Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Ashraf Hariz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ashraf Hariz. Papar semua catatan

Khamis, 27 Oktober 2016

Ashraf Hariz Naik Haji 2016

Assalamualaikum,

Lagi kenangan yang sudah lepas, tak ingat dah bila tarikhnya tapi ini kisah anak teruna Mekla yang bernama Ashraf Hariz yang "naik haji" pada bulan haji yang lepas. Alhamdulillah, seronok juga melihat perkembangan Ashraf di tadika nya, ada macam-macam aktiviti juga yang dijalankan. Walaupun kena berhabis duit sedikit tapi tak mengapalah, asalkan Ashraf seronok ke sekolah. Tahun depan insya Allah akan teruskan di taska ini juga.

Untuk pergi haji ni kena bayar RM95 dapat sekali kain ihram dan beg haji (memang diorang buat macam betul-betul nak pergi haji). Lokasi pula dibuat di Masjid Negeri Shah Alam tapi aku tak pergi pun sebab susahlah dengan anak-anak yang lain. Kalau tak silap haritu Haziq pula ikut rombongan sekolah ke Farm in the City dan kilang coklat di Bangi. Waktu hantar Ashraf pagi tu hujan renyai-renyai, adus sayu juga sebab tak dapat temankan dia "naik haji". Gambar-gambar ini semua ihsan daripada guru mereka.


Balik dari program memang banyak sangat bercerita pasal aktiviti naik haji ni. Budak sekarang memang bertuah sebab kecil-kecil dah ada pendedahan tentang segala apa yang berlaku mengikut musim. Aku dulu waktu tadika ingat belajar ABC dan main gelongsor di perkarangan tadika je, yang lain-lain tak ingat >____<


Comel je tengok anak-anak perempuan pakai telekung solat, hak lelaki pula pakai kain ihram


Tak ramai pun wakil dari sekolah Ashraf, bagus juga sebab senang cikgu-cikgu nak uruskan


Balik tu Ashraf bawa balik kurma, tasbih dan adalah peket susu kambing Wildan. Masa nak pergi tu aku tinggalkan duit RM1 pada cikgu dia untuk "shopping" di sana. Konon-konon balik haji beli kurma ;)


Masa ni sedang melakukan tawaf, ada mini kaabah kat sini. Comel je


Kalau tak silap aku Ashraf cakap pusing 2 kali je, mungkin sebab ramai-ramai dan kesiankan anak-anak maka tak perlu buat macam haji betul :)


Tengok kat mana tu Ashraf oi? Ashraf ni kalau mengikut gurunya, Ashraf seorang yang pendiam. Hermm, pendiamlah sangat. Kat rumah dia lah hero! Kadang-kadang tak tahan nak melayan dia punya auta dan perangai manja kededek tu


Makan kat sekolah dan rumah memang memilih, kalau lauk warna merah memang dia tak akan sentuhlah. Waktu kecil montel aje sekarang ni kurus cekeding


Tahun depan Ashraf masih bersekolah di tadika ini. Harap-harap yuran tak naiklah kan :P

Oklah, nak keluar ambil Haziq dan Husna di sekolah pula. Entri kali ini takde iklan tapi bagi sesiapa yang mahu letak iklan di blog Mekla boleh Whats App 012-970 6828. Hanya RM10 dikenakan bagi setiap entri. Murah je tu uols, mana nak cari iklan semurah itu tau :)

Selasa, 17 Mac 2015

Selamat Hari Jadi Ashraf Hariz


Assalamualaikum,

Ya Allah, lupa sangat-sangat semalam adalah hari jadi anak ke 3 aku iaitu si bijak Ashraf Hariz. Masya Allah, macamana lah boleh sampai terlupa tarikh bersalin ni? Kakak aku cakap, ini baru 5 orang anak, belum 16 orang lagi..hu hu hu

Mungkin mama sibuk sangat dengan berniaga, dengan kesihatan yang tak menentu dua tiga hari yang lepas diserang cirit birit yang super memenatkan. Bukan aku sahaja, en suami, kemudian berjangkit pula kepada Aini dan Ashraf. Memang dugaan sungguh sebabnya kalau ikutkan plan asal en suami mahu hantar kami sekeluarga pulang bercuti ke kampung kerana en suami akan ke Abu Dhabi untuk urusan kerja. Sesungguhnya Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat kami, kerana keadaan kesihatan yang tak mengizinkan, terpaksa batalkan percutian ke kampung :(

Semalam dah petang baru teringat yang semalam tarikh 16 Mac iaitu hari Ashraf Hariz diinduce dan dilahirkan. Rasanya beranakkan Ashraf Harizlah yang paling menyakitkan di antara 5 anak ni kerana salah satu sebabnya telah diinduce (paksa dengan ubat) dan sakitnya dari tengahari sampai ke petang. Alhamdulillah, dari berat 2.3kg sekarang dah membesar bagai juara. Juara bercakap, juara memberikan alasan, juara bergaduh, juara menyakat, juara macam-macam lah! Mama doakan semoga anak mama yang bernama Ashraf Hariz ini menjadi anak yang soleh kebanggaan mama & papa satu hari nanti. Insya Allah

Kami memang tak sambut mana dah majlis harijadi, kalau dulu masa anak seorang dua rajinlah juga nak membuat majlisnya tapi sekarang ini tahap kemalasan mama ini semakin menggunung. Cukuplah dengan mendoakan sahaja keberkatan hidup anak-anak. Semoga mereka lebih menghargai kehidupan setiap hari dan bukannya nak tunggu harijadi baru nak bagi ucapan (cewah! pandai mama bagi alasan ya).

