Perasan tak lately ni Zaila banyak meluahkan isi hati melalui penulisan. Kalau dulu banyak gambar-gambar atau aktiviti yang ada sahaja mahu dikongsi bersama tapi sejak
Mungkin juga disebabkan Zaila telah kehilangan seorang sahabat untuk bercerita so segala apa yang terpendam dalam hati ni diluahkan diblog ini. Memang kalau boleh tak nak serabutkan blog ini dengan emosi-emosi tapi Zaila rasa dengan menulis juga kita dapat mengurangkan stress yang ada ni. Lebih kurang macam terapi minda gitu;-) Pada yang meninggalkan komen / pandangan / nasihat, jutaan terima kasih Zaila ucapkan. Insya Allah, kalau ada kerajinan, Zaila akan kongsi beberapa petua yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung & berpantang nanti;-)
Lately ni terperasan banyak pula entry-entry dari blogger yang saling bercakaran sesama sendiri. Si polan tuduh si polan, si polan meluahkan rasa tak puas hati di blog, facebook mahupun Twitter. Bukan setakat artis yang suka menggunakan laman sosial untuk saling mengata, kita juga pun tak lepas dari melakukan sedemikian. Yelah, kita semua manusia biasa yang memang tak lepas dari melakukan kesilapan. Ada sahaja yang tak kena di mata kita (walaupun bagi sesetengah orang it's ok untuk berbuat demikian).
Well entry ini bukan ditujukan pada sesiapa pun. Sekadar luahan pendapat dari lubuk hati Zaila. Sejak berblog ni, memang tak dinafikan pelbagai pengalaman pahit manis yang Zaila tempuhi. Ada yang suka, ada yang meluat, ada yang cakap benda ni buang masa & macam-macamlah. At first selalu juga Zaila melatah & berkecil hati tapi Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun merapu dalam blog, Zaila rasa makin yakin untuk menangani situasi negatif ini. Ditambah pula pernah mengalami "kehilangan" yang begitu besar & terkesan di jiwa Zaila membuatkan Zaila terfikir betapa singkatnya kehidupan ini. Buat apa diisi kehidupan ini dengan kebencian & hasad dengki. Hargailah setiap apa yang berlaku disekeliling kita. Sedikit tips untuk sentiasa berfikiran positif untuk mengelakkan berlakunya benci membenci di dalam dunia blog mahupun realiti ini :-
1) Jangan rasa rendah diri - selalunya timbulnya perasaan hasad dengki bila kita berasa diri kita tidak setanding dengan individu tersebut. Mulalah rasa yang individu tersebut nak menunjuk-nunjuk dengan apa yang mereka ada. Bukan nak cakap yang Zaila tak ada perasaan macam tu, tapi bila aje terdetik dalam hati, cepat-cepat fikir positif..Setiap manusia ini ada kelemahan masing-masing so untuk mengelakkan rasa sakit hati, kita jangan bandingkan dengan kehidupan kita. Sebaliknya cuba cari apa kelebihan yang kita ada untuk membuatkan kita rasa setanding dengan mereka. Takpun bandingkan dengan orang yang jauh lebih menderita dari kita. Haaa, barulah rasa betapa berharganya setiap rezeki yang kita kecapi ini!!
2) Jangan pandang belakang - macam tajuk cerita hantu pula..takderlah, maksud Zaila jangan diingat lagi setiap perkara yang sudah lepas especially perkara yang buruk yang pernah kita alami. Perlu diingat bila sekali kita membuka pintu kehidupan peribadi kita kepada umum, kita harus terima segala pujian mahupon cemuhan yang bakal diterima. Allah menciptakan manusia ini yang terdiri dari pelbagai jenis, rupa & mempunyai hati yang berbeza-beza; ada yang baik, ada yang ikhlas, ada yang sedikit cemburu, ada yang cemburu buta & ada juga yang hatinya mati;D so lantaran itu akan ada pelbagai reaksi yang berbeza-beza mengikut hati masing-masing. Pernah juga Zaila menerima reaksi yang negatif hasil dari berblog & kalau difikirkan memang boleh membuatkan kita patah semangat tapi Zaila berjaya juga buang perasaan itu & terus mara ke hadapan. Abaikan aje apa orang nak cakap sebab yang penting kita tahu apa yang kita lakukan!! *as long as bukan buat benda tak elok*
3) Jangan Terlalu Terbuka - Well, kalau kita tak mahu kehidupan diri ini dikritik, kita kenalah pandai jaga diri juga. So Zaila rasa, janganlah terlalu bersifat sangat terbuka dengan bercerita segala apa yang kita ada, buat, beli atau dapat dalam kehidupan kita. Tapi kalau kita ni jenis "telinga tebal" & boleh terima segala kutukan, so tak ada masalah untuk berbuat demikian. Zaila sendiri pon banyak belajar dari kesilapan yang pernah Zaila buat so sekarang Zaila lebih berhati-hati dalam membuat entry. Harus diingat bukan kita seorang yang akan baca blog ini, so jika blog ini tidak diprivatekan, haruslah kita menjaga banyak hati yang mungkin baca perkembangan diri kita seperti suami sendiri (yang ni takkan kutuk kita), adik beradik, kawan-kawan mahupun rakan sekerja yang tahu akan kewujudan blog kita. So walaupon kita mahu memperkatakan sesuatu yang benar, janganlah terlalu direct sehinggakan boleh mengundang salah faham buat mereka. Jadi, jalan penyelesaian yang terbaik adalah sentiasa berada di landasan selamat iaitu dengan menjaga "rumah" kita agar tidak terlalu terbuka!!
