Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 7 Julai 2010

Time Management

Salam semua, moga diberkati ALLAh selalu..hari ni Zaila nak merapu berceloteh pasal pengurusan masa sket. Gosh, Zaila ni memang seorang yang sangat-sangat tak pandai menguruskan masa. Pendek kata setiap hari akan lambat / tersasar dari sasaran & tersangat-sangatlah memenatkan bila memikirkannya. Well, be me yang merupakan seorang working mama with 2 kids & to manage online biz lagilah membuatkan Zaila tak cukup masa.
Contohnya macam semalam, bangun pagi sudahlah lambat *macamana tak lambat kalau tido malam je paling awal pukul 12 sokmo* pastu nak kena siapkan barang anak-anak ke taska, hantar anak-anak & sampai office dalam nyawa-nyawa ikan je (office hour start at 8.30 am & usually i will punch at 8.29 am, hehehe) pastu keje keje keje & if there is an order, i gotta rush to *somewhere* to get my stock / sometimes during lunch hour kena g post office sebab nak pos barang & Alhamdulillah, my biz on hanger tudung memang mendapat sambutan. Semalam aje dapat 45pcs order. *So pada sesiapa yang berminat nak mulakan biz hanger ala IKEA ni & nak dapatkan pada harga borong, bolehlah email Zaila di zailamohamad@yahoo.com* hehehehe terpromote bizlah plak;D

Ok, sambung cerita lagi, balik keje usually 7 pm baru ambik anak-anak & semalam g bank lunaskan bayaran hutang-hutang semua. By 8 pm dah sampai rumah. Pastu masak simple-simple (selalunya makan roti bakar / goreng nugget je) *nak jaga perotlah katakan* & then start packing barang-barang jualan, takpun i will check my email / update my blog (kalau ada cerita menariklah) & selalunya Zaila akan leka sampailah sedar-sedar dah pukul 12..huhuhuhuu..tu belum masuk masa nak update akaun biz, nak update stock-stock tudung, nak bungkus tudung nak pos ke supplier Zaila, belum lagi iron baju keje, siapkan baju anak..Tu yang tido dulu tu, konon akan bangun awal dalam pukul 6 pagi untuk lakukan semua tapi naaah, mana ada..paling awal akan tersedar pon pukul 6.30 pagi, pastu mulalah terkejar-kejar nak buat semua benda. *pagi-pagi lagi dah marathon naik turun tangga rumah mencari segala barang*

Pastu masuk je kereta & dah half way ke taska, baru teringat tertinggal barang yang dipesan oleh cikgu taska (selalunya susu anak / mandian anak-anak)..Tapi tak kuasa nak patah balik so buatlah muka tebal kata esoklah saya hantar ya..hehehe..then gegas ke office, baru teringat Zaila tertinggal Fridge Magnet yang ada customer dah beli so sepatutnya hari ni dah boleh pos dah *dem!! dem!!* Takkan nak patah balik, terpaksalah masa lunch hour esok keluar ke pos office lagi..Pendek kata memang sentiasa busy, celik je mata ni macam-macam keje nak buat. Tu belum campur dengan keje rumah yang dah berganda dek rumah 2 tingkat *alasan* yerlah, dulu ada satu tingkat nak kena bersih tapi sekarang atas bawah nak kena maintain. Belum kira part mendobi baju, menyidai baju & melipat baju..Lepas tu, kalau weekend sedara mara datang rumah lagilah penat sebab nak melayan, memasak, mengemas bilik tetamu & macam-macam lagilah..Tapi part tetamu datang rumah tu tak kisahlah sebab Zaila memang suka kalau ada ramai orang kat rumah ni, rasa meriah aje cuma part yang nak mengemas tu je yang "idoklah berapa nak suka" hahahaha;D

Yap, i know i know there are lots of way to manage our time wisely;-

1) selalu menyiapkan / mengironkan pakaian kerja dalam kuantiti yang banyak dengan melakukannya pada hujung minggu. Takpon, hantar dobi aje semua pakaian kerja yang rasa tak sempat dicuci. ~ in my case, what if weekend je selalu sibuk / penuh dengan aktiviti & rasa macam tak berbaloi je padahal kedekut untuk mengeluarkan duit untuk bayaran dobi so memang sohihlah selalu iron baju last minute kan;D

2) selalu siapkan pakaian anak-anak sebelum masuk tidur & make sure letakkan segala keperluan mereka di suatu tempat agar esoknya tidak terlupa untuk membawanya ke taska ~ selalunya memang Zaila buat macam ni, beg & baju sekolah Zaila akan hang siap2 kat depan pintu supaya takderlah dah sampai depan pintu taska baru teringat baju sekolah Amirul lupa nak bawa;D

3) amalkan basuh pakaian di waktu malam & keesokan paginya anda boleh terus sidai sahaja ~ in my case, yang ni selalu failed sebab selalu lewat kan;D

4) pastikan sentiasa ada minuman 3 in 1 / roti kat dapur tu so pagi-pagi senang nak sediakan instant breakfast ~ pon failed sebab tak sempat tapi selalunya Zaila akan masukkan dalam handbag siap-siap Nesvita 3 in 1 untuk diminum di office. tapi selalu jugak lapar

5) untuk proses pembayaran bil, gunakan internet banking sahaja supaya cepat, senang & tak payah susah-susah keluar ke bank untuk membayar segala hutang ~ in my case pula, gaji masuk Bank Islam, hutang-hutang pula banyak kena bayar melalui CIMB, Maybank & Public Bank so nak tak nak kena keluarkan duit dulu, then masukkan bank ni, bank tu barulah boleh buat internet banking..haishhh..

