Malaysia sekarang dilanda demam YES merata-rata. Pusing kanan, pusing kiri semuanya YES, YES & YES. Apa itu YES?? YES adalah Year End Sale ya taun-tuan puan-puan..Bukannya jenama jalur lebar yang terbaru tu;D Kalau ke shopping mall, boleh naik juling mata ni melihatkan potongan-potongan harga yang ditawarkan. Ada yang 50%, 70% & ada juga yang beli 2 percuma 1!! Pendek kata, macam-macam cara dibuat peniaga untuk menarik minat pelanggan untuk menabur duit di kedai mereka;)
Berikut ada beberapa butik yang akan mengadakan jualan akhir tahun bermula dari 15 Disember lagi;-
MANGO SALE (bukan buah mangga ya) more info here
yang ni paling menggugat jiwa tapi apakan daya sen tak ada & saiz pun sudah tidak cantik untuk bergaya;D
info here
Bagi mereka yang berada di Putrajaya, jangan lepaskan peluang untuk ke sini;-
info here
Bagi mereka yang bekerja di KLCC, jangan lupa juga 6 to 10 Shopping Madness hanya pada 17hb sahaja!!
more info here
Tapi dalam berbelanja tu, jangan sampai lupa diri pula ya!! Sentiasalah beringat untuk tidak mudah tertipu dengan harga yang ditawarkan. Berikut adalah beberapa tips yang boleh dipraktikkan semasa membeli-belah;-
1. Beli barang yang diperlukan sahaja - Macam Zaila, setiap bulan Zaila akan target apa barang yang perlu dibeli contohnya pakaian ke, make up ke so bila ada SALE pada barang yang tidak termasuk dalam list, silalah pejam mata sahaja & cakap dalam hati "alah, jenama XXX ni memang suka buat sale pon, so tak rugi kalau aku tak beli sekarang"
2. Rancang budget - Buat list setiap hutang yang perlu dilunaskan setiap bulan & peruntukkan beberapa ratus/ribu (bergantung kepada kewangan kita) untuk shopping. Kalau sudah pernah bekerja, haruslah memanjakan diri juga dengan "hadiah" kan. Tapi AWAS, kenalah berdisiplin agar tidak berbelanja melebihi daripada apa yang telah diperuntukkan;D
3. Berbelanja semasa YES - tak dinafikan juga jualan murah amat membantu kita dalam berjimat cuma biarlah kena dengan caranya. Contohnya, memang kita selalu lihat satu baju di butik XYZ pada harga RM100.00 & tiba-tiba apabila musim YES, harga selepas diskaun adalah RM30.00!! Bukankah kita telah dapat jimat RM70.00 di situ;D Tapi haruslah sentiasa beringat juga, jangan pula masuk butik tersebut untuk meninjau harga barangan yang dibuat SALE tapi last-last keluar dengan membeli barangan NEW ITEM yang harganya kadang-kadang tidak logik & hanyalah muslihat kedai semata-mata;D
4. Jualan Gudang - Zaila cukup suka berkunjung ke jualan gudang. Terutamanya jualan gudang dari kedai-kedai yang berjenama. Tapi selalunya Zaila hanya berkunjung di kawasan yang berdekatan dengan rumah sahaja (sekitar Shah Alam), kalau jauh-jauh tu agak tidak kuasa ingin meredah jem semata-mata ingin berjimat dalam beberapa ringgit/puluh sahaja. Antara jualan gudang yang Zaila pernah terjah adalah Aussino warehouse sale (baru je pergi minggu lepas), dapatlah beli set comforter pada harga RM90 sahaja (kalau harga di butik adalah RM100++), Pureen warehouse sale (dulu masa anak-anak masih kecil suka beli peralatan mandian mereka banyak-banyak untuk dijadikan stok) & kalau ke warehouse sale pakaian berjenama, bolehlah jual balik pada harga yang lebih murah berbanding dengan butik *kan dah boleh jana duit lebih kat situ*
Rasanya itu sahaja yang Zaila boleh fikirkan sekarang ni..Pada sesiapa yang ada tips untuk dikongsi bersama, silalah kongsi ya!!
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
7 ulasan:
actually kena sgt hati2 klu kita jenis suka window shopping dah survey price baju tu lagi bagus sbb tau price dulu ngan klu sales kan...
pnah jadi kat kita..beli brg tu 50% then bila sales dtg lagi tgk brg tu 70% dh rasa stress tapi bila tgk quality kain confirm mmg tak sama..just design jek sama...huhuhu..normally klu sales ni mmg kena extra hati2 :)
menjelma sudah musim menghabiskan duit...nampaknya lebih baik en asben cikgu anis keluarkan perintah berkurung sebelum duit menipis tanpa sedar...hehehe
perghhh time ujung2 tahun tgk poket sesak nak beli keperluan sekolah anak, sale ni mulaaa muncul sana sini..heheh...gugat iman & duit tul..heheh
masa tuk perabiskan duit hehe
zaila
lynn kalo nak beli barang murah mmg kena tggu sales..dan selalu bila sales mmg akan top up baju anak2 jerk..dorang kan cepat besar!!
So far belum terpengaruh sebab sibuk dgn hal family yg lebih penting hehe...nasib baikkk...
bestnya shopping, masa shopping dah x pk dah semua nasihat zaila tu, tp lepas dah abis shopping, mesti balik umah, baca balik nasihat2 zaila dlm n3 ni :)
Catat Ulasan