Sekarang ini jarang sangat ambil gambar anak-anak. Ya Allah, bila difikir-fikirkan sayang juga sebab mereka membesar dengan cepat. Tengok-tengok dah nak sampai paras mama dah! Insya Allah semoga lepas ini mama akan lebih rajin lagi menempek dan berceritakan tentang kisah anak-anak syurga mama ini. Jom layan gambar ulangan Ashraf Hariz.





Mama sayang kamu Ashraf Hariz, kena rajin baca buku dan jangan "ganas" sangat tau!

Isnin, 24 Jun 2013

Kisah Anak-Anak & Mak Anak!

Assalamualaikum,

Lama tak update kisah anak-anak di blog ini, selalu dok cerita pasal bisnes aje..Konpem orang muak juga kan? so sesekali meh aku selit muka si comel Ashraf panjang akal ni;-


Hari Sabtu lepas ikut papa gunting rambut. Hasilnya seperti dalam gambar di atas (itupun setelah berperang dengan tukang hunting) HAHA Anak mama yang ni paling agresif tapi rupanya kalah juga dengan si penggunting rambut:P

Makin lasaklah sekarang ni, henset aku memang pantang nampak sibuklah dia nak main, kalau dulu dok main fruit ninja sekarang ni aku dah uninstall dah semua game tapi tetap dia akan ambil buka cari lagu @____@ Nampak gaya lepas ni mama kena upload banyak-banyak surah-surah pendek kasi Ashraf dengar & hafal ya dok? hihi


persediaan menyambut puasa :) HAHA jangan mareeee..ni masih belum dibuka, tunggu nak buat nasi kerabu buat lauk makan dengan nasi kerabu..perghh terangkatlah nanti!! Pada yang tak tahu, inilah yang dinamakan bawang jeruk (bawang putih) atau mat salleh panggil seasoning pickled garlic..sedap digandingkan dengan nasi kerabu *adusss kecur ailio* Aku beli ni masa ke Tak Bai haritu (boleh baca entri ini : Jalan-Jalan Ke Tak Bai, Thailand)


Ceri segar dari Turkmenistan yang en suami belikan:) Harap-harap janganler ada ibu mengandung yang terliur..hihi jenuh ai nak menghantarnya!


Kekacang juga dari Turkmenistan. Semua kekacang ada; walnut, gajus, pecan, kismis, lagi apa lagi? cer teka cer teka!


Last sekali buat yang merindui penulis blog si demok bam bam! Terima daku seadanya..HAHAHA Gambar ketika makan di Sri Serdang Sabtu yang lepas..Alhamdulillah Allah berikan nikmat untuk sentiasa bersama anak-anak. Kalau hari bekerja duduk rumah sahaja tapi kalau hari Sabtu Ahad memang tak lekat di rumah. Merata-rata kami keluar untuk hantar sampel kerepek. Anak-anak memang akan aku bawa bersama, walau macamana susah nak jaga/kawal mereka biar mereka tengok juga betapa susah mama & papa mencari duit sampingan untuk memberikan kesenangan untuk mereka:)

Buat yang berminat untuk menjadi ejen jualan kerepek & biskut raya aku, boleh email kepada zailamohamad@yahoo.com atau sms/whatsapp di 012-3228651 untuk pertanyaan. Jom sama-sama cari duit lebih untuk duit minyak balik kampung raya nanti:)

Buat yang ingin memulakan langkah awal bekerja dari rumah, boleh PM aku untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Jom sertai Akademi Bekerja Di Rumah yang diasaskan oleh Pn Masayu Ahmad penulis buku Jana RM Dari Rumah:)

Rabu, 12 Jun 2013

Kisah Mendebarkan Semasa Shopping Di Jusco


gambar hiasan budak debab suka main bedak!

Assalamualaikum,

Ahad yang lepas kami ke Jusco Bukit Tinggi, Klang. Biaserlah tempat lepak kesukaan kami:) Dekat & tak ramai manusia:P

Cadangnya nak pergi beli beg untuk en suami yang akan travel tu. Nak beli beg yang lebih besar, senang sikit nak sumbat hasil shopping bawa baju & kasut sekali dalam beg tu. Kami ni kalau pergi shopping kompem kena bawa budak-budak ni semua. Memang selalu pun macam tu, tapi takde pilihan dah sebab mana nak tinggalkan anak-anak kan? Lainlah kalau ada bibik, dah lama dah mama tak bawa! Buat pening kepala aje nak melayan karenah anak-anak tu!

Budak-budak ni kalau di pasaraya memangler terlampau aktif. Terutamanya Hazi, Husna & Ashraf! Diorang main kejar-kejarlah, tolak stroller adik Azzamlah, jeritlah..Aduihhhhh memang stress dibuatnya! Nak-nak si Ashraf tu yang suka sangat berlari sebab nak suruh orang kejar dia. Selalunya Haziq & Husna kalau aku marah kompem diorang senyap tapi si Ashraf ni manalah nak dengar sebab masih kecil tak tahu apa..Selalunya aku akan pesan supaya Haziq tengokkan Ashraf, Husna pula jaga Azzam sementara aku tolong en suami pilih-pilihkan barang.

Nak dijadikan cerita sekejap aje aku toleh (budak-budak ni ada di belakang aku), tengok-tengok Ashraf dah takde! Ah sudah..manalah Ashraf ni lari..Panik jugalah sebab masa tu memang kelam kabut, dengan Azzam nangis tak nak duduk dalam strollernya..En suami pergi tengok kot-kot ada celah-celah rak baju tu, takde! Aku pesan dekat Haziq & Husna supaya duduk kat tempat tu jaga baby Azzam sambil-sambil aku pun cari..Ya Allah! Memang panik giler masa tu sebab sudahlah tempat tu luas, banyak barang, dekat escalator pula tu..Tak tahu nak cakap apa, tapi aku tak nangis lagi..rilek dulu walau dalam hati hanya Allah yang tahu.

