Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 16 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca blog Zailabinimdae;)

Setiap tahun, umat Islam akan menyambut perayaan ini bersempena dengan pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang telah diperintahkan oleh ALLAH untuk menyembelih putera kesayangan baginda iaitu Nabi Ismail A.S. Demi menunjukkan ketaatan seorang hamba kepada Penciptanya, Nabi Ibrahim & putera baginda redha & melakukan ibadah yang diperintahkan dengan ikhlas. Namun, ALLAH telah menunjukkan kekuasaanNya dengan menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas (biri-biri jantan) & sejak kejadian itu, umat Islam meneruskan ibadah korban demi mengingatkan kembali akan pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang begitu patuh & taat kepada perintah ALLAH s.w.t

Subhanallah, betapa besarnya pengorbanan para Nabi zaman dahulu kan. Kalaulah kita yang mendapat arahan macam tu, agak-agak boleh buat tak?? huhuhuu..insap sekejap

Dalam kehidupan ini memang menuntut banyak pengorbanan dari kita kan?? Tak kiralah pengorbanan kecil mahupon besar, yang penting kalau kita redha dengan pengorbanan tersebut, insya ALLAH, hidup ini akan tenteram & rasa diberkati.

Pengorbanan Zaila hari ini adalah berjauhan dengan en suami pada menjelang hari raya. Sejak 5 tahun mendirikan rumahtangga, belum pernah kami berjauhan di hari raya. Tapi nak buat macamana, tahun ini ALLAH ingin menguji kasih sayang kami. Hihihihi, bukan lama pon berpisah, petang esok sampailah en suami di bumi Malaysia yang terchentaa ni;D Nampak gaya tahun ni en suami berpeluang menunaikan solat sunat hari raya di Bandar Ho Chi Minhlah gamaknya, while mama sembahyang kat rumah bersama-sama anak-anak;D

Apa-apa pon, semoga en suami selamat tiba & apa pula pengorbanan kawan-kawan tahun ini??

P/s : tak sabar nak makan daging korban, harap-harap plan untuk balik kampung menjadiklah harapnya!!

3 ulasan:

norh berkata...

salam aidiladha.. :)

Zaila Mohamad berkata...

norh, salam aidiladha buat awak juga;)

Lady of Leisure berkata...

selamat hari raya aidilahda zaila.. lady baru balik dari kampung hehe

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^