Saje nak kongsi pengalaman berpantang. Tapi sebelum tu, minta maaf sangat-sangat sebab masih tak dapat kongsi gambar terbaru budak kecil Ashraf ni. Maklumlah sekarang ni Zaila takde handset canggih manggih nak rakam gambar Ashraf..Kena bersabar sikit je lagi..Hehehehe..Alhamdulillah, sekarang ni berat Ashraf dah naik hampir 2.7kg dah. Maklumlah siang malam asyik nak meneneng ajork, sampaikan pipi tu dah naik sama tinggi dengan hidung dah!!
Kali ni macam biaserlah dah masuk kali kedua Zaila berpantang sendirian. Masa pantangkan Haziq, Zaila berpantang di kampung selama sebulan, masa Ameera pula berpantang di Shah Alam & kali ni pon sama juga. Tapi dalam seminggu pertama ni, Alhamdulillah MIL ada di rumah Zaila tolong siapkan makan & minum Zaila. Terima kasih mek!! Actually masa hari Zaila bersalin lagi MIL sudah datang ke rumah untuk temankan Haziq & Husna memandangkan en suami ada di hospital bersama dengan Zaila. Khamis tengahari barulah Zaila & baby Ashraf balik ke rumah. Masa ni Haziq & Husna cukup teruja untuk melihat baby. Haziq siap usap perut Zaila lagi tanya "mama, baby ada lagi tak dalam perut ni??". Of courselah dah keluar sayang;) Bayangkan Haziq sampai tak nak ikut papa dia ke Econsave sebab nak temankan baby baru ni. Siap cakap dekat semua orang lagi yang itu adalah "baby Haziq" bukan "baby mama". Amboiii, suka-suka dia aje ya nak rampas baby mama;D
Zaila start berurut pada hari ke 5 selepas bersalin. Tapi kali ni rasa macam tak puas hati sangat-sangat dengan servis yang diberikan. Maklumlah hanya datang urut kaki, tangan & badan sahaja. Takde pon nak urut bahagian perut/peranakan & tak ada pun tungku / pakaikan bengkung. Lepas tu punyalah sakit sampaikan Zaila rasa bilalah nak habis berurut ni sebab dah tak tahan lagi. Hari pertama tu sampai naik biru lengan & kaki Zaila ni..huhuhu..Masa Ameera dulu, Zaila berurut dengan jiran kakak ipar Zaila di Kajang. Sangat puas hati dengan servisnya memandangkan dia akan datang awal pagi mandikan baby, sediakan air mandian kita, urut, tungku & pakaikan bengkung untuk Zaila. Tapi kali ni..sangat-sangat hampa;( Rasa macam nak panggil lagi tukang urut lama tu datang ke Shah Alam ni.
Bermula dari Isnin lepas, MIL dah ke rumah kakak ipar Zaila dah so nak tak nak kenalah berdikari sendiri. Alhamdulillah, kali ni luka pun tak banyak so memang rasa agak bertenaga sedikit untuk melakukan semua kerja. Haziq & Husna memang akan ke nursery so tinggallah mama bersendirian dengan Ashraf. Selalunya Ashraf akan mandi dalam pukul 10 pagi so Zaila kena bangun awal sikit (bergantung pada tahap berjaga malam sebelum tu) untuk bersarapan & mandi..Eh kadang-kadang tak sempat mandi pon;D Masa mula-mula mandi mandikan Ashraf, menangis juga mamat tu, mungkin sebab cara Zaila yang agak kekok berbanding cara MIL dulu, tapi sekarang dah ok dah..Siap duk hisap tangan mama lagi;D Lepas mandikan Ashraf, siapkan pakai & urut-urut Ashraf sket guna baby oil & lepas tu tinggalkan dia duduk layan feeling sorang-sorang..Lama-lama terlelaplah mamat tu dek kerana syoknya perasaan lepas mandi & kena urut.
