Terima kasih pada sikap tanggungjawab teacher & Uncle Amir yang susah-susah telefon & memaklumkan kami kejadian tersebut. Agaknya mereka betul-betul rasa bersalah kerana teruk juga Amirul kena sampai luka di bibir & naik jendul di dahinya. Tapi kami tak salahkan mereka pun sebab dah sedia maklum dengan perangai Amirul yang agak slow & penakut berbanding kawan-kawannya yang lain. Agaknya selepas waktu sekolah, Amirul cepat-cepat berlari ke arah van sekolah & pada masa yang sama tersadung & jatuh menyembah bumi..Memang kesian anak mama yang sorang ni!!
Tapi biaserlah tu wahai anakku..Ada sesekali kita akan terjatuh rebah mengadap bumi. Bukan selalu kita akan berada di atas. Yang penting, terus bangkit & jangan jadikan ini sebagai alasan untuk berjaya. Kehidupan yang bakal Amirul Haziq hadapi masih panjang & sesekali it's ok untuk jatuh agar kita akan lebih menghargai kehidupan yang Allah kurniakan kepada kita. Yang penting cepatlah bangkit semula & bersabar di atas segala dugaan yang datang!!
cepat sembuh wahai anakku!!
4 ulasan:
cian kat haziq...
alaa sian die.. bengkak betul ek.. get well soon boy
Kesiannya amirul cepat sembuh k..'
alahai siannye...bengkak mesti sakit nak makan tu...
Catat Ulasan