Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label JJCM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JJCM. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Januari 2018

JJCM : Warung Imam Muda Jalan Kebun

Assalamualaikum,

Penatnya hari ini sampaikan nak update blog pun tak sempat. Penangan minggu pertama persekolahan. Syukur, anak-anak semakin dapat menyesuaikan diri dan seawal 7.10 pagi masing-masing sudah keluar ke sekolah dihantar oleh papa mereka.

Jom #throwback gambar sarapan hujung minggu yang lepas. Kebahagiaan seorang surirumah apabila sang suami bawa keluar makan di kedai. Walaupun sebenarnya boleh masak sendiri tapi sesekali kasi can lah makan masakan kedai juga. Setiap pagi selalunya selepas en suami balik dari surau, aku dan si dia akan keluar bersarapan di kedai makan berhampiran dengan rumah. Anak-anak? Selalunya mereka mahu sambung tidur je sebab nak qada tidur yang diambil waktu pergi solat subuh berjemaah di surau. Kalau hari cuti, selalunya selepas solat akan ada kuliah subuh sehingga pukul 7 pagi dan bila balik rumah tu masing-masing sibuk cari bantal aje. Kasi can mama dan papa keluar berdating sekejap. Kadang-kadang bawa Arman ataupun Aaliyah sekali.

Ahad lepas aku singgah makan di satu kedai yang agak terkenal di Jalan Kebun iaitu Warung Imam Muda. Kalau tak silap, pemilik ni pernah menyertai rancangan IM yang dianjurkan Astro dan sampai sekarang lekat nama tu. Lagipun memang pemilik seorang imam di surau pun. Elok sangatlah nama warung pun begitu. Setiap pagi memang penuh dengan penduduk tempatan bersarapan di sini. Kadang-kadang terserempak dengan Jemaah Surau Al Hijrah.

Aku suka juga bersarapan di sini memandangkan keadaan kedai yang bersih dan menu tak banyak sangat jadi dating hanya untuk makan dan siap makan terus balik. Selalunya waktu pagi menu yang ditawarkan adalah nasi lemak, lempeng bersama sambal ikan bilis, bubur nasi, mee jawa, soto dan teh pudina. Kalau tengahari pula femes menu kambing bakar dan ayam penyet atau lele penyet. Setakat ini aku masih belum berpeluang keluar makan tengahari di sini lagi. Insya Allah kalau ada rezeki nanti boleh cuba makan tengahari di sini.


Nasi lemak ayam berempah menjadi pilihan Mekla :) Mak buyong kena makan nasi agar tidak menjadi naga


Maafkan gambar yang bergegar tu. Yang penting keadaan warung adalah bersih dan diiringi alunan nasyid (maklumlah warung pak imam kan)


Senarai menu yang ada. Tak banyak tapi semua boleh dimakan :P Harga juga berpatutan dengan nahagian yang dihidang.


En suami pilih mee jawa. Walaupun kami bukan orang jawa tapi boleh je telan mee jawa :P

Selepas sarapan, selalunya kami berdua akan ke Segi Fresh berdekatan dengan rumah untuk "intai" ikan segar. Aku suka beli ikan di sini berbanding di Econsave berhampiran rumah. Selalunya paling menawan adalah kepala ikan. Dah banyak kepala ikan merah kami rembat di sini. Siap bekukan dan bawa balik pada mak aku di kampong lagi. Ha ha ha


Ada banyak pilihan ikan dan kalau pergi waktu yang tepat dapatlah beli ikan yang segar.


