Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Isnin, 4 April 2011
Pantang Dulu-Dulu & Sekarang
Kalau nak diikutkan memang banyak bezanya cara berpantang orang dulu-dulu dengan sekarang. Zaila sendiri pun kadang-kadang sudah lupa akan kepentingan berpantang sebab ada sesetengah benda tu rasa macam tak selesa atau tak perlu untuk diamalkan semasa proses berpantang. Ditambah lagi dengan ketiadaan orang tua untuk memantau, lagilah Zaila makin culas (ngelat) ya;D Di antara pantang larang orang dulu-dulu adalah tak boleh minum air masak lebih dari secawan kerana bimbang peranakan akan kembang, tidak boleh selalu duduk / berjalan kerana bimbang akan tumpah darah, kena pakai stokin & sweater untuk mengelakkan dari masuk angin, tidak boleh mandi atau basahkan rambut kerana dikhuatiri akan mengakibatkan sakit kepala, tidak boleh makan buah atau sayuran kerana bimbang dimasuki angin, tidak boleh menyapu atau melakukan kerja berat kerana takut tumpah darah & macam-macam lagilah. Zaila memang salutelah pada ibu-ibu yang boleh melakukan semua ni tanpa gagal selama 44 hari (atau lebih) kerana Zaila usahkan sebulan, seminggu pun dah ada melanggar pantang larang ni. Tak dinafikan memang ada kebaikannya dalam berpantang ni cuma kadang-kadang ada sesetangah perkara Zaila rasa sudah tidak relevan lagi & sangat bercanggah dengan dunia moden & perubatan sekarang ni. Contohnya orang tua melarang kita dari meminum banyak air semasa berpantang, kalau tak minum air, macamana nak hasilkan susu untuk diberikan kepada baby & sudah pastilah tubuh badan kita akan mengalami dehydration kan? Agaknya tandas orang dulu-dulu kan jauh so kenalah minum air sedikit agar tak kena ulang alik membuang;D *gurau je* Lagi satu larangan daripada mandi / basahkan rambut, kalau macam tu..Macamana nak mandi wiladah (mandi selepas melahirkan anak, kalau tak tahu sila google) & bagi Zaila, macam rasa tak sedap je kalau tak mandi. Orang tua cakap nak elakkan dari masuk angin tapi kalau tak mandi rasa lagi pening adalah!! Zaila memang akan mandi & basahkan rambut setiap hari tapi lepas tu memang kena keringkan rambut & ikat kuat-kuat..baru rasa segar aje biji mata ni;) Dari segi makanan pula, ibu mengandung diberi makan makanan yang "panas-panas" sahaja seperti kena banyakkan memakan lada hitam, halia, kunyit hidup & tidak boleh memakan sayuran atau buahan yang sejuk. Tapi kalau anak kena kuning, tak bolehlah makan sangat halia & lada hitam tu kerana dikhuatiri akan menambahkan lagi bacaan kuning anak (sebab baby menyusu so apa yang kita makan akan mempengaruhi perut baby) sebab itulah orang dulu-dulu suruh kita berpantang makan makanan berangin kerana risau anak nanti akan kena kembung perut, nanti melalak pula setiap malam;D Lagi satu, kalau tak banyakkan memakan sayuran & buahan, haruslah sembelit kan & pasti setiap ibu paling takut menghadapi situasi ini kan?? Orang dulu-dulu tak bagi ibu berpantang banyak bergerak & duduk kerana bimbang akan tumpah darah & peranakan jatuh tapi zaman sekarang ni, seawal seminggu selepas bersalin pun ada ibu yang dah keluar rumah ke hospital untuk check baby yang kena kuning. Zaila haritu pun 2 kali juga keluar ke hospital untuk bawa Ashraf ambil darah. Naseb baiklah tahap kuning Ashraf tu di bawah paras yang memerlukan Ashraf ditahan di wad. Pendek kata memang susah juga kalau mahu baring aje tepi baby tu kan?? Ditambah lagi kalau ada anak-anak yang masih kecil & bersekolah. Kalau ada orang lain yang tolong jagakan tak apa, tapi kalau tak ada..nak tak nak, kenalah buat sendiri semuanya kan. Actually banyak lagi pantang larang orang dulu-dulu. Mereka percaya untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat maka haruslah menjaga betul-betul di dalam pantang. Tapi bagi Zaila yang berpantang sendirian ni, sangat susah untuk betul-betul menjaga pantang larang. Cuma dari segi pemakanan Zaila titikberatkan sebab masa berpantangkan Ameera dulu, Zaila pernah mengalami apa yang orang tua cakap "bentan". Masa tu kalau tak silap makan sup makaroni yang en suami buat. Entah apalah yang tak kena tapi malam tu punyalah sakit urat sampai rasa nak demam *tapi takdelah sampai nak mati pun*. Kalau tak silap, 2 kali jugalah kena..Hehehehe..Zaila ni memang tak serik;D So pantang kali ni memang agak memilih juga menu berpantang sebab tak nak kejadian lama berulang kembali. Kalau ikutkan, mat saleh pun mana ada berpantang. Siap lepas bersalin keluar jalan-jalan lagi..heeheh..Mungkin orang Melayu ni terlalu dipengaruhi dengan kepercayaan orang dulu-dulu kan?? Bukan Zaila nak cakap tak bagus tapi kita yang lebih tahu & arif tentang diri kita kan. Tambahan pula zaman sekarang ni ada banyak ubat & vitamin yang boleh diambil untuk menambahkan tenaga semasa dalam proses berpantang. Pendek kata, "tepuk dada tanya kemampuan diri anda" Kawan-kawan semua ada pengalaman melanggar pantang tak?? Apa yang jadi kalau terlanggar pantang ni ya??
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
4 ulasan:
Hehe..mak kite ni bidan kerajaan pencen..so mmg kebanyakkan pntang larang org tua2 ni mmg dia tak ikut..bak kate zaila, byk yg tak berapa nk releven ngan life zaman skang kan..so klu pntang ngan mak kite, kire 'longgar' sketla..yg penting, jaga pemakanan yg tak memudaratkan ibu n anak..=p
anak 1st dulu mmg x langgar langsung pantang 44 hari..tp anak no2..dah pandai skip skip..hehehe... xde pape pon! hehehe
makan buah-buahan & mandi basah rambut. mana boleh tahan tak makan buah & mandi tak basah rambut sampai b'puluh2 hari. 3 hari tak basuh rambut pun dah rimas.
Anak 1st dlu pon kita pntg beriya tp yg 2nd ni sbb hari ke-30 masa musim raya so berjalan rayalah. Tp mkn tetap pantang. Kalau ikut mak sendiri lps 30 haritu boleh dh jalan2 tp kena jaga2 juga mcm jgnlah balik senja2, & pakai stokin masa dlm kete sbb takut sejuk ekon tu. Bby plak pakaikan bju tebal sket, pakaikan mittens & booties. Lain2 berserahlah pada Allah, insyaAllah.
Catat Ulasan