6) untuk biz pula, selalunya kena packing siap-siap & tulis borang pos siap-siap ~ tapi kadang-kadang terlupa nak bawa barang untuk dipos, pastu kadang-kadang borang pos habislah, lupa nak tulis alamat siap-siaplah & macam-macam lagi..haish lagi

7) amalkan makan vitamin / supplement untuk kuatkan tenaga batin meningkatkan daya stamina tubuh ~ Zaila ada juga amalkan makan supplement tapi selalunya hangat-hangat tahi ay*m sahaja;D

8) selalu buat catatan / notes on things that u wanna do in the future & kalau boleh letakkan note tu kat depan / tempat yang senang untuk kita lihat seperti depan peti ais ~ in my case, selalunya buat & lihat tapi last-last lupa jugaaaaa...haiyyaaaahhhhhh..memanglah, makin tua makin nyan*uk pula rasanya..macam-macam cara dah buat tapi masih ada juga yang tertinggal / tak dapat laksanakannya;(

9) ambil part-time cleaner untuk membersihka rumah seminggu sekali ~ well mula-mula tu Zaila ada upah juga part time maid datang rumah bersihkan rumah tapi sekarang ni rasa macam boleh buat je semua tu padahal sayang duit so rasanya tak perlu kot;D cuma time nak kena cuci semua toilet & kipas & cermin je rasa macam nak panggil part time cleaner yang buatkan;D

Herm, tapi Zaila bukanlah nak mengeluh atau marah atas apa yang berlaku. Cuma kadang-kadang tu rasa bersalah dengan diri sendiri, dengan suami, dengan anak-anak sebab tak pandai menguruskan rumahtangga sampai rumah bersepah, selalu tertinggal barang, selalu nyusahkan hubby hantar barang amik barang & bila terjadi macam ni rasa macam bestnya kalau tak keje, takpon bestnya kalau ada maid, mesti semua benda tu aku boleh suruh dia yang buatkan..hehehehe..macam-macamlah!! Tapi rasanya kalau Zaila berhenti keje pon, semua tu tak akan terlaksana juga kalau bangun pagi je dah ngadap blog mahupon facebook *memanglah melalaikan benda-benda macam ni kan*
takpon kalau ada maid pon takkan nak suruh dia buat semua perkara, nanti suami & anak-anak confuse mana isteri / mama aku yang sebenarnya ni?? mama ke bibik?? hehehehe

Pastu pula memang dalam hidup kita ni, kita akan sentiasa diduga / diuji oleh ALLAH untuk melihat sejauh mana kita dapat menangani masalah tersebut. Pendek kata kena banyakkan bersabar bila berlakunya sesuatu kejadian yang tak diingini. So bersyukurlah dengan apa yang ada. At least kita masih bernafas & diberikan kekuatan & akal fikiran yang waras untuk menyelesaikan segala masalah tersebut.

Thanks pada mereka yang sudi membaca. Kawan-kawan pula macamana?? Ada tak tips lan yang boleh membantu dalam menguruskan masa dengan lebih bijak?? care to share??

8 ulasan:

Mag berkata...

hehehexde tips sebab saya pon fail..tapi farah iron baju, sediakan stokin seluar stock seminggu terus. weekday boleh goyang kaki.hehe

lagipon gosok banyak2 jimat electrik.hahaha

Tie HT berkata...

wahh bz tol mummy ni..kagum2

Lady of Leisure berkata...

zaila tido kul 12 tu ok lagi lady ni almost everynight tido 2-3am hehe..

Zaila Mohamad berkata...

farah, akak buat sekali jah gosok sekali harung tu pahtu gak sokmo bangun pagi baru terhegeh2 nak gosok baju..hahahahaa..

actually kalau kita disiplin, memang boleh aje cuma tulah..masalah nak disiplinkan diri tu yang bermasalah sket;D

Zaila Mohamad berkata...

Tihara, haahaahaa..actually buat-buat busy jer ni;D

Zaila Mohamad berkata...

Bestnya Lady, Zaila pon kalau boleh nak tido lambat tapi malangnya esok tu keje, tapi kalau malam minggu Zaila tido agak lewat juga;)

Mademoiselle Ctiey berkata...

Thanks untuk time management tips.. ct pun tgh cari idea camne nk buat daily schedule supaya hidup tak berterabur tak tentu arah.. hehe.. and this idea also help.. thanks again..

Zaila Mohamad berkata...

Ctiey, hehehee..zaila pon xikot sangat tips2 tu tapi kalau kita betul-betul disiplin, insya ALLAH semuanya akan berjalan dengan lancar;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^