Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 6 Julai 2011

Happy Birthday Nur Ameera Husna

Owh, patutlah macam terasa ada sedikit terlupa..

Rupanya hari ni dah genap 3 tahun dah usia anak daraku..NUR AMEERA HUSNA BINTI HAMDAN..Alhamdulillah kakak Husna dah membesar dengan sihat & sangat-sangat jarang jatuh sakit walaupun kakak Husna hanya minum susu jenama murah jika nak dibandingkan dengan abang Haziq & adik Ashraf.

Apa-apa pun, mama doakan moga kakak Husna cepat-cepat boleh lepas pampers so that mama boleh jimat duit belanja bulanan;P LOL

Mama hanya doakan yang terbaik buat kakak Husna & moga kakak Husna membesar bagai juara & menjadi anak yang solehah & berada di bawah lindungan ALLAH selalu..Aminn

Malam tadi celebrate makan kek kat rumah aje, lepas tu mama pengsan lepas makan ubat selsema..Sedar-sedar, Ameera nanges nak susu..Huhuhuhu

3 ulasan:

Joy berkata...

Happy birthday kak Husna...mama dah bg hadiah lom? hhehehe

Lily@MamaZaraZareef berkata...

Happy 3rd birthday Ameera Husna..semoga sntiasa jadik anak, adik n kakak yg baik ye..=)

maya amir berkata...

alaaa terlmbt nk wish..happy bday ameera husna:)cancer jugak sama ngan auntie ye..gimme 5;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^