahler jalan tu sedia ada kecik..ni terpaksa kongsi gilir2 ngan kereta yang menuju arah bertentangan..serious sakit hati malam tu..naseb baik Zaila co-pilot jer;)

Ni gambar bas yang tersadai tepi jalan..sian orang2 yang kat dalam tu..kn tunggu bas lain dalam tempat yang gelap & banyak nyamuk..bas ni dalam perjalanan menghala ke KL..agaknya rombongan kahwin makcik kiah kot;)

Sepanjang perjalanan tu, hubby banyak jugak berenti tido..xtahan tu..tapi xperlah biar lambat asal selamat..kan??? so kol 10 pagi sabtu, akhirnya pesawat kami berjaya mendarat kat Tumpat..huhuhuhu..harus balik umah laki dulu..xnak durhaka;p

Nanti Zaila update lagi cerita ceriti kat kampung..walaupon bercuti selama 4 hari sahaja tapi kami anak beranak gembira dengan percutian ini..suka bila tengok Amirul Haziq lari terkedek2 mengejar itek serati peliharaan atok dia..cuma Ameera jer agak xmemberikan kerjasama..asyik nak ngerat (di samping) ngan mama dia jer..rimas Zaila..

Actually Ameera makin teruk bila balik kampung..badan dia kuar bintik2 merah macam ruam gitu..sian Ameera..mula2 Zaila ingatkan campak tapi MIL & SILs semua kata bukan..so Zaila assume mungkin badan dia alergik ngan something cuma xtahu ape puncanya..Zaila cuba stop bagi susu dia, tapi xjalan juga..

tapi Alhamdulillah r, Ameera xmengalami gatal2..cuma mungkin kadang2 dia rasa xselesa sket..cuaca kat Kelantan..ya ampun..xsah cakaplah..hari2 kami anak beranak minum ais..kalo kat umah MIL, bukak jer eshbox memang dah tersedia so aper lagi..naseb baiklah xsakit urat minum ais..tapi dalam kepanasan tu, sempat lagi Zaila angkut dua orang tu g Pengkalan Kubur..napsu..napsu..anak yang jadik mangsa;p

Nantikan n3 Pengkalan Kubur..buat masa ni..nak tido lu..hubby dah lamer lena dibuai mimpi nan indah..cewahh..till then, nite;-)

4 ulasan:

mrs shaifull berkata...

ooo patutlah x de n3 baru, balik kg rupanya, bestkan balik kg :) hehehehe

Diver Mom berkata...

kesiannya ameera.. pelik eh.. bintat-bintat gitu.. :(
sekarang da ok ke..?

alahai cute la ameera da potong rambut! :)

mslvoe berkata...

teruk gak kulit ameera tu dear

jane_doe3328 berkata...

try balik ikot cameron lah. best jugok pehtu bulih singgah beli sayur denung :)

bakpo kulit ameera? ade alegik kot?

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^