So Zaila kenalah masuk dapur siapkan makan tengahari seringkasnya. Yelah kan, menu orang berpantang!! Selalunya Zaila akan masak sayur sawi & bakar ikan / ayam. Kemudian masak nasi. Dalam pukul 1 lebih, en suami akan pulang makan tengahari di rumah bersama-sama Zaila. Petang pula, kalau Ashraf tidur Zaila akan tidur sekejap, takpun layan fb & jenguk blog tapi selalunya tak boleh lama-lama sebab nanti mata ni akan berpinar-pinar..huhuhu Petang pula en suami akan hantar Haziq & Husna pulang ke rumah dulu then dia p sambung kerja lagi. Lately ni memang setiap hari en suami balik lambat. Kalau ikutkan hati ni memang rasa sedikit tension bila terpaksa handle 3 orang anak tapi selalunya Zaila akan cuba istighfar & alihkan tumpuan ke benda lain. Dalam keadaan macam ni, memang senang sangat untuk berasa tertekan tapi kalau kita cuba untuk buang perasaan tu jauh-jauh, insya ALLAH semuanya akan ok. Sebagai seorang isteri yang baik *ehem ehem*, Zaila cuba untuk memahami en suami yang memang
Setiapkali nurse klinik desa yang datang melawat baby Ashraf mesti akan tanya "mak tak datang ke??", takpun "berpantang sorang ke??", takpun "tak balik kampung ke??" Isy, pelik sangat ke kalau kita berpantang sendiri tanpa ditemani orang tua?? Bagi Zaila, lebih senang untuk berpantang di rumah sendiri berbanding kampung halaman kerana di kampung pun, mak Zaila bukan boleh bagi sepenuh perhatian dekat cucu barunya pun memandangkan keadaan mak yang dah tua & bekerja. Kalau nak suruh mak datang pun ke Shah Alam pun kesian juga memandangkan keadaan rumah di kampung yang agak susah untuk ditinggalkan. Faham-faham jelah, nanti mesti dia dok rungsingkan itik ayam lembu anak lada, bla bla bla di rumahnya so kalau datang pon hati pasti gundah gulana;D Kalau berpantang di rumah sendiri, at least kita dah biasa dengan keadaan rumah kita & kalau nak buat apa-apa pon senang!! Lagipun Haziq & Ameera pun dah start bersekolah & lagilah senang bila mereka ke nursery pada waktu siangnya so mama boleh berehat puas-puas dengan baby di rumah;D Lagipun en suami sangat ringan tulang untuk menolong menjaga anak-anak & lakukan kerja rumah so tiada sebab untuk Zaila pulang berpantang di kampung!! Tapi macam biasalah, bukan semua kerja rumah en suami tahu buat so memang kena pejamkan mata dulu bila melihat keadaan rumah yang agak tunggang langgang ni;D Habis je tempoh 44 hari, mahu satu rumah Zaila kerjakan nanti;)
Agaknya terpulang pada individu untuk berpantang di mana & macamana. Tak dinafikan Zaila cemburu juga pada mereka yang berpantang di kampung & mendapat sepenuh perhatian dari mak masing-masing. Tapi mungkin dah ditakdirkan yang Zaila akan berpantang sendiri & Alhamdulillah juga semuanya dipermudahkan olehNYA. Yang penting kita pandai jaga diri & curi masa untuk berehat & jangan lupa juga untuk makan jamu / vitamin untuk menguatkan & menjadikan diri kita sihat bertenaga selalu;) Oklah, nanti nak share menu berpantang pula!!
5 ulasan:
take care ye zaila...
harap cepat2 ok..
zaila;
masa lyn dulu berpantang auni..mmg sgt tension..berpantang sendiri..dlm masa yg sama hubby ke hulu-hilir tgk mak-ayah dia di HKL..kena pulak bulan posa..kita kena bgn masak sahur..kena siapkan bukak posa..kena siapkan makanan mak-ayah mertua kat spital..nyaris x meroyan kita..memanjang nangis kita..sbb rasa mcm x pantang sgt!!
wahh..zaila berpantang sndiri ker..nmpak ok jek zaila uruskan masa..=)..kite kat umah ni mmg terlebey manjalah sbb sume mak yg nak uruskan..dari basuh baju, masak sume..kerja kite cume jaga baby, nenenkan die n kemas umah sket2..mandikan bby pon baru minggu ni start buat sndiri..
nway, time cuti 2 bulan ni jekla nk rehat2 sket..sat lagi dh start kerja barulah kelam kabut sbb kena uruskan anak2 sensorang kan..huhu
berdikari formula utk back to shape, hehe..akupn dulu time ngan hani, kelamkabut sensorang, dhla ank 1st, operate pulak tu...tp alhmdulillah, Allah is always there to help u :)
zaila...saya sgt kagum dgn org yg leh pantang sendirik..serious.. dulu masa anak kite 1st, die cukup sebulan, kite pantang laa sendirik kat umah..baliklaa umah dari kg..alih2 kene bentan..terus mak angkut bawak balik kg balik... proud of you zaila!!!!:)).. kalau kite sabar,ape yg kite buat sumenye dipermudahkan insya Allah..take care:)
Catat Ulasan