Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 26 April 2011

Diuji Sekali Lagi

Assalamualaikum semua..

Mungkin ramai yang tidak tahu yang sekarang ini, Zaila sedang berehat bersakit-sakit di rumah kerana telah dijangkiti virus chicken pox dari anak-anak. Bila orang tua kena, memanglah teramat sakit & habis satu badan terutamanya muka & bahagian dada dinaiki tompok-tompok berair yang tersangatlah besar & memeritkan.

Kesian Ashraf kerana tidak oleh menyusu badan direct daripada Zaila kerana bimbang ia akan berjangkit melalui sentuhan. Malah, Ashraf sekarang berada di nursery bersama abang & kakaknya kerana Zaila sendiri tidak mampu untuk menjaga Ashraf. Zaila rasa ini adalah tindakan yang terbaik yang boleh dibuat memandangkan tiada seorang pun yang boleh menjaga Ashraf di rumah. Memang sedih bila berjauhan dengan anak, terutamanya sikecil yang masih menyusu tapi Zaila harap Ashraf tidak akan dijangkiti lagi memandangkan tubuhnya yang masih kecil & masih belum dapat develop antibodi sendiri. Biarlah Zaila yang sakit seorang, jangan kami dua-dua sakit..Nanti boleh pengsan en suami untuk menjaga kami semua.

Agaknya inilah dugaan terbesar yang Zaila hadapi dalam pantang. Semoga terus diberikan kekuatan luaran & dalaman untuk menempuhi hari-hari yang mendatang.

8 ulasan:

Nurhayati berkata...

memang dugaan betul..sabarla zaila.. pasti ada ganjaran disebaliknya.. moga cepat sembuh yer.

kasihredha berkata...

semoga cepat sembuh ye zaila

zarin berkata...

sabar ye zaila..moga cepat sembuh

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

huhuhu..dugaan dtg dlm pelbagai bentuk..bertabah ka my dear fren...semoga cepat sembuh..huhuhuh

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

kesiannya membaca entry nih..apapun smg cepat2 sembuh hdknya..amin

Hada Masayu berkata...

zai...besar betul dugaan...hope everything is in control..sebagai ibu, sure u can!!!

linahilmin berkata...

jangan sedih2 ye, janji baby sihat & selamat..
moga cepat sembuh!

Unknown berkata...

be strong zaila.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^