Alhamdulillah minggu ni genaplah 33 minggu kandungan Zaila. Memang agak mencabar kerana perut sudah memboyot ke hadapan. Terasa susah sangat untuk melakukan sesuatu benda. Nak tidur susah, nak basuh pinggan susah (pasal perut bergesel dengan kabinet dapur), nak basuh be*ak susah, nak tidur susah, pendek kata semua susah!! Bukan nak merungut tapi inilah hakikat yang harus dihadapi oleh setiap ibu mengandung. Mujurlah en. suami ada banyak membantu dalam menguruskan rumahtangga tapi biaserlah, kalau sudah namanya lelaki..Pasti setiap kerja yang dia buat tu tak kena di mata Zaila so Zaila rasa lagi senang untuk melakukan sendiri semua benda tu (selagi terdaya).
Walaupun ini kandungan ke 3 tapi biaserlah, Zaila tak boleh nak sorok rasa berdebar-debar untuk bersalin. Bukan apa, setiap kehamilan & proses melahirkan bagi Amirul Haziq & Nur Ameera Husna berbeza so kali ni juga tentulah harapan Zaila moga dipermudahkan segalanya. Kalau boleh, nak bersalin normal & moga baby keluar tepat pada masanya iaitu bila en suami berada di sisi, Haziq & Husna ada orang yang tolong jagakan & pendek kata moga dipermudahkan segala urusanlah hendaknya!!
Kali ni Zaila nak kongsi beberapa tanda yang setiap ibu mengandung harus alert di kala sudah sampai bulan. Kadang-kadang baby akan keluar tidak tepat dengan EDD (expected due date), ada yang terawal & ada yang terlewat. Pendek kata memang kena sentiasa berjaga-jaga & alert dengan keadaan diri & baby. Macam Zaila, Haziq dilahirkan 10 hari awal dari EDD manakala Husna pula hanya 2 hari awal dari EDD. Memang susah sangat nak jangka tapi untuk yang ke 3 ni Dr. Siti Mariam menjangkakan sedikit awal juga dari EDD (04/04/2011) tapi seawal bila tu?? Wallahu a'lam!! Ok, di antara tanda-tanda yang selalu terjadi ialah:
1) Perut menjadi ringan kerana baby sudah engaged ke bawah. Masa ni akan rasa sedikit sakit di bahagian ari-ari & kerap membuang air kencing kerana kedudukan baby yang menekan pundi kencing kita.
2) Berlakunya kontraksi yang makin kerap. Apabila kandungan mencecah 8 bulan mungkin akan berlaku apa yang dinamakan Braxton Hicks yang dikenali juga sebagai amaran kelahiran palsu kerana di waktu ini kita akan merasakan baby meregang & sakit yang menyucuk di bahagian tulang belakang tapi selalunya rasa sakit itu akan hilang & bukan berlaku secara kerap. Selalunya bila kesakitan itu datang secara berkala iaitu setiap jam kemudian disulami minit, maka ini barulah dianggap sebagai sakit kontraksi & tahap kesakitan itu memang sangat-sangat sakit (tak dapat digambarkan dengan kata-kata) & bergantung pada setiap individu untuk mengatasinya.
3) Keluar lendir pekat atau berdarah. Boleh jadi beberapa hari sebelum bersalin ataupun beberapa jam sebelumnya. Kalau berlaku perkara sedemikian, kita dinasihatkan untuk segera ke hospital
4) Pecah air ketuban iaitu sejenis air yang jernih & tidak berbau. Tapi selalunya kita akan konfius dengan air kencing so selalunya air ketuban ini tidak berbau & ianya keluar sendiri tanpa kita sedari. Zaila pernah alaminya masa ingin bersalin anak sulung, perasaannya seperti terkencing tapi dalam kauntiti yang banyak gitu. Mula-mula sedikit tapi lama-lama akan keluar makin banyak.
Rasanya itu sahaja tanda-tanda penting yang harus dikenalpasti oleh setiap ibu mengandung. Walau apapun yang berlaku, pastikan diri kita sentiasa bersedia & cepat-cepat rujuk kepada hospital sekiranya ada apa-apa kemusykilan.
Waah, entri kali ni buatkan Zaila rasa macam doktor pula..hahahha..Oklah, pada kawan-kawan bolehlah berkongsi pengalaman bersalin & tanda-tanda yang keluar sebelum melahirkan. Bolehlah dijadikan sebagai panduan buat Zaila yang berdebar-debar yang walau anak ke 3 masih takut untuk bersalin juga. Insya Allah, kalau ada masa Zaila nak stori mori juga kenangan di waktu melahirkan Haziq & Husna supaya nanti mereka boleh baca & tahu betapa susahnya mama nak melahirkan mereka ke dunia yang fana ini;-) Semoga anak-anak mama menjadi anak yang soleh & solehah & berjaya dunia akhirat..amin...
9 ulasan:
harap2 yang kedua nanti,bersalin normal la..amin :)
tak lama dah hehe,gi mkn puas2 k.ila. ami dulu deliver mase week 37,tapi planned c-sect.so date semua mmg kitorang pilih,esok nak beranak,mlm nie baru kemas hospital bag,punye la teruk ;p
Zai, glucksss!!!
bila baca entry Zaila, akak pulak yg seram..
semoga semuanya selamat yer..
eliss, yang ni sudah ke 3..hehehe
Ami, sapa dok tahu doh nak make gapo;D
Ayu, thankssss
Kak Faizah, saya pon seram sejuk juga;)
tak boleh bayangkan cemana rasanya.. mesti nak berak kene pakai tandas duduk instead of tandas cangkung kan.. takpe zaila ni semua pengalaman manis jadi seorang ibu.. :)
Lady, a'a..seb baiklah rumah Zaila semua tandas duduk..huhuhuhu
betul tu, kita orang pompuan macam nilah, mula2 je rasa sakit pastu lupalah rasa sakit tu then tengok2 ngandung lagi;D
setiap pengalaman bersalin mesti berbeza2 kan..so tk mustahilla setiap kali nk beranak pon still rasa takut..hehehhee..
apepon, smoga slamat jugak sumenye utk zaila yek..kite tinggal seminggu nih..berdebar2 tp at the same time rase sonok jugak sbb dpt tgk baby lebih awal..=p
Lily, syoknyaaaaa..takut tu xleh lari tapi moga2 semuanya selamat;)
Catat Ulasan