Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 12 Julai 2012

Yuran Genius Aulad 2013

Assalamu'alaikum,

Haritu dapat memo dari teacher Amirul..hermm..tentang registration untuk sesi 2013..Ahamdulillah Amirul Haziq dah habis belajar di sini & tahun depan pula akan bermulalah sesi persekolahan adiknya pula si Nur Ameera Husna tu. Memang aku sengaja hantar dari umur 5 tahun, kalau start hantar 4 tahun..bengkoklah kepala lutut apak dia bila nak membayar yuran 2 beradik ni nanti:P

Owh baru perasan macam dah berubah (eh memang dah berubah pon) yuran Genius Aulad ni..Isy isy isy..tahun depan dah naik jadi RM268 sebulan (harga lama RM238)..Naik dalam RM30..banyak tuuuuu..Pastu cara pembayaran pon dah berubah (antara option A & option B)..Herm..nampak gaya kena settlekan awal-awal registration Husna ni sebab mahu garu kepala en suami tahun depan (bulan Januari) sebabnya:-

1) Haziq dah start sekolah rendah dah..kurang-kurang nak spend untuk beli baju, buku, yuran segala..Kalau dapat sekolah Ibnu Khaldun, registration pon dalam RM700++ campur yuran bulanan RM200+ so dah nak spend almost thousand kat situ..Phewwwwww *lap peluh*

2) Husna pon pendaftaran Genius Aulad pon kemain mengancam juga..so almost thousand juga di situ

3) Baby dalam perut pon nak keluar awal bulan satu juga so kalau nak keluar tempat sama macam Ashraf Hariz dulu, kenalah spare dalam RM2500 tupon kalau kos bersalin tak naik lagi..kalau naik lagi camno tu??

Pendek kata kena ada perancangan tahun depan..Memang betul-betul kena ikatperutlah kan:P

Apa-apa pon, kami hanya merancang..ALLAH yang Maha mengetahui apa yang terbaik so aku & en suami redha je dengan apa yang mungkin berlaku..Semoga dipermudahkan segalanya nanti..Insya Allah..

By the way, pada sesiapa yang tengah survey Islamic kindie especially nak tahu yuran Genius Aulad; meh refer table ni:-


tu diaaaa..masa registration kena bayar RM100 then adalah segala kos admin+material+even dalam RM968 (kalau bayar semua) tapi option B boleh bayar ansur-ansur (first bayar RM788) & langsai balance before 1 Mac 2013 untuk yuran event tu..Pastu bulanan RM268 pon kenalah bayar..macam Haziq sekarang ambik servis van ambik & hantar so tambahlah RM85 lagi..tupon kalau kos tak naik tahun depan..aiyyak..garuk kepala macam ni..huhu


ni pula kos untuk uniform RM38 (kalau tak silap tahun ni RM35)..Nasib baik harga buku-buku tak naik juga..

Sekarang ni memang menjadi-jadi yuran tadika anak-anak terutamanya yang tinggal di bandar. Ada macam-macam pilihan & jenis pembelajaran yang kita boleh pilih..Macam aku, memang kami mahukan pembelajaran berasaskan Islamik & Oh!My English untuk anak-anak so di antara choices yang ada adalah Genius Aulad, CIC, Little Khaliph, Planet An-Nizah, Tadika Tarbawi, & one more ape dah nama Islamic Montessori yang kaler hijau tu..lupa pula..Tapi kami memilih Genius Aulad juga.

Bukan nak cakap Genius Aulad ni bagus, tapi semuanya bergantung kepada cawangan & teacher juga..Lepas tu kita as a parent pon kena ambil peranan juga, jangan nak salahkan sekolah 100% sekiranya anak kita masih tidak perform..Memang setiap anak tidak akan sama perangai & tahap keyakinan diri tu. Macam Haziq memang seorang yang pemalu. Bayangkan masa awal-awal aku bawa dia g register back in 2010 dulu, dia bantai menangis depan semua orang..Malu mama dia tau..Tapi lama-lama aku tengok perwatakan dia dah makin berubah..Memang tak boleh nak buang 100%lah sifat malu tu tapi at least dia makin lama makin berani untuk bersuara;)