Sanggup tunggu pekerja keluarkan kepala ikan merah tu. Kadang-kadang kepala ikan tenggiri pun ada


Selain itu sayuran kampong juga menawan hati aku. Tapi tak beli semua sebab tahu aku spesis malas masak dan anak-anak bukan makan pun. Selalunya aku beli pegaga untuk rutin jus hijau kami. Nanti aku kongsikan jus-jus yang kami buat dan minum. Stok epal hijau di sini pun sedap juga berbanding epal hijau Econsave. Ha ha ha Sampai rasa semua pun dah hafal tau


Tembikai pun boleh tahan murah juga tapi haritu dekat Econsave lagi murah. Ini semua bekalan selama seminggu. Banyak beli buah dan sayuran hijau untuk buat jus sahaja. Kalau masak tu macam jarang sangat sebab anak-anak tak suka makan sayur. Hu hu hu Alternatif terbaik adalah dengan membuat jus untuk mereka. Ada jus oren, lobak merah, epal hijau dan untuk aku dan suami tambahan peria, pegaga dan seleri atau nenas. Sedap tau.

Oklah hingga jumpa lagi. Bye!

Rabu, 7 Disember 2016

JJCM : Restoran Perantau, Bandar Salak Tinggi

Assalamualaikum,

Khamis yang lepas Mekla telah ke KLIA menjemput mak mertua dan adik ipar yang datang dari Kota Bharu. Mak mertua sampai dalam pukul 9 malam dan kami terus keluar mencari kedai makan. Terima kasih en suami yang bawa kami ke restoran ini. Tak terfikir pula nak singgah makan di kedai kawan sendiri. Buat pengetahuan, restoran ini dimiliki oleh kawan sekampung Mekla, memang kenal sejak sekolah rendah lagi. Alhamdulillah, merasa juga nak singgah makan di sini :)


Gambar ini aku ambil dari fanpage mereka. Boleh like fanpage RESTORAN PERANTAU ya dan lihat sendiri pelbagai pilihan makanan yang ada. Menurut tokei iaitu Farhan, kedai makan ni dibuka sampai pukul 3 pagi. Boleh tahan ramai juga yang menyinggah makan. Maklumlah berada di laluan untuk ke KLIA dan berdekatan dengan Taman Bunga Raya, Salak Tinggi (sebelah Petronas).

Malam tu kami makan masakan panas. Macam biasalah en suami mesti akan order ikan masak 3 rasa, sup ayam, kailan goreng dan telur dadar. Mekla pula makan kue teow celup manakala adik ipar makan bihun tomyam dan nasi goreng. Alhamdulillah, tokei siap belanja colek ayam lagi. Terima kasih ya, ni yang rasa nak pergi lagi. Ha ha ha


Pada yang tak tahu nak makan apa, jangan risau sebab ada disediakan pakej masakan panas. Masakan pula disediakan oleh tukang masak yang original. Kalau tengahari ada pilihan menu lauk tengahari seperti gulai kawah, ayam goreng dan macam-macam lagi (boleh tengok sendiri di fanpage mereka)


Inilah colek ayam ; ada ayam celup tepung, kangkung, sengkuang dan macam popia dalam tu. Ada juga keropok yang dihancurkan. Coleknya manis-manis pedas.


Berselera anak-anak makan. Depa dok berebut telur dadar aje T______T"


Sup ayam tu sedap, haisy teringin nak makan lagi. Insya Allah kalau ada rezeki boleh singgah lagi cuba menu yang lain pula


Yang ini kue teow celup. Penuh isi ayam kat dalam tu. Alamak tetiba perut rasa lapar ni :)

Pada kawan-kawan yang berada berdekatan dengan Sepang, Salak Tinggi, Nilai atau mahu mencuba boleh ke Restoran Perantau milik kawan Mekla (oghe Kelate sohor ni). Ini alamatnya ya :

RESTORAN PERANTAU
43, Jalan Bunga Raya 2, Taman Bunga Raya,
Bandar Baru Salak Tinggi.

