Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 2 Disember 2009

Balik Kampung-Part 1

Rata2 baca blog kawan, mesti bercerita tentang kisah sambutan hari raya Aidiladha lepas..Zaila pun nak ambik peluang jugalah bercerita perihal hari raya kami walaupun tiada apa yang menarik berlaku..So kenalah bercerita dari malam kami bertolak ke kampung kan..

Kami bertolak pada malam Rabu..naseblah sebab hari Rabu tu kami terpaksa masih bekerja..malam tu kelam kabut Zaila kemaskan baju2, basuh pakaian kerja, sidai pakaian, kemas dapur segala..mula2 tu hubby nak tidur dulu then tak lama lepas tu dia kata "jomlah bertolak, abang takleh tidur pun"..so tepat kol 10 malam kami keluar menghala ke Pantai Timur..Dari Shah Alam, kami gunakan highway NKVE terus masuk DUKE & keluar kat tol Gombak so dah save sket masa perjalanan berbanding jika gunakan highway KESAS tu..takperlah bayar tol lebih sket pun dari bersesak2 di dalam jem tu..

Malam tu, jalan tak jem tapi dipenuhi dengan kereta..serious rase macam nak balik beraya puasa..Pendek kata, memang tak putus dengan laluan kenderaan so takderlah rase macam takut sangat bila lalu jalan hutan belantara tu;) Hubby ada juga berhenti sekejap tidur tapi Zaila lupa kat mana pasal mamai2 masa tu..Seb baik anak2 pun tak buat perangai sangat..Paling seronok Haziqlah..bila tanya kat dia "Kita nak g mana ni??" mesti dia jawab "balik tampong!!" pastu kalau nak tanya lagi "Nak jumpa sape??" dia jawab "ayah(supposed tok ayah), mok"..huhuhuhu..bikin hati mama makin rindu ngan mak ayah..huhuhuhu

Kami berhenti solat subuh di Felda Ciku 3 then sarapan kat satu kedai makan di Manik Urai..kedai tu bersebelahan dengan masjid..dulu masa kami balik kampung, singgah solat subuh di masjid tu, pastu terus sarapan kat kedai tu..tup2 jatuh cinta ngan menu nasi berlauk mereka..serious sedap..padahal hanyalah nasi putih+gulai ikan aye+sambal lada sahaja..tapi hubby & Zaila siap bertambah2 lagi sungguh pelahap..so pada mereka yang lalu jalan yang sama juga, apa kata berhenti cuba sarapan kat sini..Selain itu, ada juga kuih muih tradisi seperti apam bakar, char kue, cek mek molek & lain2..Harga toksah ceritalah!! rase macam nak makan 10 bungkus;-)

Tepat pukul 10 pagi hari Khamis, kami sampai di rumah hubby di Tumpat..naseb baik takde jalan tutup disebabkan banjir..Lagipun masa kami balik haritu, cuaca adalah panas sepanas2nya..perjalanan makan masa 12 jam tu pasal kami banyak berhenti & hubby pun tak bawa laju..Jalan Kuala Krai banyak rosak disebabkan banjir haritu so ada banyak juga kereta yang pecah tayar..Alhamdulillah takde kemalangan yang berlaku sepanjang perjalanan kami tu..

Malam tu keluar jalan2 buang duit di KB..selalu tengok dalam blog mek Klate ni je gambar Parkson KB so sajelah gatal ajak hubby g..masa tu ada sale pula..apelagi terus rembat seluar & baju kerja..memang berbaloi;-) macamlah kat KL ni takde Parkson..Hubby kata "Orang lain malam raya dok p takbir di masjid, kita dok melawat pasaraya"..Zaila diam je..hihihi..tak tahu nak jawab apa;p

Malam tu kami bermalam di Tumpat..tak balik Bachok pun..takperlah esok boleh balik sana;)
Nantikan cerita merapu Zaila part 2 pula..nak sambung buat keje jap ya^___^

11 ulasan:

*gorjesmum* berkata...

zaila..i pon gi parkson ari kamis tuuu...sempat rembat gak baju n suar ekekeke...u tau i kan dok perati2 gak kalo ada bloggers yg i kenal..isk isk kan best kalo jumpa zaila hehehee

yatie chomeyl berkata...

mujor tok banjir doh, leh kelik tumpat hehe..rindu plop nok kelik chabe 4 tuk mek ngoh huhu

:: LadyVerde + Mr.Doc :: berkata...

owh...my raya haji sangat la biasa tahun nie...if not becoz of the daging qurban, mmg rase camhari2 biasa :p

Lady of Leisure berkata...

lady pun kalau balik kampung suka bertolak malam..
:)

Tanpa Nama berkata...

kami balik pg raya!
penat sgt rs nye...ahad dah balik semula KL

Zaila Mohamad berkata...

Gorjesmum, zaila p malam..memang mata melilau juga..kot2lah ada yang kenal..hihihihi..Zaila low profile je, p jalan mane2 pakai selipar jepun je;p

yatie, demo ore chabe 4 tok mek moh ko??hubby kito ore tumpat berangan;)

Verde, kat KL memang tak terase sangat kemeriahannya sebab mostly korban buat kat masjid kan??

Lady, betul tu..kalo berjalan malam udara pun sejuk je;)

Has, memang penat balik kg ni;P

Ami berkata...

nasib baik tak jam yer hari rabu.kakak ami balik ptg khamis,bertolak from KL pukul 2 ptg,sampai KB 2 pagi huhu nayee sungguh

Zaila Mohamad berkata...

Ami, aloh balik kampung xjem..aloh mari KL hok jem..meme nayeee

zarin berkata...

balik malam2 ye zaila?
i tk pernah lg sbb confirm my hubby akan cepat tertidur punya..i susah sukit tp takut pulak nk drive mlm2...takut sesat kiki..
eh, parkson kat kb...tk pernah sampai pun...hahaha...kena pegi jugak nih :D

mrs shaifull berkata...

zaila, ni betul2 long journey ni, mana gambarnya dik oi? tepek lah...

Zaila Mohamad berkata...

Akak CT, nanti2 ya..lani masa tak mengizinkan

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^