Even teacher Amirul bagitahu yang dia dah banyak berubah..Alhamdulillah..Dalam pembelajaran pon aku bukan nak harapkan Haziq pandai sampai boeh buat kira-kira macam adik Adiputra tu. Cukuplah kalau dia boleh membaca, mengira & mengenal huruf. Tapi Alhamdulillah aku rasa dia sudah capai lebihh jauh dari yang aku jangkakan! So untuk Husna pon kami masih mahu mengekalkan Genius Aulad sebabnya; aku tak mampu nak ajar dia sendiri di rumah..Baru suruh buat sedikit kerja sekolah dah membebel-bebel penatlah apa..Memang aku akan cepat naik darah kalau jadi cikgu *patutlah sampai sudah tak boleh jadi cikgu ya* so baiklah hantar dia ke sekolah, konfem-konfemlah dia takut dengan cikgu:P

Owh, jangan ingat ini entri nak bagitahu GA terbaik ya..itu pandangan masing-masing..Aku rasa ada banyak lagi kindie yang laaaaagi bagus dari GA cuma yuran pon..ehem ehem kenalah faham konsep "selaras dengan kualiti yang diberikan" so pada kami, ini sahaja yang masih kami mampu...Semuanya Allah yang tentukan, kalau perancangan Dia anak aku si Husna tetiba nak ke tadika Tarbawi Jalan Kebun..Alhamdulillah..jimat duit mak pak dia:)

Oklah; renung-renungkan sepotong ayat dari hadith Thirmizi :

"The best gift from a father to his child is education and upbringing" ~ copy dari gambar kat atas..hakhak:P

27 ulasan:

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil berkata...

aku pun pening .. yuran taska dorg nie ada certain2 bulan kena byr lebih .. dia cover yuran tuk cuti ker hapa tah ..

ekrsss new baby coming soon ka?????? congratsssss ye ;-)

Ami berkata...

dasat sungguh le ning anok nok masuk tadika kene perabih sama byk denge hok nok masuk university.turn ashraf dgn muhriz nanti berapo la fee kindy ni ye huhu koho mahaii.

mummY daniSha berkata...

huuuuuu naik dah yuran huuu..kat KL lg byk choices kan kak...kat melaka ni x banyak yg islamik n english...yg ada GA,CIC....itu yg sy taula...pilih GA sebab dekat ngan rumah huuu.......memang susah kan nak cari tadika yg perfect...

maya amir berkata...

budak gi tadika lagik mahal kan compared to budak2 masuk sek keb nanti..heheh..yelah sebab sek keb tu bersubsidi.. tapi takpe, ape2 pun tepuk dada tanye selera.. insya Allah,ape yang kite bagi pada anak2 tu akan dimanfaatkan oleh mereka nanti..*wah!! rase mcm ustajah plak pagi2 jumaat ni*:)

zailamohamad berkata...

Diana,

tulah..macam dalam dilema kan dengan tadika anak2 ni..tak hantar salah hantar pula mahal..hehehe

Ami,

kalu mahal sangat, nampak gaya kita jugaklah kena jadi cikgu diorang

mummy danisha,

ituler..ada juga yang slack di mata akak tp kalau benda2 kecik akak biarkan saje..hehe

Maya,

insya Allah..semoga anak2 kita menjadi anak2 yang soleh & solehah *tangan pegang macam nak nasyid*

Lily@MamaZaraZareef berkata...

tq share zaila..GA ni ada gak masuk list utk tadika zara next year..sebab utama, taska die skang mmg ada van transit ke GA bandar botanik..hihi..tp tk tau lagilah..ingat nk survey2 gak tadika yg ada kat area bdr puteri ni dulu..=)

Kayna berkata...

hahaha. kayna pun tiru ayat tuu masa lepas daftarkan si kakak. kihkihkih. terus update FB.

~MommyAida~ berkata...

Singgah sini..salam kenal ya...still tercari-cari school terbaik tuk ank nnti..Thanks share the info..

Tanpa Nama berkata...

Salam.nk tny...GA amik kids start umur berape ea?btw thanks 4 info

zailamohamad berkata...

Kayna,

hehehe..samalah ngan kita:P

Mommy Aida,

cari yang base Islamic tapi GA ni tak semua cawangan pon bagus, terpulang kepada individu:)

Anom..

Rasanya start 4 tahun dah ada kelas..cuba pergi ke cawangan yang terdekat untuk daftarkan anak2:)

Tanpa Nama berkata...

ape nk pening kan kepala tntng yuran mahal? ikut kemampuan diri la..ukur baju dibadan sndiri..bnyk tadika kerajaan yg sedia ada. yg pnting, minda anak2 kita..yg pnting anak2 tahu mengaji..lg pun skarang, skolah rndah dah pkai sistem KSSR. anak2 dinilai melalui sistem BEN.anak2 cpat membaca,mengira dn mengurus diri.

nisha berkata...