Aku baca surah An-Nas (tak tahulah kenapa tapi orang cakap tak nak bagi sesat), itu aje yang terlintas dalam kepala. Nampak en suami mudar mandir cari Ashraf. Aku tanya dengan budak-budak penjual kat situ ada nampak tak budak pakai baju kotak-kotak? Diorang cakap takde..Aduiii sedih masa ni tapi aku tak nak nangis lagi..Cuba lagi cari jauh sikit tapi tak jumpa juga..

Lepas tu aku nampak en suami sedang marah Haziq. Pastu nampak kelibat Ashraf, terus aku ambil dukung mamat tu..Malas nak cakap apa dah, kesian juga dengan Haziq selalu kena marah kalau adik dia buat salah..Sabarlah Haziq yaa, jadi abang sulung memang macam ni..kena selalu jaga adik-adik tu. Aku & en suami senyap sahaja sebab masing-masing terkejut & aku sampaikan migrain tiba-tiba; agaknya mungkin masa tu terlampau panik sampai tak boleh nak fikir apa dah;(

Lepas bayar semua barangan, kami g makan..Barulah ada kekuatan nak bertanya mana en suami jumpa Ashraf. Rupa-rupanya Ashraf di bawah pemerhatian Pak Guard yang jaga kat tingkat tu (selalunya di depan lif ada pak guard) & yang si Ashraf ni pula dok fire pak guard sebab pak guard ni suruh dia pergi cari mama & papa. Boleh bayangkan macamana Ashraf fire orang (imagine Ultraman fire raksasa) tu..HAHAHA

Apa-apa pun syukur Alhamdulillah tiada apa yang buruk berlaku. Salah aku juga sebab sepatutnya awal-awal lagi aku patut ambil troli & masukkan dia dalam tu. Ashraf ni memang seorang budak yang aktif, memang tak reti duduk diam & tak takut dengan orang..huhu Untuk pengetahuan semua, ini kali kedua anak aku hilang dari pandangan di pasaraya. Kali pertama si Husna hilang masa di bahagian barang dapur. Alhamdulillah pak guard juga yang jumpa..

Kalau ada anak kecil & ramai (lebih dari 3) memang macam ni; nak harapkan si abang jaga adik mana boleh sebab si abang pun masih tak tahu mana yang baik mana yang buruk T____T"

Kesimpulannya, memang kami ni kena selalu berhati-hati setiapkali keluar shopping. Nak jaga anak-anak lagi, nak jaga beg duit lagi, nak jaga barang yang dibeli lagi, nak jaga laki lagi, eh! silap..hehe Sebab itulah takde mood nak keluar pergi tempat besar-besar & high class, buat penat badan sajork! Tunggu ajelah anak-anak ni dah besar & pandai jaga diri tapi masa tu harap-harapnya kami berdua ni masih ada lagi kekuatan nak jalan tawaf pasaraya tu..hihi

Oklah, buat semua..sila berhati-hati di pasaraya. Kalau boleh letak anak dalam stroller & kalau tak cukup ambil je troli pasaraya demi keselamatan mereka:)

Bye!

Jumaat, 17 Mei 2013

Tips Menangani Anak Hyperaktif


Assalamualaikum,

Gambar di atas adalah gelang jed yang en suami belikan untuk aku semasa outstation ke Myanmar tempohari  pecah 4 gara-gara Ashraf baling..huhuhu Nasib baik tak kena TV, kalau tak berganda-ganda sedih hati mama dia ni -_____-"

Ya beginilah Ashraf Hariz, super hero super lasak dalam famili. Setiap masa ada sahaja benda yang dia buat; skrin henset aku retak gara-gara dia, pinggan hiasan aku pecah gara-gara dia, wallpaper rumah koyak gara-gara dia, bawang di dapur hilang gara-gara dia..Apa lagi yang dia tak buat? Punggah kasut masuk dalam rumah, sembur air dari dalam toilet ke dapur aku, sepah baju, sepah pampers, conteng dinding & the list goes on..

Kalau dulu sepanjang hari anak-anak hanya berada di nurseri sahaja tapi sekarang ni sejak tak bekerja, baru aku dapat nampak potensi sebenar anak-anak aku..huhu sungguh cilik & licik! Tapi aku tak nak katakan si Ashraf ni sebagai hyperaktif, cuma biaserlah dia memang seorang budak yang aktif. Kalau di luar rumah, memang tak pernah berhenti berlari & melompat. Alhamdulillah sepanjang di bawah jagaan aku, tak pernahs ekali pon jatuh demam kecuali minggu ni tewas juga dengan virus selsema setelah balik dari bercuti dari Morib tempohari. Tapi dalam pada demam tu, masih lagi aktif..Ashraf Ashraf..