Terima kasih boh Farhan sebab bagi diskaun kat kami malam tu. Ni yang rasa terus nak bagi 5 bintang untuk review kedai makan ni :)

Pada mereka yang mahu meletakkan iklan di blog ini, boleh Whats App Mekla di 012-970 6828. Blog merupakan satu cara untuk mempromosikan produk atau servis kita juga. Terima kasih

Isnin, 24 Oktober 2016

JJCM : Nasi Arab Al-Rawsha Shah Alam

Assalamualaikum,

Lama sangat tak buat siri jalan-jalan cari makan, maklumlah sejak dah beranak ramai ni kalau dapat pergi makan kat luar tu memang susah sangat nak keluarkan henset dan ambil gambar, melainkan kalau pergi ramai-ramai (ada orang yang pegangkan Arman boleh lah). Takpe, Mekla update mana yang sempat aje, yang lain tu simpan dalam memori jadikan histori ajelah! Cewah :)

Malam Sabtu yang lepas, kami sebenarnya merancang untuk makan di restoran makan barat (kalau tak silap namanya Peporo ke apa) tapi masa sampai tu penuh dengan manusia. Apabila baca review memang murah dan sedap, agaknya sebab itulah ramai orang. Malam tu sebenarnya kami berjanji dengan abang en suami untuk makan sekali, mula-mula mereka telah ke satu kedai nasi arab berhampiran (kalau tak silap namanya Ali Baba ke apa) Aduh maafkan Mekla atas ingatan yang tak berapa nak bagus dan sebenarnya malas nak karang panjang-panjang. Ikutkan memanglah banyak benda nak tulis kan tapi masa itu emas.

Dipendekkan cerita kami keluar dari restoran Ali Baba tu sebab nak pergi ke Restoran Al-Rawsha ni. Waktu malam memang kelihatan seperti istana lah! Sampai-sampai tu kawasan restoran sudah dipenuhi kereta, risau juga tidak ada tempat tapi alhamdulillah servisnya boleh tahan cepat walaupun ramai pelanggan. Serius ramai! Maklumlah malam cuti kan, semua orang pun nak datang bawa keluarga makan ;)


Hiasan dalaman restoran ini memang cantik bak istana di padang pasir. Ewah! Kebanyakan pekerja mereka orang Arab. Layan gambar aje, tak banyak pun sempat diambil memandangkan masing-masing kelaparan dah.


Ni kat depan pintu masuk, pintu restoran ni besar (macam istana) siap ada patung penjaga lagi. Alahai abaikan gambar bergegar tu. Masuk je ada tangga ke bahagian atas (mungkin dewan sebab nampak macam ada majlis perkahwinan kat atas tu)


Bergambar sebelum balik. Kami memang pelik, awal-awal semua macam segan nak ambil gambar. Maklumlah bukan fotogenik semuanya tapi kita ambil juga simpan sebagai kenangan :) Anak-anak memang susah nak tengok kamera (atau sebenarnya henset)


Suasana di dalam memang penuh. Kami pergi 2 keluarga aje, kalau semua adik beradik en suami datang, mungkin boleh sewa dewan kat atas tu (gurau aje lah) tapi mungkin penuhlah bahagian bawah tu. Tempohari kami pernah makan di Restoran nasi arab di Hadramawt Palace Wangsa Maju, semua datang dan penuh 2 meja panjang. Nanti Mekla review restoran tu juga ya.

Dalam gambar adalah biras Mekla iaitu Kak Mar dan tudung merah tu anak bongsunya si Iffah. Minat sungguh pada budak-budak, kalau ada Iffah memang bestlah sebab dia akan ambil baby tu dan jaga macam anak sendiri :P Seingat Mekla susah nak cari budak-budak yang gemarkan baby. Hermm, ada hint nak suruh umi dia hadiahkan baby baru tu. Choi!


Kejadian kelakar di restoran ini adalah Arman tarik kuah kari (ke dalca entahlah) dan tumpah atas mama dia dan dia sendiri. Dahlah koboi je pakai macam tu. Tapi takpe, anak-anak Mekla memang rilekslah kan. Ke mana-mana tiada etika pemakaian dah :P


Awal-awal memang Iffah yang jagakan Arman. Alahai bestnya kalau Husna ni macam Iffah. He he he Tapi alhamdulillah Husna pun kadang-kadang rajin juga melayan adik dia cuma jangan bagi Arman nangis aje, kalau dah start menangis tu memang tak boleh dah nak "entertain" melainkan bagi kepada mamanya aje.