Pasal Islamic Montessori tu,kalau bbim, dahla Mahal, kita tersilap bayar,diorg makan je duit kita,so nama je Islamic tapi lagi teruk dr yg kafir,lupakan je kalo sesape plan nak hantar situ..

Mama Cyg berkata...

salam..i pun berbulan2 survey tadika utk anak..pening nak cari yg mana bagus. http://akulahputeriraja.blogspot.com/2012/12/kindergaten-huntinghasil-pemburuan.html

Nuraisya berkata...

salam perkenalan, just nak tanya anak awak GA kat mana?

mama DQ berkata...

thnks 4 da info.me pn dok cari2 yg ssuai utk ank ni.thn dpn baru nk antr, tp skang da mula survey yg mane sesuai utk ank..

Puteri berkata...

TQ for sharing! tengah google2 cari tadika & cari berapa yuran, berpinar mata haaa tengok figure!

adcom berkata...

salam..nak tanya...biasa bulan brapa untuk registration GA ni?

Ahmad Safari berkata...

Assalamualaikum?kena faham konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak, jangan tengok brand Tadika je, Pengisian Pembelajaran ikut keperluan semasa & akan datang. Bagi parent nak bajet carilah Tadika berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan. Pengisian seimbang merangkumi 6 tunjang & keseimbangan diteruskan peringkat sekolah. Ada subsidi yuran bulanan dari Kementerian Pendidikan untuk parent yang kurang mampu. Modul diiktiraf dunia.

Nor Baiti berkata...

Thanks for sharing..sy pun masih tercari2 tadika utk anak sulong saya.genius aulad dalam.list.

Zura Rahman Novelis berkata...

Bagi saya tadika yg mahal.seperti GA atau smartreaders ni ia akan lahirkan anak yg cerdik sb mereja akan diajar serba serbi cuma smartreaders ni takada atau kurang pelajaran agama tapi mereka pentingkan pelajaran moral.

Kalau kat tempat saya ni...harga pengasuh pun sama dengan harga tadika tu jadi adalah lebih bagus hantar anak anak ke situ. Seawal umur 3 tahun dah blh hantar ke sana walaupun anak blm pandai cakap elok.

dyla ahmad berkata...

Salam Puan,
Kalu boleh berkongsi van sekolah Yang mana puan amik ye? Anak saya baru masuk sekolah baru & saya sedang memcari van sekolah yang sesuai area BPP. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Saya bukannya ape..kalau sesiapa yg teringin nak menghntr ank kat sini fikir fikir kanlah..taska permata ibnu khaldun.ampang.dulu saya terdesak mncari tempat utk mngasuh ank..dekat Google la sy cari.. Last2 sy hntr ank kat sini lebih lebih lagi ianya berdaftar dgn pgram Kak mah..tapi tula hakikatnya baby sy berumur 2 bln meninggal di taska ni akibat tterdesak susu..utk Ibu bapa d luar sana pilihlah yg terbaik walau pun masa tu sy dah fikir ianya taska yg terbaik..allahualam

zakiah zakaria berkata...

Saya sedang servey nak hantar anak ke tadika next year, pening kepala mak.
kawan-kawan if ada yang good islamic tadika boleh cadangkan kat saya yer, tqvm

Haza Nordin berkata...

Assalammualaikum, saya Ina, kebetulan saya tengah google pasal genius aulad. Jadi saya nak tanya, Salleha ada nak jual tak baju uniform genius aulad untuk anak perempuan. Kalau masih ada lagi baju uniform dan tudung GA, saya berminat nak beli.

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik berhabis duit utk education anak2 drpd nk jimat sgt duit tp beli kete henpong gadgets sume mhl2.
Masuk islamic montessori ni bkn sbb nk anak pandai mengaji mengeja mengira semata. Jgn judge budak2 brdasarkn bnda2 mcm tu kesian dorang. Fitrah budak utk bermain. Bermain smbil belajar. Montessori ni bkn stkt ajar bdk abc alip ba ta jek. Jgn pndai condemn parents yg sggup berkorban duit demi anak2 kalo zero knowledge. Research3x

Loving It! berkata...

masih hantar kat situ ke? tgh survey.. tp kalu dr pagi smpai petang, rm618.40 tuh..... telan air liur tgk yuran

No Rima berkata...

yup yuran tadika semakin mjadi2 mahal. baru sattle ank umo 4 tahun situ jer rm1kplus montly rm200 mid year lain pulak haihhh.... urut pala.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^