Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 7 September 2011

Hari Raya 2011

Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011..Seronok sungguh bila buka blog, facebook dapat tengok gambar raya kawan-kawan..Herm, kitorang punya gambar official takde, maklumlah aku tak bersungguh mana pon nak mengambil gambar *maklumlah mak gemuk, mana nak ada mood kan* tapi naseb baiklah ada anak-anak abang ipar aku yang rajin ambilkan gambar kami..so merasalah ada gambar famili di pagi raya walaupun huru hara!!

Ni sekeping je aku letak buat pengubat rindu korang pada aku *budget femes* Ada lagi dalam kamera aku tapi punyalah sakit hati sebab letih jah aku sengih sampai ke telinga, last-last sume gambar-gambar aku *yang comel* kena delete dengan anak jantan aku..Kalau tengok gambar di atas, Haziq tengah nangis sebab tak nak bergambar & kat tangan dia pegang kamera aku..Haaa, masa nilah dia dok konker kamera aku..semua gambar dia nak ambil tapi pandai pula lepas ambil dia delete..last2 ngan gambar-gambar aku sekali dia delete..huhuhuhu

Apa-apa pun, aku cukup bersyukur sebab masih lagi berpeluang menyambut hari raya bersama dengan kedua orang tua aku..Alhamdulillah..Walaupun raya ni kureng berjalan, tapi takpelah..janji seronok pulang ke kampung!!

Oklah, nanti2lah aku bercerita lagi..Buat semua kawan-kawan, selamat hari raya, ampun & maaf kalau ada tersalah cakap ke apa..Tahun ni aku xbuat open house tapi kalau nak datang beraya tu calling aje, tapi jangan main terjah yaa..kalau tak aku hidang biskut tawar..Hahahaha;)

6 ulasan:

Fiza Rahman berkata...

Gemuk pon suami sayang ☺☺ Tapi saya tgk gemuk lah zaila.

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

sejak ada anak ni..leh guna taktik anak duk dpn kita time posing..tu my tips kalu posing ;)

Haqim Mohamad berkata...

singgah sni. selamat hari rye kak:)

Lily@MamaZaraZareef berkata...

alalalala..chomeynya asyraf ngan baju melayu tuh..kuat menyengih pulak tuh..hehehe..nway, nasib kite serupalah Zaila..leh pulak Zara delete gmbar2 raya time ari raya pertama tuh..dhlah lmbat perasan..nk retrive balik pon dk tak boleh sbb file dh corrupt..sadis tol..huhu

Ami berkata...

comelnyee asyraf dan mama of course!Pandai pulok abg haziq gi delete gambar kihkih.selamat hari rayo k ila!

Hada Masayu berkata...

hehe..anak asyraf putih aa...mesti ko terkenan mat salleh kat tv kan, hehe...

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^