Kalau tiba hari raya korban, jangan haraplah nak tengok langsir baru, sofa baru mahupon perabot baru di rumah Zaila. Mak Zaila tak pentingkan semua benda tu ya kerana mak lebih pentingkan lembu yang bakal rebah mengadap bumi pada hari raya nanti. Selalunya awal-awal lagi mak / ayah Zaila akan cari anak lembu untuk dibela. Zaila pernah ingat akan seekor lembu yang Zaila betul-betul sayang telah dijadikan mangsa korban oleh ayah. Sedih tu toksah cerita r sampai rasa macam tak nak makan daging lembu buat selamanya tapi perasaan tu hanya sekejap jelah, hihihi..Bila tengok mak masak sedap, tergugat jugak jiwa ni;D
Dulu ayah Zaila memang suka bela lembu. Paling kurang pon akan ada seekor ibu & kalau bernasib baik akan dapat anak lembu
Sekarang ni ayah dah malas nak bela lembu, "tak larat nak menyabut" (tak larat untuk merumput) katanya. So mak lebih senang tumpang gian (dalam seekor lembu ada 7 bahagian daging yang boleh dijadikan korban so orang Kelantan akan panggil gian) daripada lembu makcik/sedara Zaila aje. Zaila pon buat akikah untuk anak-anak semasa raya haji sebab senang untuk dikira; 2 bahagian untuk anak jantan manakala 1 bahagian daging untuk anak perempuan;)
Selalunya pagi raya, selepas aje solat raya kami semua akan berkumpul di rumah sedara mara yang akan buat upacara korban. Macam tahun lepas, kami sekeluarga mengorbankan seekor lembu untuk korban(boleh baca sini)& tahun ini giliran korban di rumah mak saudara Zaila pula. Yang bagusnya, semua yang terlibat dalam korban akan datang menolong (kalau perempuan boleh tolong tengokkan aje) & boleh dikatakan semua saudara lelaki Zaila pandai memapah daging lembu / kambing. Kalau kat bandar ni, kebanyakan mereka hanya tahu tengok & ambil daging bila semua dah siap aje. Lagipon kat Shah Alam ni, kebanyakan surau / masjid yang buat & diorang akan bagi kupon kalau nak ambil daging korban. Tersangatlah berbeza dengan Kelantan di mana daging akan dibahagikan sendiri & tuan rumah yang menganjurkan korban pula akan buat sedikit kenduri apabila mendapat daging korban yang telah siap diuruskan oleh kaum lelaki.
Menu yang famous pagi raya haji sudah tentulah semuanya berasaskan daging sahaja. Selalunya mak Zaila akan masak singgang daging sebab ianya cepat & senang untuk disediakan. Maklumlah, mestilah kaum lelaki akan lapar setelah bersusah payah menumpaskan seekor lembu, nanti kalau lambat dihidang makanan, mahu bikin panasss aje;D Selain itu, mak akan sediakan daging goreng, kerabu perut beserta ulam-ulaman untuk dicicah dengan budu. Memang menyelerakanlah semuanya!!! Pendek kata, pada sesiapa yang berniat untuk diet, baik batalkan aje niat tu sebab memang tak boleh tolaklah hidangan-hidangan yang tersedia tu;D
Selalunya akan ada upacara korban sehingga hari raya ke empat atau lima (bergantung kepada keadaan juga) so sebab itulah suasana hari raya korban akan lebih meriah di Kelantan berbanding di bandar. Semua anak-anak Kelantan di perantauan akan pulang ke kampung halaman untuk merasa keenakan daging korban yang tersangatlah fresh jika nak dibandingkan dengan daging lembu import yang dibeli di pasaraya Tesco mahupon Giant;D Tapi malangnya, tahun ini cuti hari raya korban hanya sehari sahaja (sangat-sangatlah tidak puas hati) so memang susahlah bagi mereka yang berada jauh dari bumi Kelantan untuk pulang berhari raya;(
Arghh, tetiba rasa emo pula sebab di hari raya ni Zaila masih berada di Shah Alam;((
3 ulasan:
rindu nak balik kelate~ huhuhu
wahhh..mmg meriah ek zaila..kalau area kelantan sana, mmg terasa kemeriahannya kan..salam aidiladha..
farah, sabarlah ya;)
maya, memang meriah..nanti sesekali datanglah beraya di Kelantan pula;)
Catat Ulasan