Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 6 Julai 2012

Hari Ini


Assalamu'alaikum

Hari ni genaplah usia anak dara aku 4 tahun, Alhamdulillah, Nur Ameera Husna membesar dengan sihat & semoga terus membesar menjadi anak yang solehah & menjadi kebanggaan kami sekeluarga:)

Hari ini juga merupakan hari terakhir aku bekerja..Doakan semoga selepas ni aku akan tabah menjalani fasa baru dalam hidup aku. Bersedia untuk berkhidmat pada keluarga:)

Doakan juga untuk Amirul HAziq yang akan menduduki peperiksaan kelayakan sekolah tahfiz yang aku mohon tahun lepas. Tarikh exam jatuh pada 14 Julai sama tarikh dengan tarikh keberangkatan aku ke Vietnam. YES! aku akan pergi ke Vietnam lagi:) Sekarang hati aku sudah berdebar-debar mengenangkan nasib anak sulung aku. Mungkin ujian bertulis tiada masalah tapi risaukan ujian lisan. Maklumlah Haziq kan pemalu:) Doakan ya, semoga Haziq dapat memasuki sekolah ini..

Oklah, selamat berhujung minggu semua

6 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

1) hepi bestday Husna

2) good luck Haziq

3) slmt bershopping mok buying, jgn lasok2 sgt ehehe

Fiza Rahman berkata...

♪♫ Selamat hari lahir yg ke 4 Nur Ameera Husna ♪♫.

Untukmu...selamat menjadi SAHM & selamat bercuti ☺☺

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

heppi beesdayyyy ameera husna .. bila lah turn aku nak dpt gegirl gakkkkk niehh buat penemannnn ;-)

Ayu Ayunie berkata...

happy birthday Ameera. Moga mnjadi anak yg solehah dan cerdik.
saya pun akan ke vietnam minggu dpn tp pd 10hb.. :)

Unknown berkata...

-Happy Birthday Husna..
-Congrats dah naik pangkat jd house manager.
-good luck tuk hadziq..awat aku x tau pun sekolah ibnu khaldun tuh?

Ermayum berkata...

happy besday sweetie :) panjang umur murah rezeki anak solehah

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^