Di sini aku nak kongsikan 10 tips menangani anak hyperaktif yang aku ambil dari blog Rahsia Anak Pintar


10 tips menangani anak hiperaktif:
1. Disiplinkan anak hiperaktif dari awal dan jangan terlalu mengikuti kecenderungan mereka supaya sikap hiperaktif mereka tersebut tidak terarah kepada perkara yang negatif.
2. Sentiasa berwaspada dalam mengawasi anak-anak hiperaktif kerana ada kalanya tindakan mereka boleh membahayakan. Segera menegur dan menasihati anak hiperaktif sekiranya apa yang mereka lakukan bakal mendatangkan akibat buruk.
3. Meluangkan lebih banyak masa untuk berkomunikasi dengan mereka. Jangan sekali-kali menampakkan kebencian kita terhadap mereka walaupun sikap dan tingkahlaku mereka tersebut kadang-kala memalukan serta mencetuskan perasaan marah (bengang!!)
4. Bersabar dan tidak bertindak memukul dan memalukan mereka sekiranya melakukan kesalahan atau melanggar peraturan yang kita tetapkan. Sebaliknya cuba memberi nasihat secara rasional (….kena banyak sabaaar…).
5. Tukar perkataan “jangan” kepada ayat yang lebih mendorong mereka mengikut arahan; Contohnya apabila mereka berlari-lari di dalam rumah, biasanya ibu bapa akan menjerit “Jangan lari!!!”, cuba tukarkan kepada perkataan “Farid, boleh tak berjalan, kalau lari nanti jatuh”. Dia akan ikut kejap, pastu lari lagi… tak pe, jangan jemu memberi teguran!!
6. Jangan mengungkap kata-kata negatif seperti “kenapa la kamu ni nakal sangat”, bodoh atau seumpamanya kepada anak hiperaktif kerana kata-kata ibu bapa merupakan doa kepada mereka. (cepat-cepat ambil wuduk kalau naik marah..)
7. Pelbagaikan aktiviti bagi mengelak kebosanan. Ibu bapa perlu kreatif untuk menyediakan aktiviti atau memberi tugas mudah bagi menyibukkan mereka di dalam aktiviti yang bermanfaat. Contoh pelihara ikan, tanam bunga dan seumpamanya.
8. Cari kelebihan dalam diri mereka dan garap ke arah yang betul. Contohnya jika mereka bijak menghafal dialog di dalam tv, ajak mereka menghafal ayat-ayat pendek di dalam Al-Quran. Hafal ikut gaya iklan kegemaran atau ikut rentak nasyid (untuk permulaan hafalan).
9. Usaha berterusan mendidik anak hiperaktif hendaklah dilakukan tanpa jemu walaupun ianya lebih sukar dan mencabar berbanding kanak-kanak lain. jangan ‘give up’ walaupun terpaksa bercakap perkara yang sama kepada mereka
10. Dapatkan nasihat dan rawatan pakar sekiranya tahap hiperaktif anak kita membimbangkan.
Dalam point-point di atas, memang betul Ashraf ni aku tengok kita tak boleh cakap "Jangan" Memang pantang sangat-sangat sebab lagi kita larang lagi dia nak buat...huhu So kalau dia nak lari tu aku kena ikut sahaja sampailah dia berhenti. Tapi ada masa aku naik panik juga sebab bimbang dia akan buat perkara yang tak elok contohnya haritu masa di Impian Morib tu ada kolam ikan, issyyy risau sangat kalau dia lari terjun kolam sebab nak tangkap fissshhhhhhhhhhhh..Fuuuuhhhhhh *lap peloh*
Apa-apa pon, aku bersyukur sebab dapat lihat dia membesar depan mata hari-hari. Tipulah kalau tak marah tapi biaserlah dalam hidup sesekali kena marah juga kan. Marah kan tanda sayang:)
Oklah bye..Azzam dah nangis dah tu

Jumaat, 26 April 2013

Anak Oh Anak (Lagi)

Assalamualaikum,

Sambungan tentang perangai anak lagi, hihihi nak kena buat sambungan sebab setiap anak aku ada perangai masing-masing. Nak-nak superhero sorang ni yang bernama Ashraf Hariz! Rasanya dia yang paling bertuah sebab tak payah menghabiskan masa membesar di nurseri. Haziq & Husna membesar di nurseri bertahun-tahun juga sampaikan sekarang pon masih rindukan kawan-kawan nurserinya:) Tapi Ashraf ni, sempat duduk tak sampai 2 tahun pon sebab aku dah berhenti kerja untuk menjadi bibik sepenuh masa:P

Memang mencabar sangat membesarkan Ashraf Hariz ni. Kalau dulu Haziq & Husna banyak masa diorang di nurseri so bila balik rumah dah malam tak sempat nak buat apa-apa dah kan? Haaa yang sorang ni pagi petang siang malam ada kat rumah, macam-macamler akal dia untuk bikin aku sakit kepala >-----<

Yang pertama sekali suka conteng dinding! Pantang dapat pensel habis dia conteng, bukan setakat dinding atas lantai, kabinet baju, kabinet TV semua dia conteng! Kalau kat ruang tamu rajinlah jugak aku lap balik dengan kain basah tapi kalau sepanjang tangga naik ke atas, tak koser mak! Nanti panggil acik cleaner jelah suruh bersihkan (harap-harap acik cleaner pon tak serik datang cuci rumah aku)


Muka tak bersalah!

Keduanya suka sepahkan barang-barang kat dapur. Kalau bawang putih tu habis dia leraikan & bawa sana sini. Jumpa bawang segenap tempat ada; bawah kerusi, celah kabinet TV, dalam almari baju, sampai dalam bilik tidur aku pon ada juga..Yang bagusnya siap berkupas dah, senang kerja mama ko nak masak cari je bawang sana sini yang dah kupas tu:P Selain tu, bekas-bekas dalam kabinet pon pantang terbuka konpem dia akan main..

