Assalamualaikum semua;) Tiada apa yang menarik pun untuk dikongsi, biaserlah hari-hari yang dilalui dalam berpantang ni tersangatlah membosankan. Seb baik ada Astro, merasalah hari-hari tengok siaran AFC, TLC, HBO, StarWorld, StarMovie, E!..Hehehe..Perasan tak semuanya siaran hiburan aje..Sangat-sangatlah alergik dengan siaran Discovery Channel. Boleh mengantuk dibuatnya!! *patutlah ko tak berilmiah Zaila oi*
Eh bukan nak bercerita pasal siaran TV, later-later cerita ya cuma kali ni nak bagitahu yang abang Amirul Haziq & kakak Nur Ameera Husna dua-dua diserang virus chicken pox..Actually memanglah haritu ada terdengar kawan Amirul kena chicken pox di Genius Aulad tu, lepas tu merebak pula ke taska anak-anak, sampailah hari Jumaat yang lepas en suami mendapat panggilan dari taska suruh ambil Ameera sebab ada bintik-bintik merah di badannya. Masa ni Haziq memang duduk rumah dengan mama aje sebab van uncle Genius Aulad akan ambil Haziq dari rumah & terus ke sekolah. Konon-konon mama nak jimat duitlah kan so berbesar hati offer kat en suami untuk jaga Haziq di rumah. Alah, bukan susah pun sebab Haziq kan dah besar so main suruh *sambil jerit* je apa yang dia perlu buat!! So bila Ameera disahkan kena chicken pox, Zaila terus periksa badan Amirul, confirm kena juga bahkan lagi teruk dari Ameera *yelah kan sebab dia yang pembawa virus*
So jadilah mama si penjaga anak-anak yang sakit..Naseb baiklah baby Ashraf tak kena juga & minta dijauhkanlah kan sebab Ashraf masih kecil lagi..Alhamdulillah hari ni bintik-bintik merah berair dah kurang, cuma tinggal bekasnya aje. Memang penuhlah muka Amirul tu, seb baik muka anak dara kurang, kalau tak..harus kurang duit hantaran nanti *over mama Ameera ni* So far, tak susah jaga 3 orang anak dalam satu masa cuma memandangkan Zaila masih dalam keadaan separuh berpantang so memang rumah bersepahlah jadinya bila "ejen buat sampah" ada di rumah. Pada sesiapa yang nak datang tengok baby Ashraf tu, sila HOLD dulu ya *pesanan khidmat masyarakat* supaya anda semua tak fengsan bila melihat keadaan rumah kami;D
Bercerita tentang baby Ashraf pula, haritu masa JM datang rumah timbang pada hari ke 20, berat Ashraf dah naik 3.2kg dah..Tapi Ashraf ni masih jetlag lagi sebab suka berjaga malam. Agaknya masih bingung dengan perubahan waktu masa berada dalam perut mama & kat dunia sebenar. So nak tak nak, dalam pukul 1 pagi hingga 6 pagi bersiap sedialah Zaila untuk melayan karenah Ashraf ni;) Janganlah berlarutan sampai habis pantang Ashraf ya..Kalau tak, mahu fengsan mama!! Oklah, till we meet again..Haisy, sejak 2 orang budak ni duduk rumah, hari-hari diorang dok layan youtube tengok kartun so macam biasalah Berukbeng Meksis ni dah capai limit dah so tak bolehlah mama dia nak blogwalking, kalau boleh pun, tak boleh nak view gambar..tersangat-sangatlah seksa tau!! So sorry kalau tak dapat meninggalkan komen ke apa..Yang pasti i follow youuuuuuuuuuuuuuuuu..k lah, tata!!
6 ulasan:
semoga cepat sembuh ye
takpe kecit2 kene chic pox..tak nmpk scar tu..kalau dah beso kene tu yg payah.. aramak, rase2 mcm kite lom kene lagik laaa wak..*gulp*
sedikit ngeri kalo kak ain yg kena..dia kaki meragam..huhuhu..apapun smg cepat2 sihat!
semuga cepat sihat..skang musim demam ni kan..hati2
ala siannya...semoga cepat sihat...:)
kak kasih, thanks..nampk mcm dah kering dah sket ni
Maya, ayyokkk tak tahu kalo jangkit..hehehe
Lynn, seb baiklah ank2 zaila xmeragam sgt sebb diorang dah tahu kot, kawan2 diorang dekat nursery ramai yg kena so bila ckp chicken pox diorang tahu xleh garu2
tihara, thanksss..memang kesian nengok diorang ni
lieynanilaz, thanks ya!!
Catat Ulasan