Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 22 April 2011

Movie Review : The Blind Side

Bila aje Zaila terlihat iklan cerita ni di channel HBO last week, i said to myself "i must watch this movie!!". Alah, bukan cerita baru pon, dalam sekitar 2009 tapi this movie is based on true story of Michael Oher "Big Mike" (Quinton Aaron) a homeless and traumatized boy who become an All American Football Player with the help of generous lady Leigh Anne Tuohy (Sandra Bullock). source from here.





Awal-awal cerita memang sedih bila ia menceritakan tentang Big Mike yang homeless tapi cukup semangat untuk ke sekolah & minat dengan bola. Memandangkan tubuhnya yang besar telah menarik minat coach Burt untuk memasukkannya ke dalam football team tapi masalah besar apabila Big Mike ni terlalu lemah dalam akademik yang tidak melayakkan dia untuk bermain di dalam team football tu. Sedih sangat bila ada scene tu dia berjalan dalam hujan bawa beg plastik & hanya menumpang tidur di kedai dobi & gym sekolah sebab Big Mike tak suka balik ke rumahnya iaitu somewhere di tempat yang dihuni oleh orang yang bermasalah. In fact, his mom was a drug addict & tak ingat pon siapa ayah Big Mike yang mana satu.





Sedih ok..Awal-awal lagi Zaila dah menitiskan air mata because he reminds me of my cousin. Eh bukan nak cakap cousin Zaila homeless tapi badan cousin Zaila ni lebih kurang Big Mike ah juga & how i miss our childhood. He also quite lembab among his siblings & memang betul-betul teringat kat dia lah. Nowadays ni, Zaila dah jarang sangat berjumpa dengan dia & kalau jumpa pon, there's nothing that we can talk...maklumlah masing-masing dah sibuk dengan urusan keluarga masing-masing kan..



Eh, sambung cerita pasal Big Mike ni. Sampailah dia berjumpa dengan Leigh Anne yang kesian kat dia lalu menumpangkan dia bermalam di rumahnya. Leigh Anne ni seorang kaya & tengoklah gayanya, dengan handbag Gucci, bawa BMW 5 series, owh..cukup bergaya..Tapi yang bagusnya keluarga Leigh Anne ni semuanya baik-baik & sejak Big Mike menumpang di rumahnya, Leigh Anne telah bertekad untuk mengambil Big Mike secara sah & bermula di sini bermacam cara telah digunakan oleh Leigh Anne untuk membantu Big Mike menaikkan CGPA akademik Big Mike.



Secara keseluruhannya, this is a happy ending movie *walaupon a bit sad in the beginning* & agak bosan bila banyak adegan lawan bola amerika ni..Kalau macam kami ni, memang tak faham apa pon pasal game tu;D



Apa yang Zaila nak kongsi adalah tentang ketulusan hati Leigh Anne ni. Walaupun Big Mike ni orang kulit hitam & berasal dari kejiranan yang miskin, tapi itu tidak menjadi halangan untuk membantu Big Mike. Memang pada mulanya kawan-kawan Leigh Anne (yang kaya) ada menyindir tindakannya tapi Leigh Anne dengan tegas telah bertekad yang tiada apa dapat menghalang dia dari terus memberi kasih sayang kepada Big Mike. Alangkah bagusnya kalau semua manusia di dunia ini mempunyai sifat macam Leigh Anne ni kan?? Tidak mengambil kira warna kulit, darjat, harta & paras rupa sebagai ukuran untuk sebuah persahabatan.



Well, Zaila dulu masa kecil-kecil (when i was in primary school to be exact), i always feel that i'm the ugly duck dalam kelas. Seriously because at that time muka Zaila ni tidaklah secerah orang lain (dah nak buat macamana kan..keturunan) & tipikal orang kampung & sesetengah cikgu akan bagi layanan pada awek-awek cun dalam kelas (taraf awek cun orang kampung adalah budak perempuan yang datang haid awal & muka pula cerah & nak-nak kalau mak bapak diorang penjawat kerajaan seperti posmen atau nurse). So kat sekolah Zaila tu adalah seorang cikgu Bahasa Inggeris (lelaki) yang Zaila namakan dia sebagai Sir A..Well, mulut dia ni sangat-sangatlah cabul / suka cakap main lepas aje & ada one thing yang Zaila tak suka kat dia sebab dia ni lebih kurang gatal r juga.



