Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 16 Disember 2009

Curtain Roman Blinds

Semalam baca blog has, nampaknya kawan kita ada projek baru ya..Nak siapkan langsir baru rupanya..Herm, Zaila pun nak tumpang berangan sekakilah!! Zaila sukakan corak langsir jenis Roman Blinds, so rasanya untuk rumah baru nanti Zaila nak pasang langsir jenis aje tupon kalo hubby setuju

Zaila dah g survey di Elyza's, katanya langsir jenis ini tak banyak guna kain cuma kita nak kena tambah railing dia aje pasal railnya sedikit berbeza berbanding railing yang biasa tu so kosnya mungkin mahal sedikitlah!!..Herm, rumah Zaila nanti tak ada banyak tingkap (sliding door & tingkap dapur) so rase macam suka jenis ini..Fabrik yang Zaila berkenan pun sudah jumpa..just nak tunggu masa yang sesuai aje ni bilalah tu??

Sambil2 tu, kita layan gambar2 kat bawah ini dululah ya!! Pasang angan2 dulu;-)










ini bukan Roman Blinds tapi suka fabrik ni sedondon ngan langsir

langsir jenis ini pun cantik juga, tapi guna banyak kain

ada sape2 pandai jahit langsir jenis ni tak??

12 ulasan:

CT NORAMIZA berkata...

akak suka yg eyelet tu, cantek, yg putih n purple :)

puan.farah. berkata...

suke jugak langsir jenis ni..huhu..tapi baru tahu nama dia =p

honeylanz berkata...

cantik! the next project lak la ;)

yatie chomeyl berkata...

x reti jahit, seluar soyok pon hubby tulong jahit ehehe

tp comeyl ah langsir stail gini..nok berange retep ah

zarin berkata...

zarin suka yg 1st tu...biru putih...bestnya...

iena berkata...

memang cantik dan kemas... first time pasang jer macam mahal sikit sebab rail dier.. after that kalau nak tukar memang murah...

N A N I E berkata...

mek zailaaaa ecantik!!! suka roman blind..:) nanti update ur new curtain :)

zailamohamad berkata...

CT, semua cantik kan;)

puan.farah, seb baik akak bagitahu ya;-)

Has, dah terer nak tempah ngan has ya!!

Yatie, samolah kita..zaila pon xreti nak jahit apa2 yang koyak

Zarin, nanti you buat untuk rumah you ya;)

iena, that's right!!

Nanie, Insya ALLAH kalau buat jenis nilah..right now zaila tengah pening ngan lawyer rumah ni, berdalih2 buat keje..supposed dah boleh masuk dah;(

Lady of Leisure berkata...

zaila lady berkenan betul dengan blind dalam gambar yg ke lima tu...
nampak simple but nice...

zailamohamad berkata...

Lady, a'a kan..tu sesuai kalau most of the furniture dia kayu, nampak cantik aje

yatie berkata...

lawa curtain camni camner nak jahit ek

zailamohamad berkata...

yatie, rasenya kena upah orang pasal Zaila tak pandai jahit..hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^