Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 29 Oktober 2009

Berpisah Bantal Malam Jumaat???

gambar hiasan

Owh sila jangan fikir lucah bukan2 ya^_^
Actually Zaila nak bertanya kawan2 semua, macamana nak memisahkan anak2 daripada tidur sekali ngan kita..Maklumlah, rumah Zaila ni guna katil size Queen je so boleh bayangkan macamana 2 orang dewasa & 2 orang kanak2 tidur bersesaksesak bersama di atas katil yang empuk itu..Zaila ada rapatkan baby cot Ameera di sebelah katil kami, tapi biaserlah masa mula2 Ameera tidur, memanglah kami tempatkan Ameera di situ tapi bila si dia dah sedar, haaa..mulalah merangkak mencari Zaila atau hubby (selalunya si dia tidur di bawah ketiak kami)..yang abang pula, suka tidur di celah kangkang kami pasal nak dekat ngan kipas..

Kesudahannya, kami tidur malam pon tak lena sebab tidak dapat tidur dengan bebas (Zaila takut tertendang Haziq ke bawah katil je)..Kadang2 tu, kesian hubby pasal terpaksa tidur di bawah~~kerana anak2 tidur lasak sampai makan space dia..tapi bila dikenang balik, kelakar juga bila melihat aksi mereka tidur..kaki Haziq atau Ameera mesti akan berada di atas kami hermm..gaya tidur siapa ya??

So Zaila rasa sudah tiba masanya Haziq & Ameera berpisah bantal dengan mama & papa mereka..Oh bukannya Zaila berpisah bantal ngan hubby ya;P Mana boleh kan..Zaila terfikir untuk menidurkan mereka di satu sudut dalam bilik Zaila (mungkin atas toto sahaja) kerna master bedroom kami ni tersangatlah sempit and then bila mereka sudah ketiduran barulah Zaila tinggalkan naik ke atas katil..tapi rasa macam a bit kejamlah pulak kan?? Anak2 tidur di bawah sedangkan mama & papa tidur di atas tilam yang empuk..Mahu tidurkan mereka di bilik sebelah lagilah tak sampai hati sebab Haziq ni selalu batuk di tengah malam so kami sentiasa bangun & sapukan Vicks di dadanya..Kalau sebelah bilik, dibuatnya mama & papa tidur mampos tak sedar, tak ke naye anak jantan mama sorang tu=(

Ingatkan nak belikan Haziq katil yang berbentuk kereta tu tapi Zaila rasa nak kena tunggu sampai anak bujang Zaila ni besar dululah!!! Bukan apa, nanti takut buat rugi je beli katil yang fancy2 macam tu sedangkan tuan punya masih tidur di celah kangkang mummynye lagi;P
Takpun beli yang jenis double decker ni ke..Bolehlah si adik tidur di atas & si abang tidur di bawah kan?? Tapi takut pula si adik ni main terjun2 dengan abangnya pula!!!

pic credits to here

Pada kawan2 yang ada pengalaman, bolehlah tinggalkan komen / cadangan dalam menangani masalah negara Zaila ini..Zaila cukup2 tertekan menghargainya^_^

10 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

alamak zaila, lady takde pengalaman lagi hihihih...
arri slalu la masuk tido dalam masterbedroom, tapi lady akan dukung arri n letak atas 'katil' kayu arri bersebelahan lady..
hihi..
lepas letak situarri akan kemas2 bulu dia kendian tido sampai pagi..
:D

Zaila Mohamad berkata...

owh Arri is soo sweet..Zaila dulu masa bujang suka tidur ngan kucing Zaila nama Bobo & Mike..Now they all dah meninggal..rindu kat diorang=(

Tanpa Nama berkata...

ac mmg dah 2 thn tido bilik sendiri. cuma kdg2 kasi chance kt dia lepak masterbed. ery mmg suka tido dgn abg dia.. tp kdg2 has angkat semula wat msk bilik. sbb kecian ;)
#tips: nnt cat & decor bilik ikut fav dorang. otomatik dorang nk tido sendiri ;)

Zaila Mohamad berkata...

Has, Zaila rasa bila Haziq dah masuk 3 tahun kami nak train dia tidur kat bilik dia tapi Haziq tu punyalah penakut..Adik dia lagi berani dari dia!!!
Tulah, ingat nak belikan katil kereta & cat bilik dia sendiri nanti..xper..slow2 kan has;)

mrs shaifull berkata...

zaila, akak x dpt nak bg tips, sbb akak pun tdokan rifqy kat bawah, atas tilam, tp mlm2 dia merangkak naik kat katil, carik mommy. x berani nak belikan katil lg, sbb dia punya lasak tu, dah penah jatuh katil, takuttttt

Zaila Mohamad berkata...

itulah kan..budak2 ni kalo sedar mesti nak carik kita..dulu masa nenek Haziq datang, konon2 nak tido ngan nenek..last2 kol 2 pagi nangis2 depan pintu bilik kami nak masuk tido ngan zaila..aduisshhh!!!

Nurhayati berkata...

fuyoo semua tido satu katil.. mmg sempit bangat tu..

hmm tapi yati takde la pengalaman bab2 nak pisahkan katil ni, blom lagi zara masih kecik hihi..
tapi better kot ajar laki pompuan asing bilik..

Zaila Mohamad berkata...

Yati..tulah sal..dah sakit2 dah badan ni share katil ngan diorang..huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

betul tuh..haziq nnt beli kan katil kete. has buat mcm tula.. so ac got katil red ferarri ;)

Zaila Mohamad berkata...

Has, mesti comel kan keta ferrari tuuu

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^