Salam kawan2 semua, Zaila terpanggil untuk membuat entri ini bagi meringankan beban yang ditanggung oleh seorang blogger iaitu ibu kepada Ammar yang mengidap penyakit Patent Ductus Arteriosus (PDA) sedari kecil lagi. Adik Ammar sekarang ini amat memerlukan bantuan kawan2 & juga rakyat Malaysia yang bermurah hati untuk membantu mendapatkan dana sebanyak RM12,000 bagi menjalankan pembedahan yang akan berlangsung pada 22hb Februari ini.
Sebagai seorang ibu, Zaila terpanggil untuk bersama-sama membantu ibu Ammar dalam mengumpul dana melalui cara-cara berikut;-
1. Menukar kepada "show charity ads" di blog manager Nuffnang bagi menyiarkan iklan yang tidak berbayar (kerana amal) di blog anda, cara ini boleh membantu menyalurkan duit Nuffnang kita sepanjang tempoh charity di salurkan ke dana Ammar.
2. Kawan-kawan bolehlah menceritakan tentang kondisi Ammar di blog masing-masing. Dengan cara ini, ramai rakyat Malaysia akan lebih mengetahui tentang penderitaan yang ditanggung oleh ibu Ammar & keluarga mereka.
3. Menyumbang secara peribadi kepada ibu Ammar sendiri di akaun no. Azmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank). Semoga setiap sen yang didermakan dapat membantu menyelamatkan nyawa Ammar.
Pembedahan ke atas Ammar akan dilakukan pada 22hb Februari ini dan kutipan dana ini akan ditutup pada 17hb Februari ini. Walaupun masa yang ada adalah cukup singkat, namun diharap segala usaha murni yang dilakukan oleh pihak Nuffnang akan dapat menolong baby Ammar.
Kawan-kawan boleh mendapatkan berita perkembangan di blog ibu Ammar di sini, untuk artikel yang sedang Nuffnang jalankan pula di sini dan juga dari blogger we care di sini.
Semoga Ammar akan selamat menjalani pembedahan dan dapat meneruskan hidup menjadi seorang anak yang cergas & aktif. Semoga ibu bapa Ammar juga tabah dalam menghadapi dugaan dari Yang Maha Kuasa & banyakkan berdoa semoga Ammar akan selamat.
ni gambar Ammar semasa tahun lepas, hati ibu mana yang tak akan luluh bila melihat anak mereka macam ini.
Sama2lah kita membantu pada mereka yang memerlukan.
2 ulasan:
mari membuat amal
simpati dengan nasib baby ni..
Catat Ulasan