Ketiganya suka kacau adik tidur atau adik yang sedang duduk dalam keadaan baik (baik beerti tidak manangis melaung macam nak terkeluar anak tekak)..Yang ni paling geram sekali, dia sukalah p curi puting (pacifier) adik dia & bila aku marah, mencecet-cecet lari menyorok. Saje je memang niat dia nak bagi aku marah pon..suka sangat nyakat aku, kalau aku tengah nyusukan adik (sambil baring ke sambil duduk ke) saje je p panjat belakang / naik atas aku..sabar jelah Seraf sorang ni

Paling best bila dia bercakap. Al maklumler dalam usia dia sekarang ni tengah belajar nak bercakap & kalau cakap pon masih pelat lagi. Ada juga perkataan yang kami tak faham tapi layankan aje..Rata-rata sekarang ni orang dok share video dalam KeeK tapi aku ni malas nak upload sebabnya tak reti..HAHA Kalau tak boleh je share kat sini apa yang Ashraf suka buat..


Selalu menjadi mangsa kakak dia

Ok beralih kepada si bongsu Azzam Haneef pula. Takde benda lain yang boleh diceritakan selain dari menangis tidur menangis tidur..tu je yang Azzam reti buat masa sekarang ni..Tapi kalau masa mood dia baik, nakler juga layan menyembang dengan aku (of courselah dalam bahasa dia) pastu selebihnya menangis, bila pegang/ambil dukung boleh pula senyap & duduk diam..huhu

Hobi sekarang adalah menghisap jari/penumbuk. Janganlah kacau kalau tak bergegar satu rumah dengan tangisan dia..HAHAHA


 nyam nyam sedapnya jari saya

Sejak menjadi bibik sepenuh masa ni tak pernah pula terlintas dalam hati untuk sambung bekerja balik. Tapi mana tahu satu hari nanti bila anak-anak dah besar tetiba gatal nak kerja balik ke (ada ke kompeni nak ambil orang tua bekerja?HAHAHA) takpon aku boleh concentrate dalam online biz aku ke, buat masa sekarang ni, anak-anak aku adalah dunia aku. Terima kasih pada en suami yang memberikan sepenuh kepercayaan & kasih sayang buat kami semua:) 

Oklah, happy weekend guys!

Sabtu, 16 Mac 2013

Happy 2nd Birthday Ashraf Hariz!!

Assalamualaikum,

Hari ni 16/3, genaplah umur Ashraf Hariz 2 tahun..Alhamdulillah, Ashraf memang membesar bagaikan juara..perghh memang panjang akal anak mama yang ni; dialah si pengkoyak wall paper mama, dia lah sipengutis cat dekat tangga, dia lah sipenconteng dinding, dia lah sipencetus huru-hara dalam rumah ni T___T"

Tapi tak kisahlah, janji Ashraf membesar dengan sihat & jadilah anak yang soleh & kebanggaan keluarga satu hari nanti. Mama sentiasa doakan kamu duhai anak:)

Well since papa pon tak balik lagi, hari ni kita sambut birthday dengan layan Domino's Pizza jelah ya, nanti papa balik kita paw makan sedap-sedap ok:))



We love you Ashraf Hariz..muah muah!!


Rabu, 27 Februari 2013

Biarkan Anak-Anak Bermain

Assalamualaikum,

Selalunya orang cakap anak ketiga ni perangai dia lain dari anak yang lain. Macam special sikit. Entah betul entah tidak tapi bagi aku; Ashraf memang truly special sejak dari awal kelahiran dia lagi. Dari kes yang uri bermasalah sampailah masa berpantangkan dia aku kena chicken pox! Alhamdulillah, tak padan dengan keluar berat 2.3kg, sekarang sudah membesar dah cecah 11kg dah!! Sungguh panjang akal & mulut boleh tahan juga..Memang berjaya buat mama dia hari-hari stress dengan karenah dia!

Tapi macam biasalah semua anak pon aku sayang cuma nak bagitahu Ashraf ni special sket. Dalam adik beradik, dialah yang paling exxxxxxtraaaaaordinary lasak, extra berani, extra cerah, extra active!! Macam-macamlah yang dia buat sampai kadang-kadang boleh buat aku ni lemah jantung tau!!



Macam gambar kat atas ni, masuk dalam bakul..dia imagine ini kereta (kot) pastu macam biasalah kalau tak boleh keluar mesti jerit "toyom..toyom.." mama buat tak tahu je, malas nak layan:P


Yang ni buat tarian separuh bogel di atas meja makan..panjat memanjat memang pakar..tapi bab turun memang failed!!


Yang ni kalau terjumpa bedak, habis sebotol dia akan tuang atas lantai..actually bukan dia sorang perangai macam ni, abang & kakak dia dulu pon sama juga..kesudahan mama kena sorokkan tinggi-tinggi botol bedak sampaikan adik baby Azzam pon dah tak berbedak dah sekarang ni T___T"


Yang ni pula kalau ke dapur, habis bawang-bawang aku dia akan kupas..Tang ni bagus juga sebab senang kerja mama tak payah nak kupas bawang kalau nak masak tapi yang tak bagusnya dia akan main bawang tu, dia buat bawang tu macam bola, baling sana sepak sini..samapi ke luar rumah di balingnya bawang ni T___T"

Hampir setiap harilah ada aje aksi stunt Ashraf buat, tapi yang paling best sekali adalah aksi masuk dalam sangkar kucing & terbaru cara makan macam kucing @___@ Well, anak-anak aku memang sukakan kucing & haritu adalah kucing sesat menumpang kasih kat rumah ni, memang teruk kucing tu dikerjakan Ashraf tapi tetap juga nak duduk kat rumah ini. Sekarang ni kalau makan keropok, Ashraf akan letak atas lantai & pura-pura dia adalah kucing..huhuhu Pernah sekali di rumah Ayah Long, dia nak makan makanan kucing..aiyayayayayaaaaa

Tapi nak buat macamana kan, tahap dia sekarang ni tahap tak tahu apa. Kalau iklan susu pula akan cakap "biarkan sel-sel otak bersambung" hehehe so redho jelah dapat anak melasak. Yang penting dia sentiasa aktif & janganlah sakit. Pernah haritu dia demam, kita pula yang sedih bila dia tak bermaya & kurang bercakap. Sungguh kesian tau..sangat-sangat berbeza bila dia sihat so biarlah dia lasak tahap mama sakit jantung pon, janji Ashraf membesar dengan sihat & aktif!!