Dulu, mak Zaila pernah bekerja di kantin sekolah Zaila & dia pernah menceritakan balik pada Zaila yang ada seorang cikgu lelaki cakap dekat Zaila sebagai "anak kel*ng mano tu?" when he first saw me at the canteen. Boleh bayang tak macamana perasaan seorang ibu bila mendengar anaknya digelar macam tu?? Maybe at that time dia tak tahu yang mak Zaila ada kat situ tapi itulah..Kalau sekarang nak je cakap kat Sir A ni supaya cakap tu jangan main lepas aje, tengoklah kiri kanan dulu!! Sir A ni juga merupakan jurulatih rumah sukan Zaila & masih ingat lagi yang Zaila tak pergi latihan sukan & then esoknya dia panggil semua orang yang tak datang masuk ke kelas Tahun 6 & you know what?? Dia start cubit di perut masing-masing termasuklah Zaila. Cubit pula bukan dari luar tapi masukkan tangan dalam baju kita. Boleh imagine tak betapa malu (sebab itu kelas jiran Zaila) & masa tu memang murid-murid cukup takutkan cikgu..Kalau sekarang, mahu Zaila buat report yang Sir A ni dah buat "sexual harrasement" dekat pelajar. Betul tak??



Actually banyak sangat perangai Sir A ni yang menyakitkan hati bila dikenang kembali tapi biarlah..semuanya sudah berlalu & Zaila takde simpan perasaan dendam pun cuma kecewa sedikit dengan mentaliti dia yang begitu pentingkan luaran sahaja. Even dia add Zaila dalam facebook pon Zaila accept sebab Zaila nak suruh dia tengok "inilah anak Mok Limah yang suatu masa dulu dia cakap anak kel*ng"..Aaah, sudah cerah sedikit yaaa?? Maklumlah, zaman dulu mana ada duit nak pakai fair & lovely kan;D



Paling tak suka bila everytime balik kampung, kalau pergi ke pasar Ramadhan tu mulalah jumpa makcik-makcik yang keypoh tanya "ngajar kat mana??" Agaknya diorang ingat semua orang kampung tu asal keluar dari kampung je sebab pergi mengajar jadi cikgu;D Tapi it's ok, selamber je Zaila jawab "Dok eh, kito kijo kilang jah" & then boleh tengok muka diorang berubah..Hahaha..Seb baik Zaila dah kahwin, kalau tak..mahu diorang tak buat menantu;D



Ops, melalut sampai ke mana dah Zaila ya..Memula nak buat reiew movie je tapi tak disangka tersingkap memori lalu pula..Sorry yaaa..Takde niat pun nak tuduh mentaliti orang kampung Zaila ni maam tu..tak semua orang berfikiran macam tu..Agaknya orang-oang yang duduk dekat hulu-hulu je kot sebab line internet kan tak sampai kat situ *so how come nak wujudkan email 1Malaysia ni??* so jangan marah ya..cheersssss



*Happy Weekend folks*











3 ulasan:

maya amir berkata...

zaila.. saya ni pun low self esteem kecik2 dulu..bygkan keluarga sendirik aka yg sgt rapat yg patut menjadik pelindung saya pun ckp saya tak lawa..arghh! sedih..mentaliti org kan..yg cantik tu dipandang tinggi!!!!! grrrrr

jane_doe3328 berkata...

haha, zaila samalah. saya pong kalu kelik sure waris or oghe kampung tanya, ngajar mana. huhu

amalina berkata...

naseb baik sy x penah dpt cikgu jht mcm tu

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^