 En suami yang order makanan malam tu. Kami ambil mandy kambing sebanyak 2kg. Sebenarnya ada aje set-set untuk seorang makan tapi macam rugi kalau ambil set, baik order secara berkilo-kilo. 1kg untuk 5 orang makan. Memang ada banyak lebih dan puas hati dengan makanan di sini. Nak kata sedap tu, rasanya mandy kambing di Restoran Saba lagi sedap :) (lebih moist)


Tapi yang paling puas hati adalah daging kambingnya. Tengoklah memang penuh. Mungkin kami pergi dewasa pun tak ramai, anak-anak je yang makan jadi banyak lebih daging kambing. Tapi, anak-anak kami makan bertambah juga. Budak-budak ni memang "hantu" nasi arab, maklumlah mama diorang kan jual rempah nasi arab Al-Bayt. Kalau mahu beli Whats App 012-970 6828 tau (sempat lagi iklan)

Bagi yang mahu mencuba ini alamat restoran tersebut :

AL-RAWSHA RESTAURANT
2 JLN PLATINUM G7/G SEC 7
40000 SHAH ALAM SELANGOR

Facebook : Al-Rawsha Restaurant

Harga bagi aku "standard" nasi arab. Kalau satu famili mungkin habis dalam RM100+ termasuk minuman. Kalau tak nak bil melambung cuba untuk kurangkan order minuman. He he he Kami haritu minum teh arab (Adani dan teh biasa) aje, nasib baik anak-anak pun jenis suka minum.


Iklan sekejap : Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan tilam jenama hotel 5 bintang, Mekla ada jual tau. Paling best ada tawaran percuma comforter lagi (seperti dalam gambar). Tawaran sehingga hujung bulan ini aje, kalau berminat cepat-cepat WA Mekla di 012-970 6828.

Oklah, hingga bertemu lagi. Semoga Mekla rajin uupdate blog lagi. Doa-doakanlah :)

Selasa, 1 Mac 2016

JJCM : Nasi Arab Yaman Al - Nafoura

Assalamualaikum,

Ini kisah petang Ahad yang lepas, selepas seharian menjadi "penunggu rumah" gara-gara kontraktor kabinet dapur rumah yang datang buat kerja pada hari cuti, alhamdulillah en suami merealisasikan impian mak buyong untuk makan nasi arab Yaman tapi bukan di negara Yaman lah tapi hanya di Wangsa Maju sahaja :)

Sebenarnya ini kali kedua kami makan nasi arab ni. Pertama kali bila Abang Zul & Kak Rah bawa bungkus makan di rumah kami beberapa minggu yang lepas. Terasa kesedapan sehingga Mekla bagitahu en suami kalau tak bersalin lagi nak ulang makan lagi nasi arab ni. Mungkin selera mak buyong yang semakin menjadi-jadi sekarang ni menyebabkan semua rasa sedap :) Hai patutlah muka bertambah gebu, mana taknya setiapkali balik check up di klinik mesti stress sebab berat badan naik berkilo-kilo :P

Oklah, kita fokus pada nasi arab Yaman ini. Restoran ini bernamma Al-Nafoura dan terletak di Wangsa Maju. Ini alamatnya :

AL-NAFOURA SDN BHD
NO.9 (GROUND FLOOR) JALAN MAJU RIA 2
BLOK B, PLAZA WANGSA MAJU,
WANGSA MAJU SECTION 10

TEL : 016-608 1114

Aku tengok restoran ini diusahakan oleh beberapa orang mamat Arab (tak tahulah asal dari mana) sebab restoran ni tak besar pun. Macamana kami tahu? Sudah tentulah melalui Abang Zul & Kak Rah yang tinggal berdekatan dengan restoran ini. Malam tu keluarga mereka pun makan nasi arab bersama kami juga :)

Oleh kerana restoran ini masih baru, tak ramai yang datang tapi aku perhatikan rata-rata pelanggan adalah dari kalangan orang cina. Bukan senang nak tarik bangsa lain makan nasi arab kan? Mesti ada keistimewaannya yang tersendiri ni. Selalunya kalau ke restoran nasi arab, kami akan cuba menu Mandy kambing dan Kabshah tapi restoran ini ada sediakan menu lain iaitu Madghout Kambing.