Buat masa sekarang Ashraf minum susu Friso langkah 3. Tak tahulah disebabkan minum susu ini yang membuatkan dia begitu aktif. Owh! feveret TV show sekarang dah bertukar dari Ultraman ke Ryukendo, biasalah gara-gara pengaruh abang & kakak dia lah ni. Sekarang ni susah sangat nak bagi dia makan sebab selalunya dia nak makan sendiri, kalau suap pon paling banyak makan pon 3,4 mulut sahaja..Selebihnya banyak bergantung kepada susu & air.

Oklah, banyak pula update tentang Ashraf ya..biaserlah sebab dia peneman setia aku sekarang. Awal pagi abang & kakak dah ke sekolah so cuma tinggal dia & baby Azzam jelah. Kalau baby tengah menyusu badan, dia pon mulalah panjang akal akan buat apa yang mama tak bagi..saje je nak bagi mama geram tau!!

Ashraf..Ashraf..

Rabu, 13 Februari 2013

Kisah Seorang Surirumah Anak 4 Yang Terdesak


Assalamualaikum,

Tajuk macam ape je kan? Terdesak nak apa tu?? HAHAHA Ok! Seriously i need a vacation. Penat weh jadi SAHM kepada 4 orang anak ni..Nak-nak bila ada anak yang tengah melasak tak tahu apa. Yang dia tahu nak melompat-lompat aje, lapar minta susu, mengantuk tidur..Senang kan jadi budak..Tak payah nak fikirkan masalah kewangan, masalah rumahtangga..Happy je 24/7:)

Eh bukan nak mengeluh..saje nak berkongsi cerita on how is my life today..Masih lagi tunggang terbalik tak dapat kembali ke trek asal..Al maklumlah kehidupan sudah berubah jika nak dibandingkan dengan sebelum bersalin haritu. Dulu takde baby yang perlukan perhatian, Ashraf pon is one happy boy sebelum ada baby dulu, sekarang ni bukan tak happy tapi penuh dengan tantrum #sindromdengkinganadik & kalau tahun lepas Haziq & Husna pon tak sekolah lagi..Kebetulan aku bersalin pada minggu awal persekolahan..manalah tak rasa serabut..dalam pantang nak jaga baby, nak uruskan anak-anak sekolah lagi & nak layan karenah Ashraf lagi..Mujurlah en suami banyak membantu..kalau takde en suami, aku tak tahulah apa yang akan jadi @___@

Baby Azzam Haneef pon extraordinary sket..Dalam ramai-ramai anak aku, takde lagi yang pernah buat aku jadi burung hantu. Baby Azzam Haneef ni hampir tiap-tiap malam berjaga & menangis. Tak tahulah kenapa, susu dah bagi, ubat dah sapu pon still nangis juga. Kalau jaga tak ambil & peluk dia konpem melalak..haisyy..Kalau hari cuti bolehlah bergilir dengan en suami, tapi kalau hari kerja memang haru juga..huhuhu Susah juga nak membesarkan anak ni..Bila dah ada anak sendiri baru tahu betapa besarnya pengorbanan mak ayah kita dulu..Tak kisahlah kita ni menyusukan sendiri ke bagi susu formula ke..tetap kena berjaga malam juga kan??

Kalau tengok gambar kat atas mesti korang dah boleh agak kan Ashraf ni macamana..HAHAHA memang tahap menguji kesabaran aku..Takde dah nak larang guna volume rendah-rendah, terus naik high pitch terus..Al maklumler..pantang terleka ada aje benda yang Ashraf buat..kuss semangat!! Ditambah lagi kalau abang Haziq & kakak Husna ada, lagilah menjadi-jadi..Pening kepala dibuatnya tahu!


Ni gambar haritu masa Ashraf tengah main dengan kucing..Mula-mula dia nak masukkan kucing dalam sangkar tapi entah macamana dia pula yang masuk sekali dalam sangkar..Pastu mulalah dok jerit-jerit "toyoom" "toyooom" sebab tak reti nak keluar. En suami sempat rakam video masa dia dok dalam sangkar tu tapi tak reti pula aku nak share kat sini..

Ashraf..Ashraf...

Oklah..bye!

Khamis, 8 November 2012

Misi Hari Ini ~ Diari Seorang WAHM, SAHM, SOHO

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, walaupun permulaan minggu agak suram, tapi sempat juga back on track hari ini..Semalam en suami ke Vietnam atas urusan kerja & Insya Allah hari ni akan balik..So misi utama aku hari ini adalah menyelesaikan segala tugasan yang tertangguh

Misi pertama : melipat kain yang semakin hari semakin tinggi timbunannya, kebanyakan adalah pakaian anak-anak. Macam nilah kalau beranak ramai; sehari bukan sehelai dua pakaian yang dipakai, malah berpuluh-puluh helai T___T



Misi kedua : menyediakan makanan tengahari iaitu sup tulang..hihi Kat rumah ni takde pressure cooker so kenalah reneh lama-lama supaya tulang & daging tu empuksss..nanti takdelah susah sangat nak makan nanti.


Masak sup tulang senang je, main campak-campak rempah ratus pastu reneh..lagi lama lagi sedap sebab semua air daging keluar memberikan rasa!

Gara-gara budak comel ni demam semalam semua kerja tertunggak..even dapur pon tak berasap..Pagi-pagi lagi dah keluar ke klinik berdekatan rumah untuk dapatkan ubat..