4) Jangan Menipu / hipokrit - Selalunya blog-blog yang mempunyai sesuatu yang menarik minat akan selalunya femes. Sesuatu tu merujuk kepada blogger yang fashionista ke, blogger yang ada hobi seperti mengumpul designer brand ke, blogger yang ada kediaman yang cantik ke atau tak kurang juga blogger yang aktif bercerita mengenai kehidupan peribadi mereka pasti akan mempunyai ramai follower / stalker yang suka membaca / mengomen post mereka. Ada juga di antara blogger yang sanggup menjadi talam dua muka hanya untuk melaga-lagakan kawan-kawan mereka. Di blog si X cakap lain & bila masuk blog Y cakap apa yang blogger X cakap dekat blogger Y..Adushh, bukankah ini satu fenomena yang tidak sihat di antara blogger. Kesimpulannya, janganlah jadi seorang yang hipokrit. Perbetulkan semula niat kita untuk menjadi blogger ini. Bagi Zaila pula, bukan Zaila tak tahu perkembangan dunia blog sekarang ni, tapi lebih baik kita tidak campur dalam pertelagahan mereka *just baca dari kejauhan aje* Semoga perdamaian akan berlaku juga *PEACE, no war!!!*
5) Jangan Lupa Diri - ini yang paling penting. Walau sejauh mana kita berada, setinggi mana pencapaian kita, segunung mana duit kita, janganlah kita lupa asal usul kita. Bukan tak boleh untuk menunjukkan bukti kejayaan kita tapi biarlah diiringi dengan kata-kata semangat / nasihat yang boleh dikongsi bersama-sama dengan mereka yang admire kejayaan kita. Bagi yang menjalankan perniagaan pula, jangan menipu pelanggan kerana tanpa pelanggan tiadalah sumber income kita.
Hidup ini terlalu singkat so jangan buang masa kita dengan melakukan perkara yang tidak akan mendatangkan faedah kepada diri kita. Seeloknya perbetulkan niat kita dalam berblog ini. Seeloknya perbanyakkan ilmu/info-info yang boleh dikongsi bersama. Kalau suka berkawan, jangan pula sampai hilang adab ketimuran / tatasusila di antara sesama muhrim, jangan pula memilih kawan. Kalau suka bercerita tentang kehidupan peribadi, jangan pula hingga bercerita tentang "kamar tidur" buat tatapan umum. Ingatlah, malaikat Raqib & Atid sentiasa berjaga untuk mencatitkan segala amalan kita so mari kita perbaiki diri kita, lebihkan amalan baik dari yang jahat agar kita bahagia di dunia mahupun akhirat nanti.
Pesanan penaja : aku juga manusia biasa yang tak dapat lari dari melakukan kesilapan..
6 ulasan:
muhasabah diri ;-)
akak setuju ngan Zaila..
ada jugak org bukak blog sebab nak glamer..entahlah..
Wow...best juga sekali-sekala baca blog orang lain... ni..oklah saya zaki..nak buat iklan sikit...saya membekal dan mengedar kerepek untuk kawasan Johor Bahru dan Muar, Johor... Good luck...
salam zaila..berblogging pun byk cabaran nya
nampak cam senang kan..
sekarg ni line stremyx pun k.o..slow
Diana, sama2 kita bermuhasabah diri ya..biaserlah manusia ni tak pernah leka dr melakukan kesilapan;)
Kak Faizah, itulah..takut juga kalau blog saya disalah anggap so memang kena selalu perbetulkan niat kita
Zaki, ok..orang Johor boleh cari Zaki kalau nak beli kerepek ya!!
Tihara, a'a..dalam apa juga pekerjaan yang kita buat pasti akan ada cabaran yang menanti, nak kena bijak dalam menanganinya
Tapi semua ni boleh ni manipulate org ...spy keaiban org lain dibuka atau fitnah..sbb xsemua betul mcm tu...hanya Allah jer tau
Catat Ulasan