Ini Mandy ayam (bagi mereka yang tak makan kambing) dan kabsah kambing. Nasinya memang sedap dan cukup perisa. Isi daging juga lembut. Hai masak guna Noxxa ke bang? :P

Nasi mandy ayam RM20 (separuh untuk 1 - 2 orang makan)
Nasi kabsa kambing RM35 (besar untuk 1 - 3 orang makan)


Kalau nak datang sini sila sediakan duit tunai sahaja ya :)


Inilah Madghout Kambing yang berharga RM60 (dapat 2 pinggan untuk 3-4 orang makan). Kalau nak makan kena tunggu selama 20 minit. Bagi aku nasinya agak pedas dan terasa macam nasi goreng pun ada (pedapat tekak Melayu lah). Kalau nak rasa boleh, cuma bukan kesukaan kami. Mandy kambing juga yang tersedap buat setakat ini :)


Terima kasih Kak Rah sebab selalu jadi tukang ambil gambar. Ini gambar sewaktu melantak. Memang tak toleh kiri kananlah kalau makanan dah sampai tu :)


Gambar selepas. Memang licin :) Kalau bab makan memang bagi lah dekat kami. Insya Allah tiada pembaziran yang berlaku. Kalau tak habis pun boleh bungkus dan panaskan makan di rumah pula.


Tak sah kalau tak minum Teh Arab RM10 satu tea pot. Ada rasa daun pudina dan sedap diminum panas-panas


Azzam memang suka makan nasi arab. Eh bukan setakat Azzam, Haziq, Husna, Ashraf dan Aaliyah juga makan nasi arab. Anak-anak aku semua makan :)


Pilihan menu nasi, ada juga roti dan pelbagai menu lain. Pendek kata boleh datang lagi jika teringin nak cuba menu lain. Harga pun berpatutan jika dibandingkan dengan harga restoran lain yang sama waktu dengannya (Hadramawt Palace rasanya lagi mahal). Kalau Saba' pun lebih kurang juga


Ashraf waktu ni demam panas, makan pun tak menyungguh mana. Kesian dia sebab muntah. AKu rasa perut masuk angin sebab haritu dia tak makan dari awal pagi lagi. Oh ya, jangan lupa cuba Adani Spice Tea RM12 satu teapot. Ala-ala teh tarik arab lah ni


Aaliyah yang tertidur sebaik sahaja sampai di sini. Tapi lepas tu sedar dan makan juga. Memang kami semua penggemar nasi arab lah :) Bagi mereka yang mahu mencuba boleh tengok alamat di atas ya. Harga, lokasi dan persekitaran juga selesa di mana kalau makan di dalam restoran masih berhawa dingin, kalau nak makan di luar pun boleh. Setakat ni tak perlu buat tempahan lagi tapi mana tahu lepas ni kena buat kan? Jadi sebelum naik harga tu, boleh pergi cuba dulu :)

Sehingga bertemu lagi. Bagi mereka yang mahu mengiklankan kedai makan atau servis penghantaran makan, boleh hubungi aku di zailamohamad@yahoo.com atau Whats App ke 012-970 6828. Insya Allah dengan sedikit bayaran (murah je) aku akan iklankan di dalam blog ini tanpa ada tempoh pengiklanan. Trafik blog ini memang seribu pengunjung setiap hari dan ini boleh membantu memperkenalkan bisnes korang kepada pembaca blog ini atau mendapat tempat di carian Google.

Sehingga bertemu lagi. Bye!

