Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 23 Disember 2009

Happy Birthday Amirul Haziq

Akhirnya anak jantan mak dah cecah 3 tahun dah semalam;-)
Actually, the exact date was on 21/12/2009 tapi lupa nak wish awal2..hikhikhik..kira lewat 2 hari pun bolehlah ya, yang penting mama bangga ngan anak sulung mama yang dah masuk 3 tahun dah ni..Semoga Amirul Haziq menjadi anak yang soleh & harapnya bolehlah tak pakai diapers lagi tahun depan pasal nanti nak masuk sekolah dah kan..so malulah kat kawan2 nanti kalau diorang tahu Haziq masih pakai diapers >_<

Kali ni Zaila just beli kek coklat aje (lupa nak snap gambar) & hantar ke nursery Haziq & Ameera suruh cikgu diorang bahagi2kan..Haziq bernasib baik selalu sambut birthday masa cuti sekolah so tak ramailah kawan2 di nursery selamat duit mama hikhikhik!!!~~tapi paling tak tahan bila tanya kat dia "sape beli kek Haziq", boleh dia jawab "Cikgu Maaas!!" Aduuussss, cikgu dia pula yang dapat nama, padahal dia tak tahu mama & papa keluar belikan kek dan hantar masa dia tidur kat nursery tu!!~~
Memang setiap tahun kami tak pernah meraikan birthday mereka tapi kali ni Zaila kasi can kat Haziq tiup lilin Happy Birthday bersama2 kawan2..Cikgu diorang cakap Haziq suka sangat sampai lelah pun ada!!! Adusssss..jangan macam tuu, bikin mama takut aje;-)

Masih teringat lagi 3 tahun yang lalu, saat mengandungkan Haziq - masa tu Zaila tak kerja so dok rumah asyik makan tidur aje, tapi syukur Alhamdulillah Zaila tidak mabuk sangat masa tu so boleh melantak makan semua benda yang terlintas di fikiran ni..Paling mengidam nak makan masak lemak siput, seb baik ada akak yang baik hati tolong cari siput2 & siap masak untuk Zaila lagi..masa tu Zaila kat Johor (jauh dari famili) so takde ramai kawan sangat..sedih juga bila kenangkan saat itu..Apa2 pun, inilah yang dipanggil suka duka kehidupan kan..setiap masa kita akan diuji olehNYA..
Masa nak melahirkan Haziq pun agak mudah juga..Zaila pecah ketuban pada waktu Maghrib & terus ke hospital, masa tu hubby keje di Shah Alam (nasib baik dia sempat balik malam tu), esoknya dalam kol 3.26 petang lahirlah baby boy seberat 2.72kg yang dinamakan Amirul Haziq (Pemimpin Bijaksana)..Seminggu lepas lahir, Amirul disahkan kena Kuning (Jaundice)..huhuhuhu..Zaila rasa tempoh berpantang adalah tempoh yang paling mencabar sekali, naseb baik Zaila kuat..kalo tak boleh meroyan tahu..Apa2 pun, untuk anak kedua, Zaila belajar dari kesilapan & cuba untuk tidak ulanginya lagi (Anak kedua Zaila berpantang sendirian di Shah Alam)..Herm, untuk anak seterusnya?? Entahlah..macam tak nak fikir lagi..boleh??>__< Tahun depan semua kanak2 sebaya Haziq akan memulakan sesi persekolahan (play group) mereka, tapi Zaila tak daftar lagi Haziq ke mana2 Taska/montessori/PASTI/apa2..Malas nak fikir lagi..rase macam Haziq ni masih kecil lagi sebab dia pakai diapers lagi tapi at the same time takut dia ketinggalan juga..tapi so far, Haziq dah kenal semua alphabet & numbers (kiranya kalau nombor plat kereta depan dia sudah boleh kenal huruf apa & nombor apa) cuma untuk mengeja tak pandai lagi..tapi tak apelah Haziq..pelan2 orang kata..at least Haziq boleh nikmati lagi saat2 baby tanpa perlu memikirkan 1+1 = ?? kan;)
Mama doakan semoga Amirul Haziq akan membesar menjadi seorang anak yang soleh ya..Jangan tinggalkan solat walau di mana Haziq berada sebab solat tu tiang agama..lagi satu bila dah besar jangan lupakan jasa mama & papa tau..especially papa tu yang sayang sangat kat Amirul, pantang Amirul minta apa pun sebolehnya papa nak tunaikan..Herm, Amirul kecik2 pun dah ada handset sendiri (N73 papa yang rosak dek Amirul juga), basikal baru, gameboy & macam2 lagilah..Bila Amirul dah besar & baca karangan mama ni, ingat tau..belajar sungguh2 & jangan lupa balas jasa mama & papa ya;-)

Mama sentiasa doakan kebahagiaan & kejayaan Haziq dalam mengharungi hari2 yang mendatang & penuh dengan pancaroba ini..

11 ulasan:

maya amir berkata...

ohhww..sudah besar ye die... heheh paling takleh tahan, cikgu mass yag bg kek ye..heheh..lembu punye susu, sapi dpt nama..kihkih

zarin berkata...

happy birthday to haziq...be a good boy ye!!

Lady of Leisure berkata...

happy birthday haziqqqq....
semoga membesar jadi kebanggaan semua..
:)

yatie chomeyl berkata...

happy 3rd bday haziq. nanti bilo haziq dah pandai baco, haziq mesti terharu baco entry mama haziq tulis neh

mrs shaifull berkata...

happy birthday utk amirul haziq! be a good boy ok :)

Mag berkata...

happy beday haziq..haha..dah besar dah. dah bolek blajar tak pakai pempers dah~

huhu

Tanpa Nama berkata...

dah besar dah haziq..happy birthday sekali lagi...

KV berkata...

sudah besar yer haziq. Hepi besday. Dengar ckp mak ayah yer!

Zaila Mohamad berkata...

Buat semua hot unties out there, Haziq saying Thank you for ur warm wishes!! muah muah!!

abrahyn berkata...

happy belated birthday haziq :)

Zaila Mohamad berkata...

thanks untie Haidah!!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^