Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 9 Februari 2010

Mood Kurang

Salam semua, actually Zaila tak tahu nak cerita apa dah sebenarnya..Kalau bercerita pasal niaga sohih kawan-kawan akan bosan;p Tapi, benda tulah yang dok berlegar di dalam kepala Zaila ni 24/7..Asyik terfikir macamana nak tingkatkan jualan dan publisiti ni?? Kawan2 ada idea tak??

Sejak semalam lagi, Zaila dan keluarga agak sibuk..Hari ni pun rasa teramatlah penat memandangkan terbangun lewat pagi tadi. Kelam kabut siapkan kelengkapan untuk Haziq & pakaian kerja. Petang kami pulang ke rumah pada waktu Maghrib..Terasa masa begitu pantas berlalu, nak basuh baju, kemas dapur, gosok baju & pantau homework Amirul lagi..Sebab tulah Zaila sudah tidak bisa memblogwalking secara aktif sekarang ini..Cukuplah sekadar membaca & mengetahui kisah kawan-kawan semua. Maafkan Zaila ya!!

Insya ALLAH, suatu hari nanti Zaila akan aktif semula..Bila tu??

17 ulasan:

sisdee berkata...

x pe zaila slowly...jgn cakap psl zaila yg bkerja...saya yg tak bekerja lagi pun nk blogwalking tak larat..kes byk keje perlu diselesaikan kat umah ngan anak2 dan family..
dlu waktu bkerja pun sama...sampai umah dah letih...nk masak urus umah anak2...suami dah cm superwomen..dah jadi SAHM ni pun sama jek letihnya cuma more pd umah le kan :)

apapun selalu le ceria2 ek...
mcm2 cara bole lakukan .. salah satu promosikan kat WMC (wanitamelayu.com) pernah dgr tak???or mmg zaila dah pernah berjual di situ :D

Tanpa Nama berkata...

tul. susah nk bloghop la skrg..kekangan masa..

Tanpa Nama berkata...

salam zaila.mood tak ada tak apa,bila dah settle semua kerja akan datanglah cik moodnya nanti. apa2 pun buatlah yg terbaik apa2 yg sedang dilakukan sekarang.

mrs shaifull berkata...

entahlah zaila, akak pun kadang2 dah xreti nak bahagi2kan masa, mana nak buat keja umah, mana nak lipat kain baju, nak kemas almari, nak kemas umah, nak layan anak, layan suami, gila punya bz kan, semua nak buat masa weekend..

senang2 kita buat mana yg mampu je lah, tp yg penting, anak & suami mesti didahulukan, tu azam akak thn ni :)

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

kalau bizz nie kena arrange masa betul2 kan .. mmg terkejar2 rasanya .. if ada masa weekend tue .. iron baju + laundry sekali harung .. jimat skit masa ;-)

s.i.f.a.r berkata...

jgn paksa diri.
aku bila takde mood.
aku tido atau makan eskrim.
nanti tiba-tiba banyak ilham!

Tie HT berkata...

salam zaila..

owh,very busy huh..
takpe..kawan2 blogger semuanya memahami..

:)

Lady of Leisure berkata...

hi zaila... kadang2 tak menang tangan kan... takpe zaila, dont worry... slowly k... insyaAllah kawan2 memahami...

Zaila Mohamad berkata...

Sisdee, Zaila kadang2 terdetik juga dalam hati nak berenti jadi WAHM, tapi belum sampai seru

Zaila Mohamad berkata...

Has, tulah kadang2 curi masa di office sekejap, tupon kalo ada bw notebook, kalo tak..malam jelah

Zaila Mohamad berkata...

Uncle Mohd & Untie Meriam, thanks..heheheee mood baca blog adaaa cuma nak update je takde

Zaila Mohamad berkata...

Kak CT, betul tu..kita bukan robot kan..ada juga masa kita akan rasa penat

Zaila Mohamad berkata...

Diana, betul tu..kadang2 rasa give up juga..maklumlah kadang2 rumah & anak2 terabai juga tapi demi mencari sesuap nasi, kugagahi juga

Zaila Mohamad berkata...

CPI, ko tak keje bolehlah tido, aku keje mahu nak kena sep*k ngan bos..haahaahaa..bab makan aku setuju!!

Zaila Mohamad berkata...

Tihara, thanks..tak dan nak singgah blog Tihara lagi

jane_doe3328 berkata...

nak masuk contest zaila tuh, tapi asik lupa nak amik baju yang kainnya beli ngan zaila dulu :D

Tanpa Nama berkata...

marketing via blog ni dah ok dah...

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^