Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 8 Ogos 2011

Ikan Percik Mek Ila

Menu berbuka di petang Ahad yang lepas..Ikan percik Mek ila..Hahahaa..Kalau nak tahu aku buat sendiri ikan percik ni sebab tulah nama Mek Ila;P

Dah lama plan nak buat ikan percik tapi kena tunggu hari cuti baru boleh buat sebab leceh sket nak bakar ikan segala ni..So aku kongsikan resepi ikan percik cara aku sebab aku main bubuh ikut sukahati aku je segala benda yang ada kat rumah ni.

2 ekor ikan selar di bakar sampai masak (aku bakar pakai non stick pan je memandangkan tempat panggang ikan aku sudah rosak, balik kampung nanti nak beli yang barulah). Aku pakai 2 ulas bawang merah, halia sket (blend tapi kalau sikit macam ni tumbuk/ricik halus2 je), pastu serai diketuk & masukkan dalam santan (guna santan pekat & santan cair sket : maksudnya tak terlalu pekat & tak terlalu cairlah tu kot)..Jerang atas api, masukkan garam, gula, pak aji & kacaulah sampai pecah minyak (pekat). Ada orang masukkan cili boh untuk kelihatan merah tapi aku saje biarkan putih sebab teringat ikan percik mak aku buat masa kat kampung masa aku kecik-kecik dulu.

Lagi satu ada orang masukkan sedikit tepung jagung sebab nak bagi kuah ala-ala likat gitu tapi aku tak suka, aku suka kuah yang biasa, lemak-lemak santan gitu..Hehehe..

Lepas tu tuanglah kuah atas ikan yang telah siap dibakar/kalau nak sedap sambil bakar sambil tunag kuah percik sket-sket..Perghhhh..Meleleh koooooo *siaplah korang, jangan telan air liur banyak-banyak, nanti kurus posa;P*

Oklah, tu je..tataaaaa..boleh cuba untuk juadah berbuka nanti..

3 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

sedapnyo. nk buat tp x smpt lagi

Nurhayati berkata...

ikan percik Mek Ila satu!!!

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

kalo eliss punya mcm ni resepi nyer..hehehe

http://www.elissmie.com/2007/11/ye.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^