Berikut adalah beberapa perkara yang Zaila selalu amalkan untuk menjadi seorang pengguna yang bijak;) yolah tu!!!
1. Membeli keperluan dapur pada setiap awal bulan - dapat je gaji, zappp terus ke pasaraya yang berdekatan untuk membeli barangan dapur bagi bekalan sebulan..Tapi selalunya Zaila akan dahulukan keperluan anak seperti membeli diapers & susu untuk keperluan di rumah & nursery mereka..Pastikan kita membuat list dahulu perkara yang ingin dibeli supaya tidaklah kita tertinggal nanti!!! Kang jadi dua tiga kali pula dok berulang alik ke pasaraya..bukankah itu satu pembaziran masa, minyak petrol & tenaga namanya tu???
2. Sentiasa membuat perbandingan harga - Yap, itulah yang Zaila selalu amalkan..Contohnya Zaila menggunakan jenama Dynamo untuk kegunaan seharian, selalunya Zaila akan ada satu harga piawai iaitu harga semasa promosi (lebih kurang antara RM19.90 ~ RM21.00), so jika Zaila dapati pasaraya yang Zaila kunjungi tu harganya mahal (normal price selalunya RM27.00 bagi 4.7kg Dynamo), Zaila tidak akan membelinya..So bila kami
3. Beli barang yang berkualiti - Yap, Zaila suka membeli barangan yang ada jenama, contohnya seperti untuk sabun pencuci pinggan Zaila gunakan Axion, sos cili Zaila gunakan jenama Kimballs, budu jenama ketereh (nak juga cakap) & banyak lagi..Bukan apa, Zaila pernah beli barangan tiruan seperti jenama pasaraya X, Y atau Z tapi selalunya barangan mereka kurang bermutu & menimbulkan kesan yang tidak memuaskan..Contohnya sabun pencuci pinggan, tak sampai seminggu pon sudah habis pasal struktur sabun tersebut yang terlampau cair hingga membuatkannya cepat habis!!! Tapi tak semua barangan mereka tidak bermutu ya..sebab tulah pentingnya konsep trial & error di sini;) Kalau rasa macam tak elok, bolehlah HARAMkan diri dari membeli barangan tersebut!!
4. Membeli di pasaraya yang berdekatan dengan rumah - Dulu, kami selalu ke pasaraya Tesco untuk membeli barangan dapur tapi sejak susu kat situ melambung naik, kami lebih senang berbelanja di Econsave sahaja..Kalau setakat berbeza harga sebanyak satu atau dua sen sahaja, Zaila rasa baik berbelanja dekat dengan rumah sahaja kerana kita sudah boleh jimatkan duit minyak & tol!! Tapi jika ingin berbelanja dengan kuantiti yang banyak dan perlukan banyak pilihan, haaaa bolehlah ke pasaraya Giant, Tesco ataupun Carrefour (tak sabar nak tunggu Carrefour Bukit Rimau siap!!)
5. Belilah barangan buatan Malaysia - Tak dinafikan ramai rakyat Malaysia yang suka membeli barangan import kerana kualiti barangan yang ditawarkan, tapi Zaila rasa barangan jenama tempatan juga tak kurang hebatnya..Jadi, sokonglah barangan buatan Malaysia!!!~~tak tahu nak goreng apa dah, otak blank, ngantuk~~
Hermm..rasanya banyak lagi cara untuk menjadi seorang pengguna yang bijak..Kawan2 semua macamana??
10 ulasan:
barangan malaysia pun ada yg berkualiti...
zaman dah berubah, dunia dah maju.. teknologi malaysia pun dah canggih..
so, meh kita reramai sokong barangan tempatan.. kempen skit..wakaka..
betul tu zaila, mmg dpt gaji je terus zasss beli brg umah masa weekend tu lah. termasuk keperluan rifqy sekali, senang kan camtu? akak selalu beli kat jusco je, sbb suka collect point. :)
bagus la wat checklist kan..supaya kita beringat.. ai pun sama.. dapat gaji terus tolak siap2 nak bayar segala bil2 dan utang.. pastu lebih tu sendiri mau ingat hehe
Lady, betol tu;)
Kak CT, Zaila pon suka juga shopping kat Jusco tapi selalunya bila beli baju untuk anak2 r beli kat situ, kalo barang runcit suka beli kat Econsave je;)
semestinya budu cam Ketereh ;p
buat grocery kalau tade list mmg,bkn takat ade bende tertinggal,barang tade dlm list pon byk angkut sekali hehe
huhu..saye adelah org yg selalu beli brg yg xde dlm list..kesimpulannye, jgn gi mall!
has pun jenis suka wat list. pastu brg2 yg dibeli n dah masuk fridge pun has tempek list note kt luar fridge. sbb takut x igt!
Ami, hihihihi..kak ila pon slalu gitu..barang ada list bila awal bulan jah, pahtu slalu singgah pasaraya bawa jalan Haziq & Ameera, kalu dop diorang taknak masuk rumah..faham2 jelah kalo dah namanya singgah, haruslah barang yg xder dalam list pon terangkat sekali;P
Chun, hihihihi..kalo diri cukup berdisiplin boleh tak buat list..macam Zaila ni..hampeh ajo;P
Has, bagusnya!!! Nanti zaila praktik jugalah macam tu, bila dah guna bolehlah kita zasss kat list tu ya;)
Catat Ulasan