Rabu, 16 Disember 2015

Menu Terbaru KFC Hot & Cheezy Burger

Assalamualaikum,

Kawan-kawan dah cuba ke menu terbaru dari KFC? Kalau tak silap, namanya KFC Hot & Cheezy. Sebenarnya hari Jumaat lepas dah mengidam nak makan ayam KFC, en suami belikan dan kami makan di rumah aje, sekali hari Sabtu aku dating berdua dengan en suami, dia ajak makan burger KFC. Wallah! Ibarat ibu mengandung mengantuk disorongkan bantal :)

Memang sudah lama tak makan burger KFC, kalau dulu suka makan Zinger burger tapi hari tu saje lah nak cuba menu baru iaitu KFC Hot & Cheezy Burger. Aku memang peminat sesuatu yang berkeju. Jadi merasa lah makan menu baru ini :


Tapi sudah tentulah gambar promosi dalam laman web adalah sangat superb tapi gambar sebenarnya adalah biasa-biasa sahaja ;)


Secara jujurnya memang sedap tapi agak masin (bagi aku). Waaah kenyang sungguh sebab sebelum keluar tu kami dah makan sebenarnya tapi memandangkan bila lagi ada peluang nak dating berdua, jadi sila abaikan aje perut yang penuh tu. Rindunya zaman bercinta dulu (waktu anak takde lagi) Ha ha ha. Masa awal-awal kahwin aku terus ikut en suami pindah ke Pontian, Johor dan mula bekerja di sana. Kalau hujung minggu mulalah keluar berjalan ke Jusco Tebrau takpun Jusco Skudai takpun pergi rumah kakak-kakak opis kami di area Kukup tu. Hermmm kenangan yang indah belaka tu. Dari zaman sewa rumah tingkat 4, takde apa-apa pun yang kami beli di sana melainkan mesin basuh semi-auto, peti sejuk satu pintu dan dapur gas. Semua barang-barang tu dah takde dah pun sebab kami sedekah pada adik ipar dan kawan-kawan. Alhamdulillah, dari zaman susah merasa juga ke zaman lebih senang seperti sekarang. Benarlah, anak ini akan bawa "rezeki" kepada kita. Itu aku akui apabila setiap tahun rezeki kami makin bertambah. Walaupun tidak kaya tapi cukuplah makan pakai anak-anak semua terjaga.

Alhamdulillah.

Nak nangis pula bila teringat kenangan dulu-dulu. Ha ha ha Asalnya nak cerita pasal burger KFC je tapi dah melalot sampai mana-mana. Hermmm emosi mak buyong :P

Oklah, hingga berjumpa lagi. Bye!

JJCM : Restoran D'Garuda, Plaza GM Klang

Assalamualaikum,

Hari ini macam biasa lah aku ke "pejabat" kedua selepas rumah aku. Tak lain tak bukan ke Plaza GM Klang lah, mana lagi kan? Sejak zaman masih bekerja sampailah bekerja sendiri, sini lah tempat aku ulang-alik datang cari barang niaga. Dari zaman GM Klang atas tanah hinggalah sudah bertingkat-tingkat. Mekla hanya mampu ambil barang sahaja di sini, nak menyewa dan bersaing dengan taiko-taiko besar memang tak lah kan :)

Selalunya kalau datang sini mesti anak-anak nak ikut tapi memandangkan mama asyik kena "paw" aje, jadi aku hanya bawa seorang anak sahaja setiapkali keluar, samaada Haziq atau Husna lah kan sebabnya yang kecil-kecil susah nak uruskan, nanti buat lambat aje ;) Kalau bawa tak ramai tu bolehlah santai-santai minum dan makan dengan tenang. Ha ha Makan memang wajiblah sebab nanti mak buyong kelaparan, bila lapar mesti mudah marah (alasan!)

