Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 9 Ogos 2011

Bunga Segar Atau Plastik Pilihan Korang?

Hehehe..Sementara mood menghias rumah masih ada ni, saje perbanyakkan entry tentang hias rumah. Al maklumlah kan, dah nak raya, konpem korang juga tengah pening memikirkan konsep hiasan rumah kan. Nak pasang langsir barulah, nak tukar sofa barulah, nak tukar susun atur perabutlah & macam-macam lagilah kan;P

Untuk menaikkan seri sesebuah ruang/sudut rumah, aku yakin korang semua mesti akan pilih untuk meletakkan jambangan bunga kan?? Tak kiralah besar atau kecil, segar mahupon tiruan, pasti akan ada juga walau satu jambangan bunga di kediaman korang kan?

Kalau aku memanglah berkenan dengan bunga segar tapi kat area rumah aku ni sangatlah susah nak mendapatkan bekalan bunga segar *ke aku yang tak tahu* so terpaksalah memilih untuk meletakkan bunga tiruan atau orang putih kata artificial flower. Bunga tiruan ni kat mana-mana pun ada dijual, kat Tesco, Giant, Econsave, Jusco & kedai cenderahati pun ada jual tapi kalau nak yang ada kelasss sket bolehlah cari di SSF ke, Romantika ke, KK Home ke & kalau kat kampung boleh tempah kat mana-mana kedai yang jual bunga hiasan tu (Kat Jalan Kebun ni pun ada banyak tapi aku je yang tak berkesempatan nak menyinggah tengok)




Kalau korang suka gubah sendiri ke beli yang siap?? Bagi aku, bergantung pada budgetlah kan, kalau beli sudah tentu hasilnya cantik & kita pun tak pening kepala nak memikirkan cara nak hias bunga tu kan. Kalau orang yang ada darah seni, "kacang" je bagi diorang tapi bagi aku yang berdarah semua tak reti ni, haruslah beli saje;P




Tapi macam gambar kat atas ni gubahannya simple aje, walau sekadar dengan sekuntum dua bunga tapi tetap menarik untuk digayakan di atas meja atau ruang-ruang yang tertentu. Boleh menceriakan ruang dapur, makan, membaca, toilet, bilik tetamu & banyak tempat lagilah;)


Boleh rujuk entri aku "Jangan Dibuang Botol Lama" kalau korang bercadang nak recycle botol lama yang ada kat rumah tu;P

yang ni pula satu lagi hasil tangan aku yang tak berapa nak kreatif ni : SMYCKA artificial flower RM9.50 & SNARTIG vase RM3.90 both from IKEA. Dengan modal tak sampai RM15 jadiklah macam ni;-


bolehlah sebagai pemanis ruang di meja makan;)

Tapi kan, buat masa sekarang ni aku tak boleh nak guna vase kaca yang tinggi tu *walaupun dalam hati suka yang macam tu* sebab nak kena tunggu budak comel gatal tangan 3 orang ni besar dulu baru boleh hias bagai. Tambah pula kat rumah aku ni ada 2 ekor kucing kembar yang suka bergalak main kejar-kejar & ingat bunga aku ni sebagai mainan diorang, lagilah tak sesuai untuk aku tempah bunga mahal-mahal=______='


Tak percaya?? ni buktinya;-
bunga aku dah togel dah kena noda dengan kucing 2 beradik tu. Tiapkali dia lalu tepi bunga ni terus diorang gigit satu & main lambung-lambung buat macam bola..Huhuhuhu..

Oklah, jumpa next entri..tataaaa

*actually ni second time aku taip entri ni, td xdan nak save terus hilang &*^$#^&Y** betul!!!*















6 ulasan:

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

lyn x minat bunga2 sgt..mungkin sbb ianya mengundang habuk..lagi suka ranting2 gitu..hehehee

FaRah Baharom berkata...

bunga segar paling lame tahan pun seminggu kot. I prefer bunga tiruan..tapi kalau nak yang betul nampak real (cam kat SSF) tu. hargenye huh sgtla mahal. Tapi boleh pakai lame.

Eliss berkata...

hubby tak suka bunga plastik.kat umah tadak laa bunga :p kalo dah bleh duduk rumah sendiri, nak tanam pokok bunga dalam pasu :)

Ct Lalola berkata...

Ct pon x suka bunga sangat, tp ranting2 panjg2 tu suke sgt, br pas buang ranting lame, tgh dok pilih2 ranting br ni... tp ari tu tgk satu bunga pe ntah cantek sgt, color putih bulat besor, kecik2 je, tp kalo nk bubuh dlm tempayan Ct tu kena beli 3 br penuh, jenuh la plak... he3

Nurhayati berkata...

betul tu kalau ikutkan hati mesti la nak fresh flower..
tapi yati suka bunga kaca beb..
harga mahal sket la.. tapi sangat cantik :)

Tanpa Nama berkata...

memng tngh pning skrang i bab nk hias umh ni mmng xmnt... tpi bla dkt nk rye ni bru nk klng kbut... czn i pnyer bsing suh i bli bnga adoi... nsib bek dpt yg mura2...

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^