Walau sejauh mana aku berada, baru aku sedar diri yang aku ni orang kampung. Yang tak bisa berpura-pura menjadi "orang bandar" yang serba bergaya, yang serba berjenama barangnya..
Setiapkali cuti panjang bakal menjelma, tatkala orang-orang bandar sibuk merancang untuk bercuti di luar negara/hotel-hotel lima bintang, aku sibuk merancang untuk balik kampung. Betapa rindunya aku dengan kampung halaman..Walau cuti hanya 4 hari tapi cukuplah untuk melepaskan rindu buat mak ayah di kampung. Rindu dengan masakan mak yang serba simple tapi sedap tu..Anak-anak aku pon tak habis-habis sebut nama "Tok Ayah" & rindukan lawak bersahaja dari Tok Ayah tu. Pendek kata, kami semua rindukan kampung halaman. Masing-masing dok mengira detik nak balik kampung aje ni..tok tok tik tok..cepatlah berlalu wahai masa..
Semoga aku diberikan kesihatan tubuh badan agar dapat menghabiskan masa yang cukup berharga dengan mak ayah. Agar dapat makan kesemua makanan yang semestinya sudah lama aku idamkan, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi air, nasi ulam, gulai kawah Mok Limah, itik serati goreng & paling best bila mak aku bagitahu yang mak sudah siapkan bekalan berpantang aku iaitu ikan haruan kering. Tak sabar nak makan gulai mak dengan acar timun & sambal merah lada kering. Tak sabar nak makan pulut kuning dengan kuah gulai ayam yang mak janji nak buat masa solat hajat minta Allah permudahkan proses kelahiran anak ke3 aku nanti.
Pada en suami, silalah lebihkan masa untuk berada di rumah Bachok memandangkan kita sudah bertemu dengan mek minggu lepas. Berilah masa untuk mama meluangkan masa bermalas-malas di rumah mak pula..Tolong yaa memahami akan kerinduan yang tak terucap buat mereka ini. Tolong yaaaaa..
Aku bangga menjadi orang kampung..Biar hodoh di luar tapi bersinar dari dalam diri ini. Biar nampak miskin tapi sebenarnya kaya. Biarlah nampak serabut tapi sebenarnya bahagia;)
Mengira hari & masa untuk pulang ke kampung halaman terchentaaaa
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
11 ulasan:
nok sedak lagi pagi2 mak pulut pagi nti kace & nyor..perghh meme x paling kiri kane doh la
rindu kg gak nie,2 bln tak balik rase lamo betul :(
Salam -
saya pun sama .tiap2 mgu nak balik kg.drive dalam 3 jam jer.seronok dapat makanminum dengar cerita makayah.
saya pon orang kampung. balik sekejap2 beh jugok..kalu balik tuku dumoh ngan husband xdop bosannnnn~
me too kampung girl...hehe..best kan duk kampung..tenang ja..
bila balik kg? i balik sunday nanti. ada kat kg sampai nxt monday tu. if zaila ada kat kg jemput dtg rumah on saturday, ada kenduri kawin adik i
lady pun org kampung gak.. :)
saya orang kampung jugeeeeee...dan saya sangat suka balik kampunggggg :))..balik kampung sendirik adalah keseronokan yang tak ternilaiiii..tak leh compareeee dengan holiday di tempat lain hehe
Msti byk crita menarik dr kg nti.;-)
hi..salam kenal dari saya. singgah tinggal jejak ni. saya datang dari info mengenai bazar. jom tukar lin, citer dan pendapat ye. kalu sudi, jom follow saya plak ye. tq
I pun org kg! yehhaa..nk balik jugak dah ni...rindu kg halaman ;)
Catat Ulasan