Alhamdulillah hari ni dah kembali ceria..Selalu tak sihat di kala papa dia outstation, hari ni dah tahu papa dia nak balik, dan-dan tu sihat:)

Oklah, aku nak selesaikan misi-misi aku di atas. Sambil-sambil buat kerja rumah #yangtakpernahhabistu sambil-sambil buat promosi barangan yang aku jual. Alhamdulillah ada banyak tempahan hari ini; 40pcs set stationery Angry Bird, cuka epal 4 botol & tak lupa juga keropok segera yang laris macam pisang goreng panas tu:) Walaupon untung tak banyak, tapi cukup kalau konsisten masuk setiap minggu..Sikit-sikit lama-lama jadi bukit..

Jangan lupa like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

Rabu, 7 November 2012

Peristiwa Mendebarkan Semasa Di Kampung!

Assalamualaikum,

Bercerita tentang kejadian mendebarkan pada malam terakhir kami di kampung tempoh hari..Masa tu aku & en suami sudah terlelap di dalam bilik, anak-anak pula sibuk bermain buat hal masing-masing..Haziq dengan game nya, Husna sibuk temankan nenek "Mok" membungkus ketupat & Ashraf tak tahulah buat apa..Memang rumah MIL sunyi je malam tu sebab ramai yang dah balik ke KL..Tiba-tiba aku dengar si Ashraf menangis..suruh en suami keluar jenguk, rupa-rupanya habis satu badan dia berlumuran air sabun yang buat tiup belon tu..Menangis-nangis dia dok gosok mata..Pedih agaknya tu..Terus en suami mandikan dia & aku suruhlah masuk bilik tidur.

Aku pon terlelap balik & en suami pon terlelap di ruang tamu..Biaserlah kami ni, asal balik kampung makan tak hengat dunia pastu mulalah mata takleh nak buka sebab mengantuk:P Ingatkan anak-anak pakat tidur tapi rupanya tidak..Kali kedua aku tersedar bila dengar Ashraf menangis lagi..Ah sudah! gapolah fulak kerjaan si bongsu ni..Pastu aku keluar dari bilik nampak en suami kelam kabut selamatkan Ashraf..Aku yang dok tengah mamai-mamai tu pon kelam kabut juga tapi tak tahu nak buat apa@___@

Rupanya si Ashraf ni buat kerjaan nak tengok ikan-ikan yang Pok Teh dia bela..Masa tu dia tarik kerusi & panjatlah atas kerusi tu tapi malang tak berbau kaki kerusi tu patah & dia jatuh lepas tu bucu kerusi terhantuk dekat akuarium, memancutlah air keluar membasahi muka Ashraf tu..Nasib baiklah SIL aku cepat ambil baldi so terselamat juga ruang tamu dari banjir..Kusss semangat ahkak tau..


Inilah rupa akuarium yang pecah tu..Nasib baiklah ikan-ikan sempat diselamatkan..Sebenarnya kecil je bahagian yang pecah tu tapi of courselah tak boleh diselamatkan lagi..Ashraf..Ashraf..gara-gara kejadian ini, Pok Teh cakap tak nak ganti dah..kena tunggu anak-anak buah besar semua baru boleh nak sambung balik hobi memelihara ni..Al maklumlah anak-anak buah Pok Teh semuanya lasak-lasak tak kira lelaki atau perempuan T___T"

Muka budak yang tak bersalah..geram je tengoknya:-


Nasib baiklah Ashraf tak luka tapi kaki en suami pula yang luka tertusuk kaca..Esoknya memang kami tak sempat nak kemas sebab dah nak bertolak balik ke Shah Alam..Buat MIL & Pok Teh sekeluarga, mohon maaf andai menyusahkan..First time anak aku cipta sejarah rosakkan barang di kampung..hero sungguh kamu ni Ashraf Hariz!!!

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

Jumaat, 12 Oktober 2012

Perkembangan Ashraf Hariz & Tempahan Keropok

Assalamu'alaikum & salam hari Jumaat:)

Lamanya tak bercerita tentang anak bongsu yang tak lama lagi dah tak bongsu, si Ashraf Hariz:) Alhamdulillah dah setahun setengah sudah..Haritu masa bawa jumpa doktor terkejut doktor sebab tengok mama dia yang memboyot lagi..Nasib doktor faham, ni mesti kes tak merancang ni:P

Apa-apa pon, Ashraf sekarang tengah membesar dengan sihat sekali..Antara perkembangan terbaru Ashraf adalah :

- Sudah pandai berjalan, berlari (lupa bila dia boleh master dalam berjalan) cuma yang tahunya kalau ke pasaraya / mana-mana memang jenuhlah nak kejar dia..Pantang terlepas, konpem nak lari..bukan reti takut dia ni..mama & papa pula takut dia kena langgar dengan orang:P

- Monster kecik dalam rumah ni..boleh tahan juga membuli abang & kakak dia..Suka tarik rambut abang Haziq & kakak Husna..Tangan pon boleh tahan juga, habis pecah pinggan hiasan mama dikerjakan dia T___T

- Mulut boleh tahan juga, dah pandai sebut "mama" kadang-kadang je sebut "papa" then kalau nak makan apa-apa mesti dia sebut "nak ubaaakk" semua dia belasah ubat..Nasib baik senang makan ubat kalau demam:) Kalau nak susu dia cakap "nak tuutuuu" pastu suka ajuk apa orang cakap (perkataan belakang je yang boleh faham)

- Gigi masih ada 4 batang atas, 2 batang bawah & geraham pon dah ada..kalau demam tibe-tibe tu tahulah nak tumbuh gigi, mulalah mengada sampai mama xlarat nak layan dah..Kadang-kadang suka menggigit juga..

