Salam, hari ni aku (mulai hari ni rasa macam nak bahasakan diri akulah plak ngan uols..nampak very the best friend gitu) dah cuti. Saje gatal apply cuti awal..Kan plan asal nak bercuti ke Cameron so kononlah aku ni apply awal-awal sebab nak packing barang..
Herm, yolah tu..packinglah sangat!!
Bangun pagi siapkan en suami & anak-anak, pastu plan nak sambung tidur. Ashraf hantar nurseri juga sebab kate mama
sambung tidur kemas rumah, haruslah sikecil comel bam bam tu kena hantar sana juga sebab kalau dia ada, mama tak boleh
membuta kosentrate mengemas melainkan nak
cubit cium anak aje;P
Duduk golek-golek atas katil tetiba en suami call tanya ubat dia. Laaa, orang dah letak dalam bekas susu anak dah tadi tapi paling bahagie bila en suami kata "takpelah, b belikan nasi kerabu
ubat gemuk untuk mama, turun bawah ambil"..Syok tuh!! Nasi kerabu lauk daging goreng sebagai
penambah lemak sarapan. Ini cukup bagus..Plan dalam hati lepas makan nak sambung
ternak lemak tidur lagi tapi nan hadooo..Kalau dah terbiasa kerja di waktu kala matahari meninggi ni, diriku mana nak kelelapan
*ntahapohapo ntah perkataan aku guna ni*So apalagi, aku ON jelah lappy, actually dari malam tadi lagi nak upload pics buat bahan cerita dalam blog ni. Maklumlah aku dah ketinggalan banyak hari dah..Since Jumaat lepas lagi banyak aktiviti
tak berfaedah yang aku buat, tak sabar koooo..nak canang kat semua orang..Hah, silalah baca dengan
berhemah sampai muntah!!
TAAAAAAPIIIIII kan..ada tapinya pula..
Internet macam vavi okeh!!
Sekeping pon xleh nak upload..Demn!!
*dah nak sambung baca blog lain plak*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan