Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 29 Oktober 2009

Menu Malam Tadi

Semalam dapat gaji~~hurrey!!~~Oh sila abaikan keterangan di entry nafsu tu..itu adalah scheduled entry & yes masa i wrote that entry, gaji belom masuk!!

Petang tu terus ke Econsave beli barang dapur..Zaila suka ke sini sebab ianya berdekatan dengan rumah plus harga susu anak2 Zaila pun murah compare with Tesco / Giant!! Tapi kalau Carrefour dah siap nanti, tak tahulah pula kot2 akan berubah angin ke sana^_^..Lagipon di Econsave ni kadang2 tak banyak pilihan yang boleh kita bandingkan harga & paling ketara Zaila perasan sudah banyak jenama Econsave yang diletak bersama2 dengan jenama yang lain..which is quite confusing..Contohnya, semalam naseb baik Zaila tak terambil pencuci pinggan jenama Econsave, huh!! memang sebijik dengan jenama Axion..

Out of no where tetiba Zaila teringin nak makan masak lemak kuning ikan masin so Zaila terus beli bahan2 yang diperlukan..Lagipon hubby keep on insist me to cook for dinner that night..Zaila memang faham sangatlah perangai hubby Zaila ni..sebolehnya dia akan suruh Zaila masak walaupon masakan tu seringkas seperti telur dadar & sardin sahaja..Bukan tak mahu makan di kedai (gaji kan baru masuk) cuma hubby memang suka makan masakan hasil dari tangan isterinya yang pandai masak ni;P

So malam tadi Zaila sempat masak sayur campur goreng, ayam goreng & sudah tentulah masak lemak kuning ikan masin!! bersama nenas lagi..i loike it^_^

actually yang ni gambar dolu2 tapi somehow i failed to upload that one so letak yang ni sebagai penggantilah~~bolehlah kan??~~

inilah gambar pelakon utama malam tadi~~masak lemak kuning ikan masin~~

Nak resepinya tak?? Oklah, checkithaut!!!

Bahan2:

- Ikan masin (Zaila gunakan ikan kurau)

- Bawang merah, lengkuas~~ditumbuk~~tapi Zaila hiris halus2 je tapi Zaila lupa r kena taruk halia ke tak..hahahahaa tapi Zaila tak letak pon!!

- Santan~~Zaila gunakan santan jenama Kara (1 kotak kecil) campur dengan sedikit air..agak2 supaya kuah tak pekat sangat!!

- 1 sudu Cili boh

- 1 sudu Serbuk Kunyit

- Nenas, kacang panjang & cili merah atau hijau

- Asam keping & gula..garam tak payah letak pasal ikan masin tu dah masin tapi kalau terasa macam tak masin maka taruklah garam ya!!

Cara2:

- Panaskan santan..then masukkan bawang, lengkuas, cili boh, serbuk kunyit & asam keping..

- Bila nampak macam dah mendidih, masukkan ikan masin~~pastikan selalu kacau, takut santan jadi berbijik2..especially when u r using santan segera..lagilah tekstur dia tak cantik!!

- Pastu masukkan nenas, kacang panjang, cili & gula..

Dah siap pun..senang kan??Malam tadi mula2 tak nak makan tapi tergoda juga..Arghh!!! Punah dietku;P

10 ulasan:

linahilmin berkata...

aduh zaila, nampak je masak lemak tu perut terus keluar bunyi, sedapnya, lama tak makan!
tengok entry 'nafsu' tu... lina pun nk kena shoppe brg make-u[ bln ni, tu lah jd pompuan kan!!! :p

Tanpa Nama berkata...

zaila, tersangat la lapor nih! blom b/fast

Zaila Mohamad berkata...

Lina, Zaila da bawa bekal lauk yang tak habis malam tadi..jom ah makan sekali;)
pasal shopping tu, biaserlah kita orang pompuan..list tu memanjang je kan??

Zaila Mohamad berkata...

Has, samerlah!! zaila pon xmakan lagi ni;)

Lady of Leisure berkata...

uihhhh... masak lemakkkkk.. sedapnyer..
:D

Zaila Mohamad berkata...

Lady masaklah hari ni;D

Nurhayati berkata...

aduhai kecur air liur tgk masak lemak ikan masin tu.. huhuhuhu

wah gaji dah dapat yer.. yati plak sblom deepa dah dapat, skang ni dah habis.. seksa tul nak tunggu next month huhu

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

gigih masak ... kita mlm td tutup dapur coz kt umh psr mlm ;-)

KV berkata...

peberet akak gulai ikan kering nenas. Teringat arwah mak masak. Mmg sedap tatau nak ckp. Huhu. Rindu nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Zaila Mohamad berkata...

Yati, a'a..gaji baru masuk semalam..tapi dah nak habis dah ni..huhuhuhuhu;(

Akak Diana, hubby yg request..so kenalah rajinkan diri masak kan;)

KV, sabar kak..mak zaila pon suka masak ikan kering dengan nenas ni..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^