Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 18 November 2009

Husna & Kucing


Lama tak bercerita sal perkembangan anak dara Zaila yang sorang ni..Saat entri ini ditulis, umur Nur Ameera Husna sudah mencecah 1 tahun, 4 bulan, 1 minggu & 5 hari..Tak percaya?? Cuba tengok ticker di tepi sebelah kanan blog ini;P

Antara perkataan yang sudah pandai disebutnya;-
- Mama : of courselah mama dia yang cun ini
- Papa : papa yang hensem;P
- Oyi : lori (pengaruh abang Haziq)
- Haaair : air (bila buka je peti ais, nilah yang akan keluar dr mulut Ameera ni)
- Iyaak : berak (selalu tipu, kalo nak main air mesti cakap iyak)
- Tuuuu : itu (sambil pointed at something)

Ameera ni perangai dia jenis yang tak sabar sket..kalau tak dapat apa yang dia nak, mesti mengamuk..nangis2 guling2..tension tau!!! tapi bila kenang2 masa Zaila ngandungkan dia, memang Zaila suka mengamuk sket..hihihi..memang emosi terganggulah masa tu..macam2 dugaan yang datang menimpa..tapi malas nak kenang balik..Insya Allah kalau mengandung lagi, Zaila akan cuba control emosi sket..sebabnya akan memberi kesan pada anak yang dikandung tersebut!!

Ameera sangat sukakan kucing..Tengoklah gambar di atas, dulu kucing tu kucing liar..pantang nampak orang nak sentuh, macam jet dia pecut lari tapi masih tak malu datang umah kami minta makan..Tapi sekarang ni dah macam penunggu setia rumah kami je..Zaila balik keje penat2, sibuk dok layan karenah 2 orang tu, dah bertambah sekor lagi..dok meow!! meow!! minta makan..lapar sangatlah tuu..Kalau dengan Ameera macam sudah kamceng, ada satu hari tu Zaila tengok Ameera siap kiss lagi kucing tuuu..Haduishh..bukan tak suka tapi kucing tu bukanlah bersih sangat..mandi pun tak tahu berapa kali seminggu;P tapi dah nak buat macamana, gen sukakan kucing tu ada juga di dalam diri anak2 Zaila ni gen ni dari mama dia juga

Lagi satu, Ameera ni pantang kalau nampak Zaila sembahyang..sibuk aje dia nak solat sekali..Actually perangai dia & abang dia sama sahaja..Mulalah dok tertonggeng2 depan Zaila..Kita yang nak solat ni terpaksalah ke tepi sampai kadang2 sujud atas lantai yang sejuk!!! Herm..agak2 sah tak solat ittew?? Bukan Zaila tak hamparkan sejadah yang lain kat diorang ni, tapi biaserlah budak2 kan..Nak yang mama dia punya juga yang best!! Kadang2 nak tergelak sorang2 pun ada..Kalau ada kamera depan mata, mesti Zaila snap aksi diorang sembahyang berjemaah atas sejadah tuu tapi apakan daya, bila kita selesai solat, diorang pun selesai juga..Tapi takpelah, at least ciri2 untuk mengerjakan solat tu sudah ada..jangan bila sudah besar semakin malas sudahler!!!

Herm..bilalah Ameera nak besar ni?? Teringin nak bagi adik untuk dia;P

13 ulasan:

deeja berkata...

Salam zaila...
budak2 mcm2 peelnyer...kekdg wt kiter trsnyum,kkdg de gak yg sakit hati....nama pun bdk2..sabo je lah ngn kerenah diorng...

Lady of Leisure berkata...

zaila.. rasanya Ameera dah besar tu... hihihih... dah sedang elok kalau nak dapat adik ni.. hihi..

mrs shaifull berkata...

zaila, akak ada benda nak tanya ni, x pahamlah tgk bloggers selalu buat sticky post utk iklan2 nuffnang, yg tu mcm mana plak, mmg sendiri buat ke, ataupun nuffnang yg mintak bloggers buat? :)

zarin berkata...

sukanya dia kat kucing ye!
hasya pulak takut kalau stray cat tp kalau persian cat tu suka hihihi..

ha ameera cepat besar, nanti mama bg present baby alive hahaha..

Tanpa Nama berkata...

wah.. teringin nak bg adaik kt ameera? mmg dia suka..dpt geng baru :p

yatie chomeyl berkata...

eheh..nok tamboh ahli family..molek2x

linahilmin berkata...

ameera dah sethn 4 bln, kira dah boleh la tu!!! takpun tunggu another few mth.. dulu i pregnant kan ariana, adam dlm lingkungan umur2 gitu laa...
ps- zaila, tunggu 'honeymoon' kat umah baru la, baru kasi adik kat ameera! :)

N A N I E berkata...

Ameera suka kucing..die tak geli kan..cute sangat :)
Oyi <--pengaruh haziq hehe

Zaila Mohamad berkata...

Deeja, ha'ah..kadang2 geram ngan karenah diorang, kadang2 mencuit hati..tapi yang pasti setiap hari dok tertunggu2 nak jumpa diorang je;)

Lady, kadang2 teringin nk bagi adik baru kat dia..tapi kadang2 takut..huhuhuhu

Kak CT, rasenya kalau blogger macam RM tu diorang buat sticky post pasal diorang dibayar kot (sticky post ntok berapa jam) tapi kalau macam Zaila, kadang2 Zaila buat sticky post bila join contest Nuffnang tu ntok senang dinotice je, kan dia dok kat ats je post tu;)

Zarin, hahaahaahaaa..biarlah dia besar sket..Hasya pula bila nak dapat adik???

Has, mulut je cakap nak..tapi kalau hati tuuu, belah bagi lagi;P

Yatie chomeyl, nawaitu ado doh..tok tahu bilo nak realisasikannyo;P

Lina, haahaaahaa..itulah..bilalah agaknya new chapter of me nak mula ni..huhuhuhuhu

Nanie, memang hantu kucing & yes banyak pengaruh abang especially her vocab..abang Haziq pula pelat, lagilah!!!

Mag berkata...

haha..comel je dengar budak cakap pelat

Zaila Mohamad berkata...

puan.farah, memeang comel..cepat2lah beranak ya;P

jane_doe3328 berkata...

owh saya sangat takut kucen. huhu

Zaila Mohamad berkata...

Jane, takut kucing?? haahaahaa..siannyo;P

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^