Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 15 Disember 2009

Resepi Brokoli, taufu telur & cendawan shitake

Dah lama tak share resepi kat sini, nampak sangat pemalas kan??hihihi..Bukan apa, sejak balik kampung haritu mood memasak sudah lari entah ke mana dah..tambah2 sekarang ni Zaila macam tak selera nak makan padahal nak diet hahahaha;)

Tapi hari ni nak juga letak resepi kegemaran kami sekeluarga..Tak tahulah nak panggil apa pasal tak ada nama yang spesifik cuma yang pasti ini adalah chinese food yang begitu senang untuk dibuat & teramat sedap..boleh diratah begitu sahaja;-)

Resepi Brokoli goreng bersama taufu telur & cendawan shitake

Bahan2:
Brokoli - potong kecil2
Cendawan shitake - Zaila selalu beli yang kering (timbang), rebus & hiris halus2
Taufu telur - potong kecil2 & goreng
Sedikit bawang putih
Sedikit stok ayam - nak guna air rebusan ayam pun boleh tapi sebab nak pakai sket je so baik pakai stok ayam yang serbuk tu
Sos tiram
Bancuhan tepung jangung - nak kasi kuah pekat
Minyak
Garam & gula secukup rasa

Cara2:
Tumis bawang putih, campak cendawan shitake, brokoli, sos tiram, stok ayam, garam & gula
Masukkan air bancuhan tepung jagung tapi jangan banyak sangat
Masukkan taufu telur yang telah digoreng
Siap untuk dihidang

Selamat mencuba!!

19 ulasan:

mrs shaifull berkata...

heheheh..byk sungguh resepi budak zaila ni, cuba bg tips pakai tudung tierack plak :) mcm kat gambar profile fb tu

yatie chomeyl berkata...

napok sedak neh...leh try bilo2 rajin

Tie HT berkata...

sedap! n bagus sebab banyak zat dalam brokoli

Tanpa Nama berkata...

sedap... biasa msk broccoli + tofu telur.cuma x pernah masukkan cendawan shitake..leh try pas ni

~Eila Nur Kaseh~ berkata...

zaila, ni salah satu fav eila dan hubby jugak..tp eila tambah lagi..carrot, asparagus dan kobis bunga...

Zaila Mohamad berkata...

Kak CT..muahahahahhaa..ambo tak reti sangat pakai TR ni..tapi Zaila tahu link yang ajar pakai TR, nanti Zaila letak kat sini ya;)

Yatie, jangan lupa try deh

Tihara, betul tu..zaila suka brokoli, tapi jangan goreng terlalu lama, sebab nanti brokoli tu terlampau masak & xsedap pula

Zaila Mohamad berkata...

Has, cubalah!!

Eila, waaa..sedap juga kalau masukkan banyak bahan lagi..boleh cuba ni;)

*gorjesmum* berkata...

emmmm...setappp nyehhh..nti nak masak jugak lah

thezaila berkata...

pun x tau gak..x tau nk pakai mexico perempuan ke.. or nk pakai..yg ala-ala mister potato... *sigh* .. akak.. nk email add.. bleh sembang panjang lebar dalam email. =)

Zaila Mohamad berkata...

gorjesmum, silerlah cuba

thezaila, my add zailamohamad@yahoo.com

KV berkata...

kdg2 takde tepung jagung kt rumah akak belasah kuah cair jek. Hihi

Zaila Mohamad berkata...

KV, letak sos tiram pun sudah ok!!

Unknown berkata...

lapau nye nengok...dah la tak lunch arini. huhuhu.

Lady of Leisure berkata...

this is my fav ni zaila... shitake, tofu nad brokoli..
sedap sangat..
masak mcm chinese style kan..
lady suka sangat..

Ernie Khairina berkata...

eyy sedapnye! thanks zaila =)

Zaila Mohamad berkata...

ComeyBelako, bakpo x lunch nyo?? jange skip lunch tu;P

Lady, Zaila suka cendawan shitake tu..masak macamana pun sedap kan;)

Ernie, cubalah!!

zarin berkata...

i pun suka chinese style mcm gini...bila mkn tu boleh dengar bunyi brocoli krup krup :)

Mag berkata...

saya pon suke cendawan shitake..bau die menyelerekan~!

Zaila Mohamad berkata...

Zarin & puan.farah, betul tu..brokoli & shitake memang sedap!!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^