Masih lagi cerita kembara Sabah. Hari ketiga kami ke Ranau untuk ke Ladang Teh Sabah, kemudian selepas itu kami ke tempat spa ikan iaitu bersebelahan aje dengan ladang teh. Jika keluar sahaja dari ladang teh ke kiri dan akan nampak pintu gerbang tempat ikan kelah Sungai Moroli. Awal-awal lagi dikenakan tiket bayaran kemudian nanti nama kita akan dipanggil sebelum dibenarkan masuk ke dalam kawasan sungai.
Waktu aku sampai, kami terserempak dengan Jutawan D'Herbs iaitu Dato' Alif Syukri Terlajak Larisssssss. Masa tu aku dalam kereta jadi tak sempatlah nak keluar bergambar sekali fefeeling retis juga :P Agaknya masa ni abang terlajak laris bawa keluarganya bercuti bersama sama macam kami lah kan. Yang bezanya akak tak terlajak laris aje :P
Masa ni tengah tunggu en suami parking kereta. Panasnya cuaca waktu ini, kalau tak silap dalam pukul 11 pagi lebih (kot) Tak berapa ingat dah
Ada pelbagai jualan barangan kraftangan, air minuman dan makanan ringan-ringan di sini
Di sini kita kena tunggu nombor tiket dipanggil dan kemudian di kaunter ini juga akan ditanya nak beli makanan ikan ke tak? Harga makanan ikan RM0.20 aje sebungkus tapi akan diberikan mengikut jumlah yang masuk ke kawasan tersebut. Contohnya macam kami ni hanya layak beli 3 bungkus sahaja makanan ikan (dedak) bila aku minta nak beli lebih pun dia tak bagi. Cet!
Menunggulah kami dengan penuh kesabaran. Cewah!
Rupa-rupanya nak masuk ke dalam tu dikenakan bayaran juga jika mahu ambil gambar tak kiralah dengan kamera mahupun dengan kamera telefon.
Selepas menunggu dalam 10 minit akhirnya nombor tiket kami dipanggil dan ada pakcik tua yang akan jaga pintu pagar. Bila masuk dalam kawasan yang disediakan tu, terus nampak ikan-ikan kelah yang besar-besar sedang kerumun kaki pengunjung yang datang masuk ke dalam sungai.
Bersungguh Haziq nak bagi makanan kat ikan-ikan tu. En suami memang masuk ke dalam air, anak-anak yang lain pun masuk tapi keluar balik sebab tak tahan geli kena cuit dengan ikan. Aku pun masuk sekejap sahaja sebab takutlah kena gigit ke apa. HAHA
Ikan dia besar-besar woooo. Takut pun ada juga bila tengok macam agresif sangat ikan-ikan tu. Kurang kasih sayang ke apa? Asek nak menyondol aje kaki orang ni. Pastu pandai pula tu, kalau takde makanan terus lari pergi jauh-jauh
Ini kalau tangkap bawa balik goreng pon sodap ni. HAHA Tak koser aku nak makannya :P
Dalam banyak-banyak ikan kelah terselit pula ikan keli ni. Eh kau dah kenapa? Tak jumpa cari jalan pulang eh? Ke nak makan FREE?? Kalau benda free semua orang pun nak kan?
Nasib baiklah sang keli ni tak pergi gigit kaki en suami. Kalau tak haruslah tak ada pemandu nak balik Kota Kinabalu esoknya T___T"
Husna dah bising makanan ikan dia dah habis. Ikan-ikan tu sampai ke tepi tebing mereka ikut sebab nak makan makanan yang ditabur kat situ.
Nasib baik Aaliyah tak jatuh dalam air. He he he Bertuahlah dia dapat tengok ikan kelah dari atas pangkuan papa :)
Banyak juga ikan yang datang ke kawasan kami ni. Ada kanak-kanak sampai menangis pun ada sebab geli kena gigit. Kami duduk situ tak lama pun, habis aje makanan ikan kami terus keluar. Bukan apa, risau anak-anak aku nak mandi atau main air sungai pula, sudahlah di situ tak boleh duduk lama-lama sebab nak bagi peluang orang lain pula masuk ke situ bermain dengan ikan
Kat luar kawasan ikan kelah tu ada jambatan gantung. Hermm, mula-mula tu Husna & Haziq teruja lah nak naik tapi baru kat depan pun dah "stuck" sebab susah nak berjalan. HAHA Ingat best sangatlah tu. Mama awal-awal tak nak naik sebab susah pegang Aaliyah (padahal gayat)
Dengan bantuan papa, dapatlah juga merasa naik sekejap walaupun hanya di permukaan jalan :P
Berlakon aje ni :P
Comel aje gambar ini
Ni ulang tayang gambar tadi, masa ni Ashraf dah berani masuk dalam air dah
Selepas dah puas bergambar di atas jambatan gantung, kami keluar dan balik ke bandar Ranau sebab nak cari tempat makan tengahari. Jumpa lah satu kedai makanan Halal yang terletak di corner deretan kedai. Nampak macam ramai orang je jadinya kami singgahlah di situ. Lepas kenyang makan buka telefon baru perasan Whats App dari salah seorang geng Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) juga iaitu Puan Afdhalilah yang mengajak kami ke rumahnya yang berdekatan dengan tempat kami makan.
Alhamdulillah, ada juga rezeki bertemu dengan Af ni walaupun sebelum ini hanya berjumpa di alam facebook sahaja. Yang bestnya siap bungkuskan kami nasi arab yang dimasak untuk kami bawa balik makan di chalet kami. Kan dah tak payah nak singgah makan malam lagi :P
Nah belanja gambar satu :
Amaran : Jangan ingat aku mengandung ya! Baju tu yang tiba-tiba naik sendiri :P Kalau si Afdhalilah ni memanglah sudah mengandung 8 bulan dah.
Terima kasih banyak-banyak buat Af yang sudi mengajak kami ke kediamannya di Ranau tu. Beruntunglah Af dapat duduk dekat dengan Kundasang, boleh ajak suami hponeymoon sokmo kat situ ;))
Kami singgah dalam sejam juga kemudian balik ke chalet semula dan tidak keluar ke mana-mana dah kecuali bawa anak-anak jalan sekitar chalet. Malam hanya aktiviti bergurau senda dengan anak-anak memandangkan bilik kami tidak dilengkapi dengan TV. Tapi cuaca sejuk memang membuatkan kami tertidur awal juga :) Esoknya dah nak balik ke KOta KInabalu tapi en suami cakap nak pergi Kota Belud sekejap sebab nak kenal dengan bandar Kota Belud. Nantikan sambungan seterusnya ya :)
Bye
Tiada ulasan:
Catat Ulasan