- Suka sangat dekat Ultraman Max, ni pengaruh abang Haziqlah ni..sampaikan kami panggil dia Ultraman Max..pastu mulalah buat aksi-aksi ultraman & bunyi nenong-nenong konon-konon tenaga dah lemah..Memang lucu bila tengok dia beraksi sorang-sorang:)

- Sebulan duduk dengan mama memang lepas tu tak nak dah pergi burseri, haritu sebelum raya aku bawa jumpa bekas pengasuh kesayangan dia tapi meronta-ronta tak nak dah duduk sana..Husna & Haziq je yang sibuk ajak pergi taska balik sebab nak bermain dengan kawan-kawan lama..Tak dapat bayangkan bila aku dah bersalin & pantang nanti, camnelah ragam Ashraf..

- Memang seronok layan dia tapi kadang-kadang tak tahan juga dengan perangainya..Pantang dapat pen nak conteng dinding, nasib baik boleh lap kalau tak, mama nak bertukar jadi rakseksa:P Rumah ni jangan haraplah kekal kemas sebab tak sampai 5 minit dia akan sepah balik, baju yang berlipat kalau lambat simpan habis dia punggah..Mama dia memang temperature naik sokmo:P

Layan gambar monster kecik jap:


Eh ni bukan Ashraf, tapi ni gambar Haziq & Husna..masa ni Haziq suap Husna makan


ni monster kecik dalam rumah ni..kalau ada 2 orang monster kecik..mama dia boleh pengsan!!


ni gambar Husna suap Ashraf..boleh diharap dah kakak ni..tapi tengok mood juga..selalunya lebih kepada nak bergaduh je dengan adik..haha


kalau bagi Ashraf makan sendiri inilah hasilnya..comot satu badan & bersepah satu rumah..kalau tak masakan aku bagi gelaran ejen semut:P


pembuli kakak & abang..tapi tak juga sebab kakak dia suka adik panjat duduk atas dia..Ashraf panggil "bek" kalau sebut "bek" terus dia naik duduk atas perut kakak dia T__T

Tahun depan bulan 1 Insya Allah dah jadi abang chik..tak tahulah macamana nanti ragam & perangai dia tapi aku harap semuanya terkawal:)

Iklan sat..


Sekarang ni aku mengambil tempahan untuk keropok..tak kiralah keropok segera, keropok sira, keropok belum digoreng (macam gambar di atas). Boleh PM atau hubungi aku untuk bertanyakan harga sebelum 25/10/2012..Pada yang berada di luar Selangor termasuk Sabah & Sarawak aku boleh poskan, nak jadi ejen pengedar aku pon boleh juga, pada yang berada di sekitar Shah Alam boleh COD ditempat yang aku tetapkan. Selain daripada keropok, dodol, sos pencicah, budu & apa jua makanan dari Kelantan pon boleh..Email / sms / call aku untuk tempahan & bayaran deposit memandangkan stok keropok segera memang sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan setiapkali ada stok..

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

Rabu, 11 Julai 2012

Acara Mandi Bogel

Assalamu'alaikum,

Mesti cepat je tangan gatal korang klik sebab nak tengok gambar mandi bogel kan??

Isy isy isy..

Nah..ni gambar Ashraf mandi bogel..hehehe..tertipu tak??


Cer teka siapa yang mandi bogel sekali dengannya?? muka terpaksa diblurkan bagi menjaga nama baik si empunya badan:P


hoh suka budak kecik ni kalau boleh main air gak..duduk lama-lama pon takpeeeeee


ok, next time kita buat parti buih depan rumah hokey!

Khamis, 7 Jun 2012

Soon To Be Abang Chik

Assalamu'alaikum,

Hari ni aku cuti sebab taska budak-budak ni tutup..Dapatlah rehat-rehat sambil update blog..Semalam balik lambat, kol 10 malam baru sampai rumah. Gara-gara tender!! That's whylah aku benci buat tender..hehehe

Nak cerita pasal Ashraf Hariz yang dah membesar dengan jayanya..Alhamdulillah..dah nak jadi abang chik dah pon..Abang chik ni panggilan untuk anak ke 3 kan?? kan?? bulan ni genaplah 1 tahun 3 bulan..Masih tak boleh berjalan lagi tapi kalau bab memanjat..haaaaa bagi kat dia..Pandai pulak cari port nak panjat & kacau segala barang mama dia punya!


Senang je nak panjat meja konsol mama ni..mula-mula panjat sofa pastu letakkan bantal pastu panjatlah..kat atas meja tu ada macam-macam..geyam shaya nak main frame gambar, pasu bunga, hiasan yang mama letak..hehehe


Alamak!! kantoi pulak..hehehe Jangan marah ya mama..habishhh semua frame gambar Abang Chik jatuhkan T_____T'


budak comoit, peluh-peluh bau masham..sesungguhnya menjadi kesayangan mama & papa..Haisyyy keshian..kecik-kecik dah kena berdikari dah!


setakat ni ada 4 batang gigi jew..2 atas 2 bawah..sebelah besar sebelah kecik..chuuumeeel


Aktiviti di waktu lapang adalah mengetuk botol-botol kosong atas lantai..Shaper suruh mama tak buang botol-botol lama..kang abang chik dah main;)


playground abang chik adalah bawah meja..suka sangat main bawah meja sebab boleh raba kaki mama
T______T'


pantang terlepas pandang..ada shahaja yang dikerjakan..habis sekotak tisu mama ditarik keluar...

Ashraf...Ashraf..soon to be abang chik sudah..cepatlah besar abang chik oi!!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^