Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 22 Januari 2010

Maafkan Saya

Maafkan saya sebab takde cerita menarik untuk dikongsi
Maafkan saya kerana selalu lambat bertandang ke rumah kawan-kawan
Maafkan saya kalau tidak tinggalkan jejak jikalau bertandang
Maafkan saya ya!!

Semua ini kerana anak jantan saya demam malam tadi jadi saya tak sempat nak update blog
Semua ini kerana office saya sudah mengharamkan memblock blogspot
Semua ini kerana bila sampai rumah, saya banyak benda yang nak dibuat
Semua ini kerana masa untuk berblog adalah sangat terhad pada hari bekerja
Semua ini kerana saya banyak bagi tumpuan pada kedai saya

Maafkan saya sekali lagi
Insya Allah, semuanya akan berakhir nanti..
Bila tu??
Entahlah??
Bila sang suami membelikan saya netbook baru (kot)
Bila USB port pc cabuk saya di opis sudah berfungsi, boleh cucuk broadband;)
Bila hujung minggu tak ke mana2
Bila Haziq sudah sihat (doakan ya)

Arghhhh!!
Saya sengsara tanpa kamu (blog kawan2)!!
Saya sengsara bila mengingatkan hari ni Lady Verde akan buat sale kat blog dia!!
Saya sengsara bila buka pc tak boleh view blog sendiri
Saya sengsara bila tidur malam tak cukup sebab Haziq!!
Saya sengsara bila update blog last minute di tengah malam2 buta
Saya sengsara bila memikirkan hutang2 yang saya telah buat (out of topic)

Till then,
thanks for reading my ntahapehape ntah punya sajak/puisi/gurindam?? sila bulatkan jawapan anda^___^

14 ulasan:

mrs shaifull berkata...

jap nak doa, ya allah ya tuhanku, jgnlah ofis aku pun block blogspot cam zaila ni, matila haku :) boleh camtu?

Tanpa Nama berkata...

hr ni berderet n3 has ;)
aeiry pun x brp sihat..so mlm x de la online...dia selsema..

N A N I E berkata...

Hope Haziq cepat recover..Mek Zaila jangan coti lama lama...rindu uols :)

zarin berkata...

alaa..siannya haziq..
moga cepat sembuh ye!rajin2 makan ubat ye haziq

yatie chomeyl berkata...

vote for gurindam hehehe

sabar zaila deh, jgn sengsaro sgt nti merano badan huhuhu

Lady of Leisure berkata...

kalau tak boleh berblog rasa sunyi jer hidup kan..

Tie HT berkata...

tidur mlm tak cukup utk haziq adalah pengorbanan yg tak ternilai..Isya-Allah kawan2 blogger akan support kamu..semuga anak mu cepat sembuh dan hidup tanpa blog memang sengsara..tapi saya dah rasa hidup tanpa fb sangat bahagia..

Zaila Mohamad berkata...

CT, haaaaa..baik doa macam tu..kalau dah kena block, mahu haru biru nyah oi

Zaila Mohamad berkata...

Has, tulah..banyak sungguh entry has..agaknya musim kot, anak kawan zaila pon ramai yang xsihat ni

Zaila Mohamad berkata...

Nanie, haahaahaa..zaila sendiri takleh hidup kalau tak buka blog..haahaahaa
thanks Nanie, Haziq dah nampak ok sket dah

Zaila Mohamad berkata...

Zarin, dia kalau makan ubat memang boleh diharap sket cuma tak tahan suka bangun tengah malam nangis

Zaila Mohamad berkata...

Yatie, thanks..haahaahaa..xdok gapolah..oghe kuat lagi;)

Zaila Mohamad berkata...

Lady, setuju ngan Lady..rase macam takde kawan jee

Zaila Mohamad berkata...

Tihara, thanks..zaila pun tak layan sangat fb ni, kalau blog memang addicted juga

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^