Ada restoran baru buka iaitu Restoran D'Garuda. Memandangkan food court GM Klang penuh, aku pun masuklah kat sini, tengok dari luar macam best je. Suasana ala kampung, Husna memang tak nak tapi disebabkan mama yang nak makan, maka dia kena lah ikut juga. Ha ha ha


Tempat duduk ada jenis bangku, tempat agak selesa dan suasana kedengaran lagu Allahyarhamah Saloma aje, sungguh nostalgia


Kami pilih duduk kat dalam sebab tak panas dan takde lah orang nampak sangat kami makan apa :P


Kalau nak makan kat "atas rumah" pun boleh. Dekorasi restoran ni memang menariklah, ala-ala kampung gitu


Menarik kan? Hiasan bukan main lagi

Menu kat sini lebih kepada pengaruh masakan padang (ke Bali) entahlah aku pun tak tahu tapi sekali tengok lebih kepada macam ayam penyet aje. Aku ambil Batokok ayam (RM10.90) sotong goreng RM8.90) nasi putih (RM2) dan untuk Husna orderkan dia Mee Soto Ayam (RM8.90)


Ayam tu lembut dan sambal dia sedap, tak pedas sangat. Sotong pula biasa-biasa aje dan sambalnya lain dari sambal ayam tu.


Mee soto Husna tak best langsung (pada selera aku) jadi lainkali kalau nak makan baik order nasi sahaja :)


Pandanlayer tea (RM5.50) dan Watermelon with pearl (RM5.50)


Jumlah semuanya RM41.70. Hermm, bagi aku harga agak mahal sesuailah dengan dekorasi kedai (kot). Kalau ikutkan memang tak akan masuk lagi lah (budget maaaa). Selalunya makan di food Court GM Klang dah boleh makan satu famili dah :) Tapi bagi kawan-kawan yang nak cuba silakan masuk, suasana memang tenang dan tak ramai orang.

Ini alamatnya :

Restaurant D'Garuda
GF-12 Block A
GM Klang Wholesales City
Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanik Capital,
41200, Klang, Selangor

Hingga bertemu lagi. Bye!

Isnin, 14 Disember 2015

Aktiviti Cuti Sekolah : KLCC & Hadramawt Palace

Assalamualaikum,

Hari ini Selangor masih bercuti ya sebab menang perlawanan bola pada Sabtu yang lepas. Syoklah bagi mereka yang sambung cuti :) Macam aku ni takde bawa kesan sangat pun sebab en suami kerja seperti biasa dan kami pun tak pergi mana-mana untuk bercuti. Tahun ni tahun budget sket, he he he

Tapi Sabtu yang lepas terpaksa juga heret kaki ke KLCC sebab dah lama anak-anak minta nak mandi kolam di situ. Selalunya kami suka pergi awal pagi tapi kali ni pergi belah petang pula sebab waktu pagi tu aku dan en suami "berdating" berdua pergi beli stok susu anak-anak di Aeon Big Bukit Rimau. He he Syok dating berdua, siap makan burger baru di KFC lagi ;)

Oklah, kami sampai di KLCC dalam 4 petang lebih, terus menuju ke taman di mana terletaknya kolam. Memang menyesal juga keluar petang sebab ramainya manusia. Hu hu hu Sudahlah sekarang ni parking dekat taman dah tutup jadi terpaksa parking dalam bangunan KLCC dan menapak agak jauh juga untuk ke kolam tu. Bertabahlah mama demi anak-anak :)



Ada pokok krismas besar di luar KLCC


Kalau kat luar ni ramai pendatang asing dan budak-budak remaja melepak, aduh suasana yang tak enak untuk anak-anak


Seronok layan air pancut tapi tak seronok layan pemandangan sekeliling, cukup tak sesuai lah bagi anak-anak; budaya melepaknya lepas tu yang hisap rokoknya, laki pompuan bercampur aduk. Huh! Tuanya Mekla rasa sekarang ni


Sampai je terus en suami layan anak-anak mandi. Aaliyah masih takut-takut lagi, asyik menangis aje dan dia mandi sekejap aje. Tunggu besar sikit mesti suka lah tu


Aaliyah ditemani abang-abang dan kakak :) Azzam pakai baju renang Ashraf dan Ashraf pula pakai baju renang Amirul. Tak sangka dah 2 tahun kami beli baju renang tu di Krabi :)) Baju renang Husna masih muat lagi cuma tak menahannya seksi lah sket, nanti nak carikan baju renang muslimah buat dia


Masa nak balik tu ada sorang budak arab dia pegang kaki Azzam, kesian anak aku sampai menangis-nangis sebab tak boleh nak bergerak. Nasib baiklah ada beberapa budak perempuan India yang tolong lepaskan. Isy, saiko betul budak arab tu, kasar sangat bergurau!


