Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 7 Februari 2010

Carrefour Subang Parade berpindah ke Bukit Rimau

Haaahaahaaa tajuk macam gempak aje kan?? Well, kalau nak tarik perhatian pembaca, haruslah letak tajuk yang catchy sket ya??
Actually takde apa pun, just nak bagitahu yang Carrefour Bukit Rimau sudah dibuka secara rasminya pada 05/02/2010 (birthday siapa ya hari ni??) tapi Zaila masih belum berkesempatan lagi untuk menderma menjengahnya, maklumler asyik busy ke hulu ke hilir mencari stok barangan kedai Zaila tu;)

Semalam, Zaila sempat ke Subang Parade untuk meninjau lokasi bazaar yang bakal Zaila join nanti. Agak mudah juga mencarinya sebab kami masuk parking betul2 di kawasan Celebrity Fitness. Bazaar tu dah start semalam & hari ni so harus ku pergi meninjau apa yang ada kan..Kawan-kawan semua, jangan lupa datang ke booth Zaila 27 & 28hb ni ya;)

Celebrity fitness

Foot master

Booth Zaila akan berada di deretan meja ini

cantik kan handbag ni, RM80 sahaja

klik sini untuk jenguk kedai ini

kat belah kiri Haziq ada surau, toilet & Tumbletots

Ameera tak berapa tak sihat hari tu, kesian anak mama diheret sana sini ya

Sempat jugalah Zaila survey market kat sana (Subang Parade), herm kebanyakan tudung yang dijual di situ harganya boleh tahan mahal contohnya tudung jenama Hawa yang Zaila jual pada harga RM60 tetapi di situ dijual pada harga RM109, bezaaa tu padahal jenama yang sama..hihihihi..so apalagi, serbulah booth Zaila nanti ya, Insya Allah harga yang ditawarkan adalah berbaloi..berbaloi baloi gituuuuuu..Selain itu, Zaila bercadang untuk memberkan special gift untuk 5 orang pelanggan Zaila yang pertama pada hari 27hb & 28hb tersebut..so apalagi, pastikan kawan-kawan berada di booth Zaila seawal pukul 11 pagi ya;)

Tak sabar rasanya nak tunggu hari tersebut, tapi at the same time Zaila risau juga barang tak cukup, haahaahaa Manerlah tahu kot2 dapat sambutan hangat perasan hehehehe..Takderlah, Zaila tawakkal aje that day, kalau ada rezeki adalah tu..Harap kawan-kawan sudilah datang singgah ya;) Contest yang Zaila anjur nipun masih terbuka lagi, jangan malu jangan segan untuk menyertainya sebab mana tahu hadiah sebanyak RM200 mungkin dimenangi oleh anda semua..Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia ALLAH yang tentukan kan;) Cepat tengok contoh entri yang Zaila letakkan di atas belah kanan blog ini, paling senang just copy paste sahaja;)

Akhirnya, sempat juga Zaila cari patung yang cun macam kat bawah ni;-
Nama dia Mek Bungo, kalau nak jumpa dengan Mek Bungo kenalah datang booth Zaila haritu ya;) bulu mata dia lentik tau!!

singgah kedai Zaila untuk tengok lebih banyak pilihan tudung Awning Kepala Pelangi pada harga RM25/sehelai

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wow seronok jadi orang pertama hantar comment ni. tahniah dan didoakan perniagaan zaila mendapat sambutan hangat dari customers. memang anak mak dan ayah ni - turut sama minat berniaga.

Tie HT berkata...

semuga segala2 nya berjalan lancar nanti..

maya amir berkata...

zaila..good luck dear:)..kalau saya dekat, dah tentu saya serbu booth zaila:)

Lady of Leisure berkata...

lady doakan semoga perniagaan zaila berjalan lancar.. kalau gi area sana boleh la lady skodeng zaila.. tapi lady diam jek la ekeke.. teringin nak pakai tudung awning tu tapi takut tak sesuai dengan muka pulak hehe..

Zaila Mohamad berkata...

Uncle Mohd & Untie Meriam, thanks sebab suka masuk blog Zaila sokmo, really2 appreciate it

Zaila Mohamad berkata...

Tihara, doakan ya

Zaila Mohamad berkata...

Maya, thanks..kalau jauh boleh beli online..ahaksss

Zaila Mohamad berkata...

Lady, datang ah..nak jumpa Lady;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^