Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 5 Mac 2011

Set Bersalin Puteri Rembulan

"Kerana Kecantikan Itu Bermula Dari Kecantikan Yang Sejati"

Petang semalam lepas je waktu kerja, Zaila ajak en suami ke Giant Kemuning Utama. Misi utama adalah untuk menyetelkan list terakhir dalam wishlist mak buyong; perjalanan baby ke 3 ni *tajuk wishlist boleh blah aje* cakap jelah nak p beli set bersalin kan senang;D

Dalam kepala ni dah berniat untuk beli Leesa Formula je memandangkan masa berpantangkan Ameera, Zaila sangat berpuas hati dengan produk LF ni. Tapi bila borak-borak dengan SA di sebuah kedai yang menjual ubatan & jamu kat Giant ni, diorang cakap set bersalin PR pun bagus juga. Apa yang menarik minat Zaila untuk membeli PR ni adalah kerana ianya mengandungi 5 Kapsul ubatan berbanding LF yang hanya ada 3 sahaja. Kata SA tu, apa yang penting adalah kesihatan dalaman so lagi banyak ubat yang kita ambil, insya ALLAH akan makin sihatlah badan ni;)

Teringat masa berpantangkan Haziq, masa tu Zaila ambil Set Sendayu Tinggi. Mungkin tak sesuai dengan Zaila sebab terlalu banyak pil yang harus dimakan & kena ambil pula sejam sebelum makan. Haruslah daku selalu lupa kan;D Bukan nak cakap ST tak bagus, cuma pilnya agak "panas" so tak bagus untuk bayi yang sedang menyusu. So kali ni memang Zaila tolak awal-awal lagi jenama ST walaupun ramai yang cakap ianya bagus untuk kembali langsing selepas melahirkan anak;)

Apapun kali ni Zaila tak beli set sebab bengkung & tungku Zaila gunakan yang masa anak pertama lagi so kuranglah sedikit jumlah yang perlu dibayar tu;D JOm kita lihat apa yang Zaila beli;-

1. Ubat Rebus (RM20) : Ramuan & akar-akar & dedaunan ubat tradisional yang terpilih khas untuk lelaki & perempuan, sebagai ubatan kpd penyakit-penyakit seperti letih lesu, lemah, tidak bertenaga, gemuk kerana berlebihan lemak di badan, sakit kepala, bisa-bisa tulang, kencing tak lawas, penyakit-penyakit angin dan sangat baik bagi ibu-ibu yang lepas melahirkan anak atau haid yang tidak teratur atau senggugut.

2. Kapsul Pati Ikan Haruan (RM49.90) : Digunakan secara tradidional untuk menambahkan tenaga dan kesihatan, melegakan sakit pinggang serta untuk wanita lepas bersalin

3. Arina Kacip Fatimah Kapsul (RM49.90) : Digunakan secara tradisional untuk menyihatkan rahim selepas bersalin, melegakan keletihan badan untuk kesihatan wanita

4. Arina Gegan Kapsul (RM49.90) : Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan otot-otot payudara dan mengurangkan berat badan

5. Arini Manjakani Kapsul (RM49.90) : Digunakan secara tradisional untuk mengurangkan masalah keputihan, lendir dan bau yang tidak enak pada alat sulit wanita. Ia juga dapat mengencangkan otot-otot rahim (sari rapat), menghilangkan keletihan badan dan mengembalikan kesegaran

6. Arina Spirulina Kapsul (RM49.90) : Digunakan secara tradisional untuk merangsang tubuh membuat hormon pertubuhan manusia secara semulajadi dan kembalikan awet muda

7. Cellulite Control Gel (RM40) : Digunakan untuk membakar lemak dalam badan, mengurangkan selulit dan mengencangkan otot dalaman (boleh dilumurkan sebelum memakai bengkung)

Semua yang Zaila tulis tu berjumlah RM285 *fuuh, fuuh, tiup habuk dalam poket* En suami naik risau je sebab takut Zaila tak boleh nak habiskan semua pil-pil tu tapi insya ALLAH, kali ni Zaila berpantang sendiri (macam masa HUsna juga) so badan memang kena kuat untuk menjaga baby & at the same time untuk jaga diri sendiri kan. So kenalah tanam dalam diri untuk lebih berdisiplin dalam berpantang!!

Ada tak kawan-kawan blogger yang menggunakan set Puteri Rembulan ni?? Kalau ada, care to share pengalaman korang menggunakan produk ni?? thank you in advance..

*semua list dah beli, tinggal satu je lagi..nak beli ubat untuk elak anak dari kena kuning*


6 ulasan:

Lynn Abd Latib berkata...

zaila


sama ler anak sulung amik ST..no 2 amik leesa ..rasanya best LF..ubat x banyak..tp bila tgk kesannya baik lg ST..mmg slim down..hehhee...PR? first time dgr..apapun smg sumernya selamat!!

Nurhayati berkata...

wowee best tgk jamu2 semua.. yati time bersalin kan aliah takde pun beli set jamu bersalin.. hihi

maya amir berkata...

penah try leesa formula..tak penah try puteri rambulan ni..nanti zaila dah guna, bolehlaa share kat sini:)

Lady of Leisure berkata...

kalau pergi visit orang bersalin lady suka bau ubat2 dari set bersalin ni, wangi jer bau rempah2 kan.. :)

Zaila Mohamad berkata...

Lynn, itulah..Zaila set nak beli LF tapi bila dah kena kecek ngan SA tu terbeli pula set PR ni..harap-harap fungsinya lebih kurang sama ajelah ya..thanks & doakan kami semua selamat

Yati, kagum dengan kamu..habis makan apa?? vitamin / supplement yang lain ke?? sebenarnya atas ibu tersebutlah nak pantang secara tradisional / moden kan..yg penting baby & mama sihat!!

Maya, insya allah..sharing kan caring;)

Lady, a'a..best bau jamu-jamu ni..lagi best bau baby...*xsabarnya*

bell berkata...

nak tumpang tnye, ok x set besalin PR nie??? komen sikit

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^