Tak lama pun anak-anak mandi, dalam pukul 6 petang kami cepat-cepat masuk ke dalam KLCC balik sebab cuaca pun macam nak hujan. Kami ke surau solat Asar dan terus tunggu maghrib. Mula-mula tu nak solat asar di surau As-syakirin tapi macam jauh pula nak menapak, lagipun dah nak hujan terus masuk KLCC balik.

Sebelum tu ambil dulu gambar sepukul dua buat kenangan. Kalau waktu bujang suka sangat pergi KLCC tapi sejak dah beranak pinak ni rasa tak sesuainya KLCC sebagai tempat outing keluarga. Rasa macam nak pitam je sebab ramai, dahler lif kecil terpaksa lah kami tunggu lama juga semata-mata nak turun satu aras je pon :P

Hermm tunggu anak-anak besarlah nanti mana tahu boleh datang lagi






Surau kat situ pun kecil jika dibandingkan dengan keluasan KLCC, memang macam sardin juga sebab ramai yang ambil peluang solat Asar lewat lepas tu tunggu maghrib terus. Sudahlah anak-anak dah mula cakap lapar-lapar. Adui memang menguji kesabaran aku betul! Lepas solat maghrib kami keluar dari KLCC terus ke Restoran Hadramawt Palace yang terletak berdekatan aje dengan KLCC (berdepan dengan Prince Court). Ini kali ke empat lah kami datang makan di sini dan menu nasi arab di sini boleh tahan juga sedapnya tapi Saba' tetap pilihan di hati :)


Ini alamat dia bagi mereka yang mahu mencuba :

RESTAURANT HADRAMAWT PALACE
No.251, Jalan Bukit Bintang,
55100, Kuala Lumpur
Tel : 03-2143 3333


Setiapkali datang memang sentiasa penuh dengan orang-orang arab dan mereka yang menganjurkan majlis di sini


Mencabarlah bawa anak-anak yang ramai dan sedang kelaparan ke sini, mulut masing-masing bising aje. Kalau meja lain rilek je makan tapi meja aku, ha ha ha sila bayangkan sendiri. Ashraf tu asyik bunyi aje mulutnya "Mana nasi arab mama?" "Mama, nak air" "Mama nak nasi" "Mana pinggan Ashraf" T___T"


En suami suka order Fried Lamb Liver (RM18) bersama Roti Mullawah saiz kecil (RM4). Sedap juga hati kambing digoreng bersama kentang, cili benggala dan cili hijau. Nanti nak cuba buat sendiri lah di rumah

Kami makan nasi mandy kambing 2 pinggan dan mandy ayam 1 pinggan sudah cukup untuk keluarga kami. Lauk banyak cuma nasi kosong kena tambah satu pinggan lagi, he he Anak-anak aku ni jenis makan nasi lebih dari lauk. Pendek kata semua makan malam tu sebab tu aku lebih suka bawa ke restoran nasi arab berbanding KFC atau makanan segera yang lain. Anak jati Klate mesti suka makan nasi, nak-nak yang ada darah arab. Eh! (gurau aje)


Malam tu habis dalam RM136.80 itupun sebab aku tunjuk kupon diskaun 15%, kalau tak mesti lebih dari RM150. Alhamdulillah, rezeki anak-anak untuk makan nasi arab di sini. Bukan selalu kami dapat bawa. Selepas makan, terus balik ke sarang dan malam tu tidur nyenyak sampai ke pagi. Esoknya habis satu badan sakit-sakit sebab banyak berjalan. Hu hu hu

Oklah, hingga berjumpa lagi. Bye!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^